
Pelan Simpanan Takaful
Mengapa Memilih Pelan Simpanan Zurich Takaful?
Pelan simpanan Zurich Takaful direka untuk membantu anda memperkukuh simpanan melalui caruman yang berpatutan. Selain meningkatkan simpanan, pelan patuh Syariah ini menyediakan perlindungan kewangan yang penting, memastikan kewangan anda dan keluarga terpelihara daripada ketidaktentuan hidup. Pelan ini turut menawarkan manfaat, seperti pembayaran tunai tahunan dan manfaat apabila sijil matang.
Pelan Simpanan – Pilihan Bijak untuk Masa Depan Anda
Di Zurich Takaful, kami komited untuk membantu anda mendapatkan perlindungan yang sesuai di samping membina simpanan untuk masa depan. Sama ada untuk diri sendiri atau keluarga, kami mempunyai pelan yang memenuhi keperluan anda.
Anda boleh memilih pelan simpanan takaful mengikut keperluan anda. Pelan ini direka untuk membantu anda meningkatkan simpanan di samping menikmati perlindungan takaful melalui caruman bulanan yang berpatutan. Jika anda mencari pelan jangka pendek, Takaful Mumtaz menawarkan perlindungan selama 16 tahun dengan hanya 8 tahun caruman. Anda juga boleh mempertimbangkan pelan simpanan takaful Executive20 yang menawarkan bayaran tunai tahunan dan lain-lain."
Apakah Pelan Simpanan Takaful?
Pelan Simpanan Takaful terdiri daripada pelan patuh Syariah yang memerlukan caruman bulanan minimum. Pelan ini menawarkan bayaran tunai tahunan dan manfaat matang yang dapat membantu meningkatkan simpanan anda. Ia turut menyediakan perlindungan bagi kematian, hilang upaya keseluruhan dan kekal serta lain-lain. Pelan simpanan Takaful juga menawarkan manfaat pelepasan cukai pendapatan.
Bagaimana Pelan Simpanan Takaful berfungsi?
Pelan Simpanan Takaful menawarkan bayaran tunai tahunan yang akan dipindahkan ke akaun simpanan pilihan anda. Anda hanya perlu membuat caruman bulanan mengikut pelan yang dipilih untuk tempoh perlindungan tertentu. Apabila tempoh tersebut tamat, anda berpeluang menikmati simpanan yang lebih baik di samping perlindungan bagi kematian dan hilang upaya keseluruhan dan kekal.
Apakah kelebihan Pelan Simpanan Takaful?
Kelebihan Pelan Simpanan Takaful adalah seperti berikut:
- Simpanan melalui caruman bulanan yang minimum
- Tempoh perlindungan yang fleksibel dan singkat
- Menyediakan perlindungan takaful
- Manfaat pelepasan cukai