
Takaful Kesihatan dan Perubatan
Perlindungan Takaful Perubatan yang komprehensif untuk anda dan keluarga
Kecemasan akibat masalah kesihatan boleh berlaku tanpa diduga dan memberi kesan besar kepada simpanan anda. Oleh itu, penting untuk memiliki pelan takaful kesihatan dan perubatan yang fleksibel, mampu milik dan memenuhi keperluan anda serta keluarga.
Pelan takaful perubatan komprehensif Zurich Malaysia yang patuh Syariah menawarkan pelbagai pilihan, termasuk manfaat selepas vaksinasi Covid dan pelan perlindungan kanser bagi membantu mengurangkan beban kos perubatan anda. Dengan perlindungan yang sesuai, anda akan lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan perubatan.

MediAfya+
Perlindungan yang menyeluruh untuk ketenangan fikiran anda.
MediPro
Nikmati kehidupan dengan perlindungan perubatan yang komprehensif.
Apakah Takaful Perubatan?
Takaful perubatan ialah pelan perlindungan kesihatan patuh Syariah yang fleksibel dan setanding dengan insurans kesihatan konvensional. Ia menyediakan perlindungan kewangan dan manfaat kepada peserta serta keluarga mereka ketika berlaku kecemasan perubatan. Jika anda mencari pelan takaful perubatan yang menawarkan pelepasan cukai serta perkongsian lebihan (sekiranya tiada tuntutan dibuat), pertimbangkan produk perlindungan kesihatan daripada Takaful Zurich.
Apakah manfaat memiliki Takaful Perubatan?
Kos penjagaan kesihatan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelan takaful perubatan membantu menyediakan perlindungan kewangan bagi kemasukan ke hospital, kematian akibat kemalangan, hilang upaya dan pelbagai keperluan lain, sekali gus mengurangkan beban kos rawatan perubatan. Terokai pelan kami yang menawarkan pelbagai manfaat dan pilihan perlindungan kesihatan.
Mengapa Takaful Perubatan penting di Malaysia?
Menurut satu kajian, seorang daripada empat rakyat Malaysia dijangka menghidap kanser sebelum mencapai usia 75 tahun. Pada masa yang sama, perubahan gaya hidup turut menyumbang kepada peningkatan kes diabetes dan penyakit jantung kronik dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika tidak dirawat, penyakit ini boleh membawa kesan yang serius. Dengan kadar inflasi perubatan di Malaysia yang meningkat sehingga 14% setahun pada tahun 2020, kos penjagaan kesihatan juga terus meningkat. Keadaan ini menjadikan rawatan perubatan swasta semakin mahal dan sukar diakses oleh sesetengah pihak. Dengan menyertai pelan Takaful Perubatan Zurich, anda dapat memperoleh rawatan yang diperlukan pada masa yang tepat tanpa perlu menanggung beban kewangan seorang diri.