
Melindungi Kehidupan Saya
Perlindungan hayat yang fleksibel dan mudah untuk anda dan insan tersayang.
Pelan Tambahan
Kami sedia membantu: Soalan Lazim
Insurans hayat ialah kontrak antara anda dan syarikat insurans, di mana syarikat insurans akan membayar sejumlah wang sekaligus (manfaat kematian) kepada penama sekiranya meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK). Ia membantu melindungi kewangan dengan menampung hutang, perbelanjaan sara hidup dan kos pendidikan tanggungan.
Insurans hayat bertempoh, insurans hayat seumur hidup, pelan berkaitan pelaburan dan pelan endowmen.
Ciri | Hayat Bertempoh | Hayat Seumur Hidup | Barkaitan Pelaburan | Pelan Endowmen |
Tempoh Perlindungan | Sementara (cth, 10-30 tahun atau sehingga umur tertentu) | Seumur hidup (biasanya sehingga umur 100 tahun) | Jangka panjang; biasanya sehingga 80-100 tahun, tetapi fleksibel. | Tempoh tetap (cth, 10, 15, 20 tahun atau sehingga tarikh matang) |
Premium | Kos lebih rendah; premiium tetap untuk tempoh perlindungan. | Kos lebih tinggi; premium tetap sepanjang hayat. | Berubah-ubah; bayaran boleh dilaraskan dari semasa ke semasa. | Lebih tinggi; bayaran tetap, serupa dengan simpanan berdisiplin paksa. |
Nilai Tunai | Umumnya tiada. | Dijamin dan meningkat dari masa ke masa. | Tidak dijamin; bergantung pada prestasi pasaran. | Dijamin pada tarikh matang. |
Manfaat Utama | Perlindungan tinggi pada kos rendah; perlindungan semata-mata. | Perlindungan seumur hidup + simpanan terjamin. | Perlindungan + potensi pertumbuhan pelaburan. | Simpanan berdisplin + perlindungan. |
Untuk pemeriksaan perubatan minimum atau proses kelulusan yang lebih cepat, anda boleh mempertimbangkan produk penerimaan terjamin atau produk dalam talian. Zurich menawarkan produk penerimaan terjamin yang sesuai untuk setiap peringkat kehidupan seperti Zurich Essential Cover, Zurich Everlasting Cover, Zurich Prestige Cover dan Zurich SureCover.
Kebanyakan penyedia insurans di Malaysia menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan hayat, perubatan dan penyakit kritikal. Pelan ini merupakan polisi berkaitan pelaburan yang menggabungkan pelbagai perlindungan dalam satu pelan, menjadikannya lebih jimat dan mudah.