
Perlindungan Menyeluruh terhadap Peningkatan Kos Rawatan Kanser – CancerCare
Lindungi diri anda daripada peningkatan kos rawatan kanser.
Kanser merupakan penyakit yang sering menimbulkan kebimbangan. Setiap tahun, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser. Dengan kos penjagaan kesihatan yang terus meningkat, sijil CancerCare direka khas untuk membantu mengurangkan beban kewangan anda dan insan tersayang ketika menjalani rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan.
- Pelan kanser komprehensif yang melindungi semua jenis kanser kecuali keadaan-keadaan yang disenaraikan dalam Pengecualian.
- Direka secara unik untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser.
- Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser.
- Jika kanser yang didiagnosis adalah Kanser Khusus Terhadap Jantina (GSC), tambahan 25% Jumlah Perlindungan Kanser sehingga RM50,000 akan dibayar.
- Caruman yang dibuat layak menerima pelepasan cukai pendapatan di samping pelan takaful keluarga atau insurans hayat anda yang lain, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
- Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.
| Manfaat sepintas lalu | |
|
1. Manfaat Kanser |
1. Selepas didiagnosis dengan Karsinoma In Situ (CIS):
2. Apabila didiagnosis dengan Kanser Invasif:
3. Perlindungan Kanser Maksimum: 125% daripada Jumlah Perlindungan Kanser (100% daripada Jumlah Perlindungan Kanser jika tiada tuntutan CIS dan tambahan 25% daripada Jumlah Perlindungan Kanser jika didiagnosis dengan GSC). 4. Jumlah Perlindungan Kanser bergantung kepada jenis pelan. 5. Sijil akan ditamatkan selepas bayaran penuh Manfaat Kanser. |
|
2. Belanja Pengebumian |
RM10,000 akan dibayar apabila berlaku kematian atas apa jua sebab. |
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 65 tahun layak dilindungi. Namun begitu, Peserta/Pemohon mesti berusia 18 tahun ke atas.
Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.