
Perlindungan Kerosakan Mesin – Insurans Kerosakan Mesin
Lindungi mesin yang menjadi nadi operasi perniagaan anda daripada kerosakan.
Semua loji dan mesin terdedah kepada risiko kerosakan atau kegagalan berfungsi, tanpa mengira kualiti atau tahap kebolehpercayaannya. Malah, kerosakan kecil seperti keretakan pada roda tenaga (flywheel) boleh menyebabkan kerosakan kepada beberapa mesin lain, sekali gus mengakibatkan kos pembaikan atau penggantian yang tinggi.
Tertakluk pada penilaian pengunderaitan, polisi ini boleh dilanjutkan untuk melindungi mogok, rusuhan dan kekacauan awam. Kos kerja lebih masa, kerja malam dan penghantaran segera. Kos penghantaran melalui udara. Kerosakan kepada harta di sekeliling. Liabiliti terhadap pihak ketiga. Letupan gas serombong (flue gas explosion) pada dandang dan relau, jika berkenaan.
Polisi Insurans Kerosakan Mesin melindungi kerosakan fizikal atau kehilangan yang berlaku secara mengejut dan tidak dijangka akibat kerosakan elektrik atau mekanikal pada mesin yang diinsuranskan semasa beroperasi; tidak digunakan (berehat); kerja-kerja pembersihan; pemeriksaan; baik pulih (overhaul); pemasangan semula; atau pemindahan ke lokasi lain di dalam premis.
Polisi ini melindungi kerosakan yang berpunca daripada:
- Kecacatan bahan yang digunakan pada mesin.
- Kecacatan reka bentuk.
- Kesilapan pembinaan atau pemasangan.
- Mutu kerja yang tidak memuaskan.
- Kekurangan kemahiran.
- Kecuaian.
- Kekurangan air dalam dandang.
- Pelincir yang rosak atau tidak sesuai.
- Komponen yang longgar.
- Tekanan berlebihan.
- Kelesuan molekul (molecular fatigue).
- Pemanasan melampau.
- Komponen yang tercabut akibat daya emparan.
- Letupan atau implosi.
- Kerosakan elektrik seperti voltan berlebihan atau litar pintas.
- Penebat wayar yang rosak.
- Kegagalan mesin yang bersambung.
- Kegagalan peranti keselamatan.
- Halangan atau kemasukan objek asing ke dalam mesin.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM setakat had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.