Pembelajaran 2: Menjadi belanjawan yang lebih baik

Article14 Februari 2025

Share this

Masalah

Kita sering memulakan dengan niat baik apabila membuat belanjawan untuk mengawal perbelanjaan, tetapi mematuhinya boleh menjadi suatu cabaran. Kesilapan kecil—seperti terlebih berbelanja atau perbelanjaan yang tidak dijangka boleh perlahan-lahan menjejaskan usaha anda. Lama kelamaan, kesilapan kecil ini bertambah, membawa kepada tekanan kewangan dan rasa gagal. Setiap lebihan perbelanjaan terasa seperti beban, sehingga keseluruhan tidak dapat dikawal lagi.

Satu kesilapan boleh mencetuskan kekecewaan, yang sepatutnya membetulkan perbelanjaan anda , tetapi membuatkan anda meninggalkan disiplin kewangan sama sekali. Pemikiran "Saya sudah terlanjur membeli, jadi lebih baik saya teruskan" membawa kepada perbelanjaan melulu. Akibatnya, belanjawan yang pernah anda tetapkan menjadi tidak relevan dan pengurusan kewangan terjejas, berbelanja berlebihan menjadi hutang atau simpanan berkurangan.

Ini bukan sahaja menjejaskan sasaran kewangan semasa anda tetapi juga menjejaskan kestabilan jangka panjang. Perasaan gagal dan rasa bersalah daripada berbelanja lebih secara berulang menimbulkan tekanan emosi, menjadikannya lebih sukar untuk mengawal semula dan kembali pada landasan yang betul. Akhirnya, menjejaskan kewangan anda dan keseluruhan kesejahteraan anda, kerana ia menanamkan tabiat buruk dan meningkatkan ketidakstabilan kewangan.

Mengapa Ini Berlaku

Punca kekecewaan ini berlaku adalah disebabkan gabungan daripada kemahuan yang semakin berkurangan, rasa bersalah, dan kepercayaan yang salah bahawa satu kegagalan bermakna matlamat itu hilang sepenuhnya. Ia adalah tindak balas psikologi terhadap kegagalan pengawalan diri yang sering membawa kepada tingkah laku yang lebih memudaratkan.

Mengawal diri merupakan cabaran yang sukar, terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai godaan—seperti cuba menahan daripada makan pencuci mulut atau hidangan manis semasa berdiet. Apabila anda melanggar komitmen untuk berpegang pada rancangan untuk menurunkan berat badan, anda secara beransur-ansur kehilangan motivasi. Begitu juga, apabila anda menetapkan sasaran, seperti berpegang kepada belanjawan, ia memerlukan kawalan diri yang berterusan untuk menentang godaan, seperti membeli kasut mahal yang anda impikan. Setiap kegagalan kecil, seperti terlebih berbelanja, mengurangkan kekuatan kehendak anda. Kegagalan ini membuatkan anda berasa seolah-olah hilang kawalan, dan lama kelamaan, usaha mental yang diperlukan untuk menahan menjadi semakin sukar.. Akhirnya, anda menjadi kurang bersemangat untuk terus mencuba.

Apabila anda bertindak bertentangan dengan matlamat anda, seperti melalui berbelanja berlebihan, anda mengalami ketidakseimbangan kognitif ketidakselesaan psikologi yang timbul akibat tingkah laku dan kepercayaan yang bercanggah. Sebagai contoh, jika anda nekad untuk menyimpan wang tetapi kemudian membuat pembelian yang tidak perlu, konflik ini menimbulkan rasa bersalah. Daripada menghadapi dan membetulkan tingkah laku, ramai orang kadang-kadang cuba melarikan diri dari rasa bersalah ini dengan merasionalkan keputusan yang lebih buruk, dengan berfikir, "Saya sudah terlanjur berbelanja, jadi tidak mengapa sekarang."

Sebaik sahaja seseorang merasakan sasaran awal mereka telah "gagal, mengalami kehilangan motivasi sepenuhnya adalah perkara biasa. Matlamat itu mula terasa lebih sukar untuk dicapai, dan apabila persepsi terhadap kegagalan meningkat, motivasi untuk meneruskan semakin berkurangan. Ramai orang sering mengamalkan pemikiran "semua-atau-tiada", yang menyebabkan mereka mudah berputus asa sepenuhnya daripada melihat kelemahan itu sebagai kegagalan kecil.

Apabila berada di bawah tekanan untuk mencapai matlamat, kegagalan kecil boleh mencetuskan perasaan bersalah, kekecewaan dan tekanan. Meninggalkan disiplin yang ketat menawarkan kelegaan emosi sementara. Apabila orang melepaskan matlamat mereka, mereka tidak lagi merasakan beban untuk cuba mengawal diri, walaupun kelegaan ini tidak lama dan memburukkan keadaan mereka dalam jangka masa panjang.

Penyelesaian

Untuk meningkatkan pematuhan kepada belanjawan, anda memerlukan strategi yang menjadikan pematuhan belanjawan lebih positif dan bermotivasi, bersama-sama dengan kaedah untuk menetapkan belanjawan yang realistik.

1) Pecahkan Keseluruhan Belanjawan kepada Sub-Belanjawan
Daripada menumpukan hanya pada satu belanjawan atau sasaran simpanan wang semata-mata, pecahkannya kepada sub-kategori yang lebih kecil dan lebih terurus. Reka belanjawan perbelanjaan yang terdiri daripada beberapa sub-belanjawan untuk kategori yang berbeza: (contohnya, makan di luar, kopi dan makanan ringan, filem dan acara, hobi, pakaian). Jika anda berbelanja secara berlebihan dalam satu kategori, ia tidak akan menjejaskan belanjawan keseluruhan anda terlalu banyak, mengurangkan perasaan gagal atau bersalah. Pendekatan ini menjadikannya lebih mudah untuk kekal pada landasan dan memberikan rasa pencapaian.

2) Laksanakan Belanjawan Fleksibel dengan Memperuntukkan Lebihan. Buat belanjawan termasuk peruntukkan lebihan di bahagian yang anda cenderung untuk berbelanja berlebihan, seperti makanan atau hiburan. Sebagai contoh, peruntukkan tambahan RM20 untuk menjamu selera di luar jika di situlah anda berkemungkinan berbelanja lebih. Memperuntukkan jumlah yang munasabah untuk perbelanjaan lebihan menambah fleksibiliti yang diperlukan untuk mengurus kesilapan kecil perbelanjaan tanpa menjejaskan rancangan kewangan keseluruhan anda, memastikan anda kekal pada landasan walaupun berlaku kesilapan kecil.

3)Sediakan Belanjawan Jangka Masa Pendek dan Berjadual

Daripada merancang belanjawan anda untuk sebulan penuh, pecahkannya kepada jangka masa yang lebih pendek, seperti RM30 untuk 10 hari dan bukannya RM90 untuk sepanjang bulan. Dengan belanjawan bulanan, jika anda tergelincir di tengah jalan, anda mungkin masih mempunyai dua minggu lagi, di mana anda mungkin berasa kecewa dan mula berbelanja berlebihan, yang membawa kepada perbelanjaan yang lebih besar. Jangka masa yang lebih pendek memberikan peluang yang lebih kerap untuk bermula semula, membantu anda mengelakkan kekecewaan yang boleh disebabkan oleh cabaran dalam tempoh belanjawan yang lebih lama. Permulaan baharu ini—baik dari segi kewangan dan psikologi—membuat anda tetap bermotivasi dan membolehkan anda menetapkan semula pelan kewangan anda dengan lebih kerap, mengekalkan fokus pada sasaran anda.

4) Cari Rakan Belanjawan yang Bertanggungjawab

Cari rakan atau ahli keluarga untuk berkongsi matlamat dan kemajuan kewangan anda. Ini mewujudkan akauntabiliti dan motivasi bersama, kerana anda akan mempunyai seseorang untuk berhubung secara berkala. Dengan menyokong satu sama lain, anda boleh kekal pada landasan dan meraikan pencapaian bersama. Mempunyai rakan belanjawan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan dan meningkatkan peluang anda untuk mematuhi belanjawan anda.

Ikut langkah mudah ini dan daripada mengalami kekecewaan apabila anda berbelanja berlebihan, anda akan berasa kagum dengan kemahiran belanjawan anda yang lebih baik.