Untuk Perlindungan Saya - Untuk Harta Saya

Untuk Harta Saya

Perlindungan komprehensif untuk hartanah yang paling bernilai bagi anda.

Insurans kediaman melindungi rumah dan barangan isi rumah anda daripada kerugian kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kebakaran, kecurian, banjir atau kejadian lain yang menyebabkan kerosakan, tertakluk pada terma dan syarat polisi.

Polisi insurans kediaman di Malaysia secara amnya menyediakan perlindungan asas terhadap risiko biasa seperti kebakaran, kecurian dan bencana alam tertentu. Perbezaan utama antara polisi adalah manfaat tambahan yang ditawarkan oleh setiap syarikat insurans, seperti perlindungan untuk barangan peribadi, penginapan sementara atau liabiliti tambahan. Oleh itu, adalah penting untuk menyemak manfaat ini dengan teliti dan memilih perlindungan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Jenis utama insurans kediaman yang ditawarkan di Malaysia ialah:

  • Insurans Pemilik Rumah
  • Insurans Isi Rumah

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan dan manfaatnya, sila layari Z-Home Protect, tertakluk pada terma, syarat dan pengecualian polisi.

Insurans Pemilik Rumah – Melindungi bangunan anda.
Memberikan perlindungan kepada Rumah Kediaman Persendirian anda termasuk garaj, bangunan tambahan di premis yang sama, lekapan dan kelengkapan tetap, dinding, pintu pagar serta pagar di sekeliling premis.


Insurans Isi Rumah – Melindungi barangan anda.
Melindungi barangan isi rumah dan harta peribadi yang terdapat di dalam Rumah Kediaman Persendirian anda serta dimiliki oleh anda atau ahli keluarga yang tinggal bersama anda.

ZHomeProtect
Insurans kebakaran merupakan perlindungan standard yang lazimnya disertakan dalam kebanyakan polisi insurans kediaman di Malaysia. Perlindungan ini secara amnya meliputi:

  • Kebakaran
  • Petir
  • Letupan gas domestik

Insurans kebakaran juga lazimnya diperlukan oleh pihak bank bagi rumah yang mempunyai pinjaman perumahan.

Perlindungan Banjir

  • Perlindungan banjir biasanya ditawarkan sebagai manfaat tambahan yang boleh dipilih. 

Kerosakan akibat banjir mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Kerosakan air pada dinding, lantai, pendawaian dan kelengkapan tetap
  • Kerosakan pada perabot, peralatan elektrik dan barangan peribadi (jika isi rumah dilindungi)

Kos tahunan insurans kediaman di Malaysia biasanya bermula sekitar RM60 hingga melebihi RM1,000, bergantung pada beberapa faktor utama seperti lokasi hartanah, jumlah perlindungan, jenis bangunan dan pilihan perlindungan yang dipilih. Julat premium ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Premium sebenar adalah tertakluk pada penilaian pengunderaitan serta terma dan syarat polisi.

Jenis perlindungan

  • Insurans Kebakaran sahaja (asas)
  • Polisi Insurans Pemilik Rumah (bangunan)
  • Polisi Insurans Isi Rumah (barangan rumah)
  • Insurans Rumah Komprehensif (bangunan + isi rumah + liabiliti)

Jumlah perlindungan

  • Kos membina semula rumah (untuk bangunan)
  • Nilai barangan isi rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan barangan peribadi

Jenis hartanah

  • Rumah bertanah, apartmen, kondominium, rumah teres, berkembar (semi-d) dan banglo
  • Rumah bertingkat tinggi, yang mungkin mempunyai keperluan perlindungan yang berbeza

Lokasi hartanah

  • Kawasan bandar atau luar bandar
  • Hartanah di kawasan mudah banjir mungkin dikenakan caruman yang lebih tinggi

Manfaat tambahan pilihan

  • Mendapan tanah dan tanah runtuh
  • Rusuhan, mogok dan perbuatan khianat
  • Insurans sewa
  • Liabiliti awam (kebiasaannya tidak terpakai bagi polisi kebakaran asas sahaja)

Premium insurans kediaman bergantung pada beberapa faktor seperti saiz dan nilai hartanah anda, lokasinya, bahan binaan serta pilihan perlindungan yang dipilih. Perlindungan asas seperti kebakaran atau bencana alam biasanya ditawarkan pada kadar standard, manakala manfaat tambahan seperti perlindungan untuk barangan peribadi atau penginapan sementara boleh meningkatkan premium.

Untuk mendapatkan anggaran premium yang tepat, dapatkan sebut harga daripada beberapa syarikat insurans dan bandingkan perlindungan serta manfaat yang ditawarkan bagi memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Tiada satu polisi insurans kediaman yang boleh dianggap sebagai "terbaik" untuk semua orang di Malaysia. Polisi yang paling sesuai bergantung pada faktor seperti jenis hartanah, keperluan perlindungan, bajet dan tahap risiko yang dihadapi.


Insurans kediaman yang terbaik untuk anda ialah yang:

  • Menawarkan jumlah perlindungan yang mencukupi untuk rumah dan isi rumah anda
  • Melindungi risiko utama yang berkaitan dengan lokasi anda (contohnya banjir, kebakaran dan kecurian).
  • Mempunyai terma polisi yang jelas, pengecualian yang munasabah serta manfaat tambahan yang fleksibel
  • Ditawarkan oleh syarikat insurans yang berlesen dan kukuh dari segi kewangan
  • Mempunyai rekod perkhidmatan tuntutan yang boleh dipercayai

Secara amnya, polisi insurans kediaman yang "baik" mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Perlindungan kebakaran dan banjir
  • Perlindungan untuk isi rumah
  • Perlindungan liabiliti awam
  • Manfaat tambahan yang fleksibel
  • Proses tuntutan yang telus dan cekap

Apabila merancang perlindungan insurans bagi rumah pertama anda, adalah penting untuk memastikan rumah, barangan serta liabiliti anda dilindungi. Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti:

  1. Kenal pasti keperluan anda
  2. Pilih jenis perlindungan insurans yang utama
  3. Pertimbangkan pilihan perlindungan tambahan
  4. Bandingkan dan sesuaikan polisi
  5. Fahami terma dan syarat
  6. Pastikan perlindungan anda berterusan

Untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan jumlah perlindungan, sila rujuk risalah produk.

Zurich Malaysia menawarkan polisi Insurans Pemilik Rumah (Houseowner) dan Insurans Isi Rumah (Householder) secara berasingan, serta penyelesaian perlindungan rumah yang lebih komprehensif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan dan manfaatnya, sila layari Z-Home Protect, tertakluk pada terma, syarat dan pengecualian polisi.

  1. Insurans Kebakaran (Asas)
  • Melindungi kerosakan akibat kebakaran, petir dan letupan gas domestik
  • Lazimnya diperlukan oleh bank bagi pinjaman perumahan
  • Tidak melindungi banjir kecuali jika perlindungan tambahan diambil
  1. Polisi Pemilik Rumah (bangunan)
  • Melindungi struktur bangunan (dinding, bumbung dan lekapan tetap)
  • Sesuai untuk pemilik kediaman bertanah, kondominium dan apartmen
  • Perlindungan tambahan boleh meliputi risiko seperti tanah runtuh atau risiko lain yang dinyatakan (tertakluk pada terma polisi)
  1. Polisi Isi Rumah (barangan rumah)
  • Melindungi isi rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan barangan peribadi
  • Sesuai untuk pemilik rumah atau penyewa
  • Tidak melindungi struktur bangunan
  1. Insurans Kediaman Komprehensif (Pemilik Rumah + Isi Rumah) menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh, termasuk:
  • Bangunan dan isi rumah.
  • Kecurian, banjir, liabiliti kepada pihak ketiga, kehilangan sewa serta manfaat tambahan lain. 
  1. Perlindungan Berkaitan Strata / Kediaman Bertingkat Tinggi

    Bagi kondominium dan apartmen, struktur bangunan biasanya dilindungi di bawah polisi induk Perbadanan Pengurusan (Management Corporation). Pemilik unit kebiasaannya memerlukan Insurans Isi Rumah untuk melindungi kelengkapan dalaman dan barangan rumah.

Z-Home Protect menawarkan perlindungan yang menyeluruh terhadap kehilangan atau kerosakan pada bangunan dan/atau kandungan isi rumah yang digunakan sepenuhnya untuk tujuan kediaman.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan dan manfaatnya, sila layari Z-Home Protect.

Anda boleh mendapatkan sebut harga untuk Insurans Rumah Zurich melalui beberapa saluran berikut:

Kunjungi cawangan Zurich untuk mendapatkan khidmat wakil kami secara terus.

 

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar Pertanyaan

Hantar pertanyaan untuk pertemuan dengan Ejen Takaful Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan

Cari Cawangan Zurich

Lokasi Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Zurich

1300-888-622

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful
  • Hubungi kami di 1-300-888-622 (Isnin–Jumaat, 8:30 PG–5:15 PTG) atau e-mel kami di callcentre@zurich.com.my untuk memohon kemas kini polisi.
  • Berikan maklumat pinjaman perumahan anda supaya kami dapat mengemas kini klausa gadai janji.
  • Laraskan perlindungan anda (contohnya jumlah perlindungan bangunan) mengikut keperluan pihak bank anda.
  • Hantar sebarang dokumen yang diperlukan kepada kami.
  • Anda juga boleh mengunjungi cawangan kami atau menggunakan saluran pertanyaan dalam talian untuk mendapatkan bantuan.