
Lindungi Tanggungjawab Anda terhadap Pekerja Asing - Foreign Workers Insurance Guarantee (FWIG)
Melindungi kos anda sekiranya pekerja asing perlu dihantar pulang ke negara asal.
Jaminan ini diwajibkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ke atas majikan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Imigresen. Ia menjamin pembayaran kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia sehingga jumlah agregat maksimum nilai jaminan sekiranya mana-mana pekerja asing perlu dihantar pulang sepanjang tempoh mereka berada di Malaysia.
Jumlah jaminan adalah berbeza mengikut kewarganegaraan pekerja asing. Contohnya: RM250 bagi setiap pekerja Indonesia dan RM500 bagi setiap pekerja Bangladesh.
Jabatan Imigresen Malaysia boleh membuat tuntutan ke atas Jaminan Bank (BG) atau Jaminan Insurans (IG) dalam keadaan berikut:
- Pelanggaran peruntukan di bawah Akta Imigresen Malaysia
- Pekerja berkahwin atau hamil sepanjang tempoh berada di Malaysia.
- Pekerja kekal berada di Malaysia selepas permit atau visa tamat tempoh.
- Majikan gagal menyediakan tambang penerbangan untuk menghantar pekerja pulang ke negara asal selepas permit atau visa tamat tempoh.
- Majikan gagal menanggung kos penghantaran jenazah pekerja ke negara asal.
- Majikan enggan membayar gaji pekerja.
- Pekerja terlibat dalam aktiviti haram atau menyalahi undang-undang seperti penyalahgunaan dadah, aktiviti tidak bermoral dan lain-lain.
- Pekerja menjalankan pekerjaan sama ada bergaji atau tidak bergaji, menjalankan perniagaan, atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan Malaysia.
Nota: Semua majikan dikehendaki sama ada mendepositkan wang tunai atau mendapatkan Jaminan Insurans (IG) atau Jaminan Bank (BG) bagi setiap pekerja asing yang diambil bekerja sebagai jaminan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
Bagi majikan yang menggaji ramai pekerja asing, kebiasaannya mereka memilih untuk mendapatkan Jaminan Insurans (IG) atau Jaminan Bank (BG) daripada syarikat insurans berbanding menggunakan wang tunai atau kemudahan bank sendiri.
Temui Ejen Insurans Zurich
Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda
Hubungi Pusat Panggilan Zurich
Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.