
Kesihatan dan Kesejahteraan Menyeluruh dengan Rider Perubatan Pilihan - MediAfya
Kesihatan dan kesejahteraan seiring
Di Zurich Takaful, kami sentiasa mencari cara untuk membantu anda membuat persediaan menghadapi perkara yang tidak dijangka. Sebab itu kami memperkenalkan MediAfya, pelan tambahan perubatan pilihan yang memberikan anda akses kepada penjagaan perubatan yang diperlukan dengan kemasukan tanpa kerumitan di hospital panel kami.
Liputan Perubatan Komprehensif
MediAfya memberikan ketenangan fikiran dengan liputan komprehensifnya, merangkumi ujian diagnostik yang dilakukan sebelum kemasukan ke hospital hingga rawatan selepas keluar hospital, serta manfaat pesakit luar termasuk rawatan kanser dan dialisis buah pinggang.
Perlindungan Tahunan sehingga RM350,000 tanpa Had Sepanjang Hayat
Pelan perubatan ini hadir tanpa had sepanjang hayat untuk ketenangan fikiran anda. Lebih baik lagi, pelan ini dijamin boleh diperbaharui sehingga umur 80 tahun.
Melindungi Anda di Saat Memerlukan
Jika anda dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, Co-Takaful akan dikecualikan dan anda boleh fokus pada pemulihan anda.
Manfaat Hospital Kerajaan
Nikmati sifar Co-Takaful jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau Hospital Semi-Kerajaan. Untuk kemasukan ke Hospital Kerajaan, anda juga akan menerima elaun tunai harian sehingga RM280.
Kemasukan Hospital Tanpa Kerumitan
MediAfya menawarkan kemudahan hospitalisasi tanpa tunai. Ini membolehkan anda mendapatkan kemasukan yang cepat apabila anda menunjukkan kad perubatan anda di mana-mana hospital panel kami.
Nota: Terma dan syarat dikenakan.
Jadual Faedah
| Pelan | Pelan 180 | Pelan 280 | ||
| Had Keseluruhan | Had (RM) | |||
| Had Tahunan | 250,000 | 350,000 | ||
| Had Sepanjang Hayat | Tiada had sepanjang hayat | |||
| Faedah Pesakit Dalam | ||||
| Bilik & Penginapan Hospital Harian (had sehari, bilangan hari tanpa had) | 180 | 280 | ||
| Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (had sehari, bilangan hari tanpa had) | 180 | 280 | ||
| Unit Rawatan Rapi atau Unit Ketergantungan Tinggi (maksimum 120 hari setahun) | Seperti Dikenakan, tertakluk kepada sebarang Co-Takaful1 | |||
| Bekalan & Perkhidmatan Hospital | ||||
| Yuran Pembedahan | ||||
| Yuran Pakar Bius | ||||
| Yuran Dewan Bedah | ||||
| Yuran Ambulans | ||||
Lawatan Pakar Dalam Hospital
| ||||
| Pemindahan Organ (mana-mana organ, bilangan pemindahan tanpa had) | ||||
| Faedah Pesakit Luar | ||||
Ujian Diagnostik Pra-Kemasukan ke Hospital
| Seperti Dikenakan, tertakluk kepada sebarang Co-Takaful1 | |||
Rawatan Selepas Kemasukan ke Hospital (dalam tempoh 180 hari selepas keluar)
| ||||
| Pembedahan Pesakit Harian | ||||
| Rawatan Pesakit Luar Kecemasan Akibat Kemalangan (dalam tempoh 72 jam dan rawatan susulan sehingga maksimum 31 hari) | Seperti Dikenakan | |||
| had di bawah Faedah Pesakit Luar adalah tambahan kepada Had Tahunan | ||||
| Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar (had setahun)2 | 150,000 | 250,000 | ||
| Rawatan Kanser Pesakit Luar (had setahun)2 | ||||
| Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (had setahun, dalam tempoh 180 hari dari keluar hospital/pembedahan) | 5,000 | |||
| Faedah Lain | ||||
| Kanta Intraokular – Monofokal / Multifokal (sekali seumur hidup, had pada setiap mata) | 3,000 | 5,000 | ||
| Pendapat Perubatan Kedua – Rawatan Penyakit Kritikal (had setahun) | 1,000 | |||
| Yuran Laporan Perubatan | Seperti Dikenakan | |||
| Program Bantuan Kecemasan (EAP) (Had di bawah EAP adalah tambahan kepada Had Tahunan) | Selaras dengan peruntukan faedah dalam perjanjian EAP | |||
1Co-Takaful sebanyak 10% daripada perbelanjaan perubatan yang layak akan dikenakan, tertakluk kepada maksimum RM1,000 setiap Tahun Sijil Rider. Walau bagaimanapun, Co-Takaful akan dikecualikan untuk kemasukan ke Hospital Kerajaan / Separuh Kerajaan Malaysia (disebabkan oleh sebarang sebab) atau Hospital Swasta (disebabkan oleh kemalangan sahaja).
2Had faedah Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser Pesakit Luar setahun adalah had gabungan.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.