Takaful Milik Rumah

Takaful Pemilik Rumah

 

Lindungi harta benda anda yang paling bernilai.

 

Takaful kediaman melindungi rumah dan kandungan isi rumah anda daripada kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka, seperti kebakaran, kecurian, banjir, atau kejadian kerosakan yang lain.

Kebanyakan sijil takaful kediaman di Malaysia menawarkan perlindungan asas yang hampir sama, seperti perlindungan terhadap kebakaran, kecurian dan bencana alam. Perbezaan utama adalah pada manfaat tambahan yang ditawarkan oleh setiap syarikat takaful, seperti perlindungan untuk barang-barang peribadi, penginapan sementara, atau liabiliti yang diperluaskan. Adalah penting untuk meneliti ciri-ciri ini dengan teliti dan memilih perlindungan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Jenis utama takaful kediaman yang terdapat di Malaysia adalah: 

  • Takaful Pemilik Rumah
  • Takaful Isi Rumah 
ZHomeProtect

Takaful kebakaran secara amnya merupakan perlindungan standard dalam sijil takaful kediaman di Malaysia dan disertakan dalam kebanyakan pelan takaful kediaman. Perlindungan kebakaran lazimnya melindungi daripada:

  • Kebakaran
  • Petir
  • Letupan Domestik 

Takaful kebakaran juga biasanya diperlukan oleh bank untuk kediaman yang mempunyai pembiayaan hartanah.

Perlindungan Banjir

  • Perlindungan banjir untuk menampung kerosakan akibat banjir biasanya ditawarkan sebagai perlindungan tambahan pilihan (lanjutan).

Kerosakan banjir mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:

  • Kerosakan air pada dinding, lantai, pendawaian dan kelengkapan

Kerosakan pada perabot, peralatan elektrik dan barangan peribadi (jika isi rumah dilindungi)

Kos tahunan takaful kediaman di Malaysia lazimnya bermula sekitar RM60 dan boleh melebihi RM1,000, bergantung pada beberapa faktor utama termasuk lokasi hartanah, jumlah yang dilindungi, jenis bangunan dan pilihan perlindungan yang anda pilih. Julat caruman ini adalah sebagai anggaran sahaja dan diberikan untuk tujuan ilustrasi. Caruman sebenar tertakluk pada penilaian pengunderaitan serta terma dan syarat khusus sijil.

Jenis perlindungan

  • Takaful Kebakaran sahaja (asas)
  • Sijil Pemilik Rumah (bangunan)
  • Sijil Isi Rumah (barangan rumah)
  • Takaful Rumah Komprehensif (bangunan + isi rumah + liabiliti)

Jumlah Perlindungan

  • Kos pembinaan semula rumah (untuk bangunan)
  • Nilai isi rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan barangan peribadi

Jenis hartanah

  • Rumah bertanah, apartmen, kondominium, teres, berkembar (semi-d), banglo
  • Rumah bertingkat tinggi, yang mungkin mempunyai keperluan perlindungan yang berbeza

Lokasi hartanah

  • Kawasan bandar berbanding luar bandar
  • Hartanah di kawasan mudah banjir mungkin dikenakan caruman yang lebih tinggi

Perlindungan tambahan pilihan 

  • Mendapan tanah dan tanah runtuh (subsidence and landslip)
  • Rusuhan, mogok dan perbuatan khianat
  • Takaful sewa
  • Liabiliti awam (kebiasaannya tidak terpakai untuk sijil takaful kebakaran asas sahaja)

Jumlah caruman takaful kediaman bergantung pada faktor seperti saiz dan nilai hartanah anda, lokasinya, bahan binaan, dan perlindungan yang anda pilih. Perlindungan asas seperti kebakaran atau bencana alam biasanya ditawarkan pada kadar standard, manakala penambahan manfaat seperti perlindungan untuk barang peribadi atau penginapan sementara boleh meningkatkan caruman.

Untuk mendapatkan jumlah caruman yang tepat, kami mengesyorkan anda memohon sebut harga daripada beberapa pengendali takaful dan bandingkan perlindungan serta manfaat bagi mendapatkan pelan perlindungan yang paling sesuai untuk anda.

Tiada takaful kediaman yang benar‑benar “terbaik” untuk semua orang di Malaysia; sijil yang paling sesuai berbeza mengikut faktor individu seperti jenis hartanah, keperluan perlindungan, bajet dan tahap pendedahan risiko.

Takaful Kediaman yang terbaik untuk anda ialah yang:

  • Memberikan jumlah perlindungan yang mencukupi untuk kediaman dan isi rumah anda
  • Melindungi risiko utama yang berkaitan dengan lokasi anda (contohnya banjir, kebakaran, kecurian)
  • Mempunyai terma sijil yang jelas, pengecualian yang munasabah dan pilihan perlindungan tambahan yang fleksibel
  • Ditawarkan oleh syarikat takaful yang berlesen dan kukuh dari segi kewangan
  • Mempunyai reputasi perkhidmatan tuntutan yang boleh dipercayai

Secara umum, sijil takaful kediaman yang dianggap “baik” biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Perlindungan kebakaran dan banjir
  • Perlindungan untuk isi rumah
  • Perlindungan liabiliti awam
  • Pilihan perlindungan tambahan yang fleksibel
  • Proses tuntutan yang telus dan cekap

Memastikan perlindungan terhadap harta, barang-barang serta liabiliti adalah penting apabila anda merancang perlindungan takaful untuk rumah pertama. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Kenal pasti keperluan anda
  2. Pilih jenis utama
  3. Pertimbangkan pilihan perlindungan tambahan
  4. Bandingkan dan sesuaikan sijil
  5. Fahami terma dan syarat
  6. Pastikan perlindungan anda berterusan

Untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan jumlah dilindungi, sila rujuk kepada brosur produk.

Zurich Malaysia menyediakan sijil Pemilik Rumah (Houseowner) dan Isi Rumah (Householder) secara berasingan, serta pelan perlindungan kediaman yang lebih komprehensif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan dan manfaatnya, sila layari Takaful For Property | Z-HomeProtect Takaful | Zurich Malaysia, tertakluk pada terma, syarat dan pengecualian sijil.

  1. Takaful Kebakaran (Asas)
  • Melindungi kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, petir dan letupan domestik
  • Lazimnya diperlukan oleh bank untuk pinjaman hartanah
  • Tidak melindungi banjir melainkan ditambah sebagai perlindungan tambahan
  1. Sijil Pemilik Rumah (bangunan)
  • Melindungi bangunan (dinding, bumbung, kelengkapan tetap)
  • Sesuai untuk pemilik kediaman bertanah, kondominium dan apartmen
  • Pilihan perlindungan tambahan mungkin merangkumi risiko seperti tanah runtuh atau risiko tertentu lain (tertakluk pada terma sijil)
  1. Sijil Isi Rumah (barangan rumah)
  • Melindungi isi rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan barangan peribadi
  • Sesuai untuk pemilik kediaman atau penyewa
  • Tidak melindungi struktur bangunan
  1. Takaful Kediaman Komprehensif (Pemilik Rumah dan Isi Rumah) mempunyai perlindungan menyeluruh dan lebih luas termasuk:
  • Bangunan dan isi rumah
  • Kecurian, banjir, liabiliti kepada pihak ketiga, kehilangan sewa dan manfaat lain sebagai perlindungan tambahan
  1. Perlindungan Berkaitan Strata / Kediaman Bertingkat Tinggi

    Untuk kondominium dan apartmen, struktur bangunan biasanya dilindungi di bawah sijil induk Perbadanan Pengurusan (Management Corporation). Pemilik individu kebiasaannya memerlukan Takaful Isi Rumah untuk melindungi kelengkapan dalaman dan barangan rumah.

Z-Home Protect menawarkan pelbagai perlindungan untuk kerugian dan kerosakan terhadap bangunan dan/atau kandungan isi rumah yang hanya digunakan untuk tujuan kediaman. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan perlindungan dan manfaatnya, sila lawati Insurance For Property | Z-HomeProtect | Zurich Malaysia

Anda boleh mendapatkan sebut harga untuk Takaful Kediaman Zurich melalui beberapa saluran:

Kunjungi cawangan Zurich untuk berbincang secara terus dengan wakil kami.

 

  • Hubungi kami di talian 1 300 888 622 (Isnin - Jumaat, 8:30 pagi–5:15 petang) atau e-mel kami di callcentre@zurich.com.my untuk memohon kemas kini sijil.
  • Berikan maklumat pembiayaan bank anda supaya kami boleh  mengemas kini klausa gadai janji.
  • Laraskan perlindungan anda (contohnya, jumlah dilindungi untuk bangunan) mengikut keperluan bank anda.
  • Hantar sebarang dokumen yang diperlukan oleh kami.
  • Anda juga boleh melawat cawangan atau gunakan saluran pertanyaan dalam talian untuk bantuan.