MediPro - Pelan Rider Perubatan Komprehensif

Perlindungan dan Manfaat Perubatan yang Menyeluruh – MediPro

Nikmati kehidupan dengan perlindungan perubatan yang menyeluruh

Pelan Tambahan MediPro Medical menawarkan empat pilihan pelan takaful perubatan, termasuk perlindungan perubatan menyeluruh, perlindungan sehingga RM2,000,000 tanpa had seumur hidup, perlindungan penyakit mental serta manfaat untuk pesakit yang terselamat daripada kanser. Anda boleh memilih pelan perlindungan perubatan yang paling sesuai dengan keperluan anda dan keluarga. Sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka, anda boleh mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan. Anda boleh menambah mana-mana Pelan Tambahan MediPro Medical yang patuh Syariah kepada pelan Takaful ProEssential atau pelan takaful perubatan lain bagi menikmati perlindungan dan manfaat yang lebih menyeluruh.

Comprehensive Medical Coverage

Perlindungan Perubatan yang Komprehensif

Pelan ini memberikan perlindungan komprehensif termasuk ujian diagnostik pra-kemasukan hospital, rawatan selepas penghospitalan serta manfaat pesakit luar seperti dialisis buah pinggang dan rawatan kanser.

Protection

Perlindungan sehingga RM2,000,000 Tanpa Had Seumur Hidup

Melalui penawaran pelan Tanpa Had Seumur Hidup, kami memastikan perlindungan komprehensif sepanjang usia emas anda. Anda mempunyai kebebasan untuk memilih salah satu daripada 4 pelan dengan Had Tahunan Keseluruhan sehingga RM2,000,000.

Mental Illness Coverage

Perlindungan Penyakit Mental

Dengan manfaat tambahan ini, anda akan dilindungi terhadap 5 penyakit mental yang utama termasuk Gangguan Kemurungan, Gangguan Bipolar, Gangguan Obsesif Kompulsif, Skizofrenia dan Gangguan Skizoafektif.

Cancer Survivor Benefit

Manfaat Bebas Kanser

Dengan manfaat ini, perbelanjaan ujian diagnosis anda akan dibayar balik sehingga RM3,000. Manfaat ini hanya untuk pelan Gold dan Platinum sahaja.

Hassle-free Hospital Admissions

Kemasukan Hospital Tanpa Kerumitan

MediPro menawarkan penghospitalan tanpa tunai di mana anda boleh mendapatkan kemasukan hospital segera dengan kad perubatan anda di mana-mana hospital panel kami. Ketika discaj, anda hanya perlu menjelaskan Deduktibel sebanyak RM500 bagi setiap Tahun Sijil Manfaat Tambahan manakala kami akan menyelesaikan baki perbelanjaan yang ditanggung dalam bil anda.

Additional Benefits

Manfaat Tambahan

Direka untuk memberikan anda perlindungan sepenuhnya, MediPro juga menyediakan manfaat tambahan seperti pendapat perubatan kedua, penjagaan kejururawatan di rumah dan banyak lagi supaya anda boleh mendapatkan penjagaan perubatan yang terbaik.

Nota: Tertakluk pada terma dan syarat.

Jadual Manfaat

PELAN BRONZE SILVER GOLD PLATINUM
HAD KESELURUHAN HAD (RM)
Had Tahunan1 1,000,000 1,300,000 1,500,000 2,000,000
Had Seumur Hidup Tiada Had Seumur Hidup 
MANFAAT HOSPITAL
Bilik Hospital & Penginapan Harian
(tiada had bilangan hari)
200 300 500 1,000
Unit Rawatan Rapi atau Unit Kebergantungan Tinggi 
(maksimum 120 hari setahun)

Seperti Yang Dicaj,
tertakluk kepada sebarang Deduktibel2

Bekalan & Khidmat Hospital 
Bayaran Pembedahan
Bayaran Pakar Bius
Bilik Pembedahan 
Bayaran Ambulans 

Ujian Diagnostik Pra-Kemasukan Hospital
(dalam masa 90 hari sebelum kemasukan)

  • Ujian Diagnostik
  • Rundingan Pakar
  • Ubat dan Rawatan
Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital
Rawatan Selepas Penghospitalan
(dalam masa 180 hari selepas discaj)
Pemindahan Organ
(sekali bagi seumur hidup)
Pembedahan Harian 
Kanta Intraokular
(sekali bagi seumur hidup bagi setiap mata)

Seperti Yang Dicaj 

MANFAAT PESAKIT LUAR
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar  Seperti Yang Dicaj
Rawatan Kanser Pesakit Luar 
Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan dan Kecemasan
(dalam masa 72 jam dan rawatan susulan sehingga maksima 31 hari)
Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar
(dalam masa 180 hari dari tarikh keluar Hospital/Pembedahan)
Seperti Yang Dicaj,
tertakluk kepada sebarang Deduktibel2
Rawatan Pesakit Luar Bagi Demam Denggi
(had maksima setiap kejadian)

Tidak berkenaan 

5,000

MANFAAT ISTIMEWA
Penghospitalan disebabkan Penyakit Mental 
(had setahun)
1,500 2,000 2,500 3,000
Manfaat Bebas Kanser
(had setahun)
Tidak berkenaan 2,500 3,000
Manfaat Penyakit Berjangkit
(had setiap Penyakit Berjangkit)
2,500 3,000
MANFAAT-MANFAAT LAIN
Pendapat Perubatan Kedua 
(had setahun)

1,000 

Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan
(maksimum 200 hari setahun)
75 100 150 200
Manfaat Penjaga3
(maksimum setiap Hilang Upaya)
200 250 300 450
Penjagaan Kejuruwatan di Rumah
(maksimum setiap Hilang Upaya)
500 750 1,000 1,500
Bayaran Laporan Perubatan

Seperti Yang Dicaj 

Program Rujukan Bantuan Kecemasan  

Seperti yang tertakluk dalam peruntukan manfaat dibawah Program Rujukan Bantuan Kecemasan

1Rawatan Pesakit Luar Bagi Demam Denggi, Manfaat Istimewa dan Program Rujukan Bantuan Kecemasan tidak termasuk dalam Had Tahunan.
2Deduktibel sebanyak RM500 bagi setiap Tahun Sijil Manfaat Tambahan akan dikenakan untuk 2 Tahun Sijil Manfaat Tambahan bermula daripada tarikh permulaan sijil ini. Selepas itu, Deduktibel akan menjadi sifar. Bagaimanapun, jika tuntutan dibuat untuk mana-mana keadaan, kecuali Manfaat Penyakit Berjangkit, dalam mana-mana satu Tahun Sijil Manfaat Tambahan, Deduktibel sebanyak RM500 akan dikenakan bagi 2 Tahun Sijil Manfaat Tambahan berikutnya.
3Manfaat ini hanya sah untuk Orang Yang Dilindungi berumur 15 tahun dan ke bawah.

Deduktibel adalah jumlah tetap yang perlu anda bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM500 dan kami akan membayar perbelanjaan perubatan selebihnya. Deduktibel akan dikenakan untuk 2 Tahun Sijil Manfaat Tambahan pertama. Selepas itu, Deduktibel akan menjadi sifar. Bagaimanapun, jika tuntutan dibuat untuk mana-mana keadaan, kecuali Manfaat Penyakit Berjangkit, dalam mana-mana satu Tahun Sijil Manfaat Tambahan, Deduktibel akan dikenakan semula untuk 2 Tahun Sijil Manfaat Tambahan berikutnya.

Berikut adalah contoh di mana Deduktibel tidak akan dikenakan apabila anda kekal sihat:

TAHUN MANFAAT TAMBAHAN JUMLAH DEDUKTIBEL BAGI SETIAP TAHUN SIJIL MANFAAT TAMBAHAN TUNTUTAN PERUBATAN
1 RM500 Tiada
2 RM500 Tiada
3 RM0 Ada
4 RM500 Tiada
5 RM500 Tiada
6 RM0 Tiada
7 RM0 Tiada
Sesiapa yang berumur di antara 14 hari dan 60 tahun (umur dicapai) layak untuk melampirkan MediPro sebagai manfaat tambahan kepada pelan Takaful ProEssential. Bagaimanapun, peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.