
Pelan Pelaburan Takaful
Pelan Pelaburan Pintar untuk Merealisasikan Aspirasi Anda
Di Zurich Takaful, kami komited untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Dengan pelbagai penyelesaian kewangan patuh Syariah yang direka mengikut keperluan anda, anda boleh melabur untuk masa depan diri sendiri dan insan tersayang dengan lebih yakin.
Anda boleh memilih daripada portfolio dana dalam negara dan luar negara yang patuh Syariah serta melabur mengikut perancangan kewangan jangka sederhana atau jangka panjang anda. Pilihan dana kami direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dan tahap toleransi risiko. Selain itu, pelan berkaitan pelaburan kami menyediakan perlindungan kewangan untuk anda dan keluarga serta berpotensi memberikan pulangan yang dapat membantu meningkatkan simpanan dan membina masa depan kewangan yang lebih terjamin.
Apakah produk takaful berkaitan Pelaburan?
Produk takaful berkaitan pelaburan menggabungkan manfaat pelan takaful keluarga dengan potensi pulangan daripada pelaburan. Secara ringkas, sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk menyediakan perlindungan takaful keluarga yang merangkumi manfaat seperti kematian, hilang upaya, penyakit kritikal dan kemalangan. Baki caruman pula akan dilaburkan dalam dana pelaburan patuh Syariah yang berpotensi memberikan pulangan bagi membantu menjamin masa depan kewangan anda dan keluarga."
Apakah perbezaan antara Takaful Berkaitan Pelaburan dan Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan?
Kedua-dua Takaful berkaitan pelaburan dan Insurans berkaitan pelaburan merupakan produk yang setanding kerana kedua-duanya menggabungkan perlindungan takaful keluarga atau insurans hayat dengan simpanan daripada pelaburan. Caruman bagi takaful berkaitan pelaburan diperuntukkan kepada dana tabarru’ (derma) atau dana takaful, selaras dengan prinsip Syariah yang berteraskan konsep saling membantu untuk memberi bantuan kepada peserta sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau peristiwa lain yang telah dipersetujui. Bahagian pelaburan pula hanya dilaburkan dalam dana yang patuh Syariah. Sebaliknya, insurans berkaitan pelaburan ialah pelan perlindungan hayat yang menyalurkan premium ke dalam satu akaun, manakala pelaburannya dibuat dalam dana konvensional yang dipilih oleh pemegang polisi.