image

Z BizGuard

Penyelesaian serba lengkap untuk perlindungan perniagaan kecil.

Memperkasa perniagaan anda dengan perlindungan yang komprehensif

Mengendalikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melibatkan pelbagai risiko dan cabaran. Zurich SME Solutions direka untuk memberikan perlindungan yang komprehensif mengikut keperluan unik perniagaan anda, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting – mengembangkan perniagaan dengan yakin kerana anda dilindungi daripada risiko yang tidak dijangka.

KEMUDAHAN

Z BizGuard menjimatkan masa dan memudahkan urusan kerana semua sebut harga dan polisi dikeluarkan serta-merta.            

FLEKSIBILITI

Z BizGuard memberi anda fleksibiliti untuk memilih perlindungan yang diperlukan, dengan Insurans Kebakaran sebagai perlindungan utama."

BANTUAN

Anda juga boleh menikmati perkhidmatan yang cekap daripada ejen kami yang berdedikasi serta respons yang pantas daripada Pusat Khidmat Pelanggan Zurich.

Notis Penting Mengenai Pengiraan Kos Insurans/Takaful Kebakaran

Perlindungan insurans/takaful kebakaran yang tidak mencukupi (under-insured/under-coverage) bagi hartanah anda boleh menyebabkan pampasan yang diterima menjadi lebih rendah akibat penggunaan klausa purata (average clause). Untuk mendapatkan anggaran perlindungan insurans/takaful bagi hartanah anda (contohnya rumah kediaman, rumah kedai ringkas dan pejabat kedai), anda boleh menggunakan Kalkulator Kos Pembinaan Semula Bangunan yang dibangunkan bersama oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA). Harap maklum bahawa kalkulator ini hanya memberikan anggaran kos pembinaan semula untuk tujuan penilaian dan tidak menjamin jumlah perlindungan sebenar yang mungkin dipersetujui oleh kami.

Lindungi perniagaan anda daripada risiko kebakaran

Risiko kebakaran tidak sepatutnya di pandang ringan. Kebakaran boleh memusnahkan keseluruhan perniagaan, dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, pastikan premis perniagaan serta kandungannya dilindungi daripada kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kilat atau letupan gas domestik. Bergantung pada keperluan anda, polisi asas ini juga boleh dipertingkatkan dengan perlindungan tambahan untuk risiko lain seperti banjir, gempa bumi serta rusuhan dan mogok.

- Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kebakaran Zurich Essential (Detariff)
- Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kebakaran Zurich Essential (Detariff)"

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kebakaran Zurich Essential (Detariff)

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kebakaran Zurich Essential (Detariff)

Pastikan kelangsungan perniagaan anda.

Kebakaran bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian fizikal, malah kerugian kewangan yang besar. Insurans Kerugian Turutan Kebakaran menawarkan perlindungan tambahan untuk membantu menampung kerugian yang berlaku apabila perniagaan anda tidak dapat beroperasi semula selepas kebakaran. Perlindungan ini merangkumi kerugian seperti kehilangan keuntungan kasar akibat penurunan jualan, peningkatan kos operasi serta perbelanjaan tambahan yang ditanggung akibat gangguan perniagaan yang berpunca daripada kebakaran.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kerugian Akibat Kebakaran

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kerugian Akibat Kebakaran

Apabila mesin anda terhenti, perniagaan juga turut terhenti.

Mendapatkan perlindungan insurans untuk jentera industri dan peralatan komersial yang penting kepada operasi perniagaan anda adalah satu keperluan. Insurans Semua Risiko Peralatan melindungi peralatan bergerak dan tidak bergerak seperti mesin percetakan dan mesin pembungkusan makanan, serta pelbagai jenis peralatan lain. Jentera seperti traktor, forklift dan jentolak yang tidak dilesenkan untuk kegunaan di jalan raya juga boleh dilindungi daripada kemalangan, terbalik, kecurian dan perbuatan khianat.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Semua Risiko Peralatan

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Semua Risiko Peralatan

Jenayah tidak menyebelahi anda. Kami pastikan anda dilindungi.

Pecah masuk dan kecurian boleh berlaku tanpa diduga, jadi bersedialah lebih awal. Perlindungan asas ini membantu melindungi kerugian atau kerosakan terhadap barangan berharga yang disimpan di premis perniagaan akibat kecurian melalui pecah masuk secara paksa atau rompakan bersenjata.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kecurian

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kecurian

Wang datang dan pergi. Pastikan ia lebih banyak datang daripada pergi.

Anda bekerja keras untuk memperoleh keuntungan, jadi sudah tentu anda tidak mahu kehilangan wang hasil usaha anda. Insurans Wang melindungi kerugian wang akibat kecurian atau rompakan.

Insurans Wang melindungi wang dalam transit, seperti hasil jualan tunai yang dibawa ke bank atau wang yang dikeluarkan untuk pembayaran gaji ketika dalam perjalanan kembali ke pejabat.

Ia juga melindungi wang di premis, termasuk wang tunai, cek, kiriman wang pos atau kiriman wang, setem dan bil pertukaran yang dicuri dari premis perniagaan anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kewangan

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kewangan

Perlindungan yang tidak mudah retak di bawah tekanan.

Jika premis perniagaan anda mempunyai pintu kaca, tingkap kaca, panel kaca atau kabinet pameran kaca, kos penggantiannya boleh menjadi sangat tinggi. Insurans Plat Kaca direka khas untuk melindungi perniagaan yang menggunakan struktur kaca tersebut. Perlindungan ini meliputi kerosakan akibat kaca pecah secara tidak sengaja di premis, tetapi tidak melindungi kecacatan atau kerosakan selain daripada rekahan yang menembusi keseluruhan ketebalan kaca.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Plat Kaca

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Plat Kaca

Perlindungan tambahan untuk ketenangan fikiran anda.

Amalan terbaik dalam perniagaan ialah tidak mengambil mudah soal kejujuran. Walaupun anda mempercayai pekerja anda, adalah wajar untuk mengurangkan risiko kerugian wang, instrumen boleh niaga atau barangan syarikat akibat penipuan atau perbuatan tidak jujur oleh pekerja.

- Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Jaminan Kesetiaan
- Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Jaminan Kesetiaan"

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Jaminan Kesetiaan

Ketahui lebih lanjut mengenai Tafaful Jaminan Kesetiaan

Bersedia menghadapi kejadian yang tidak dijangka.

Sekiranya berlaku kemalangan di premis perniagaan anda dan individu seperti pelanggan, pelawat atau kanak-kanak mengalami kecederaan, anda mungkin dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang. Insurans Liabiliti Awam membantu melindungi perniagaan anda daripada tuntutan pampasan dalam situasi seperti ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Liabiliti Awam

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Liabiliti Awam

Memberikan manfaat berkanun kepada pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit berkaitan pekerjaan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Pampasan Pekerja

Memberikan perlindungan terhadap liabiliti undang-undang yang timbul akibat kecederaan atau penyakit pekerja yang tidak dilindungi di bawah Insurans Pampasan Pekerja.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Liabiliti Majikan

Melindungi kerosakan fizikal pada mesin yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dijangka. Ia juga meliputi kerosakan elektrik dan mekanikal secara tidak sengaja yang memerlukan pembaikan atau penggantian.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kerosakan Mesin 

Melindungi kerosakan fizikal akibat kemalangan yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dijangka terhadap peralatan yang dilindungi.

Seksyen I: Melindungi kehilangan atau kerosakan secara tidak sengaja pada perkakasan elektronik, termasuk peralatan periferal.
Seksyen II: Melindungi media penyimpanan data luaran serta maklumat yang disimpan di dalamnya.
Seksyen III: Melindungi kos tambahan untuk menggunakan peralatan Pemprosesan Data Elektronik (Electronic Data Processing) sebagai pengganti.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Peralatan Elektronik 

Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.