zurich valuelife buat baik

Dana Asing

 

Dana Asing Zurich

Asas kepada jaminan kewangan anda

Kepelbagaian untuk lebih banyak pilihan dan peluang pelaburan

Sesiapa yang pernah berkata "jangan letakkan semua telur dalam satu bakul" sememangnya bijak. Apabila melibatkan pelaburan, terutamanya dalam keadaan pasaran yang tidak menentu pada hari ini, portfolio yang dipelbagaikan merupakan kunci untuk memaksimumkan potensi pelaburan anda. Ini termasuk meluaskan pelaburan melangkaui pasaran Malaysia bagi memanfaatkan bukan sahaja dana dalam negara, malah pasaran ekuiti asing berpotensi tinggi serta pasaran ekuiti penjagaan kesihatan.

Zurich memudahkan anda merebut peluang pelaburan ini dengan menambah enam dana asing kepada rangkaian dana dalam negaranya. Dana-dana ini memberi pendedahan kepada pasaran sedang pesat membangun seperti China dan India, pasaran matang seperti Eropah dan Amerika Syarikat, serta kekuatan gabungan ekonomi utama dan syarikat penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai prestasi dana berkaitan pelaburan, sila muat turun Semakan Dana dan Helaian Fakta Dana di https://mya.zurich.com.my/Funds.aspx

Nota: Produk ini ialah produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset asasnya dan BUKAN produk pelaburan semata-mata seperti unit amanah.

Bergantung pada tahap toleransi risiko dan gaya pelaburan anda, anda boleh melampirkan dana yang diuruskan secara profesional ini kepada pelan berkaitan pelaburan seperti Zurich ValueLife Premier, Zurich ValueLife dan Zurich Max1nvest. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk menukar dana atau menambah pelaburan pada bila-bila masa dengan mudah bagi memaksimumkan portfolio pelaburan anda.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hantar pertanyaan anda di bawah dan kami akan menghubungi anda