Zurich Max1nvest

Maksimumkan Kekayaan Anda dengan Pelan Pelaburan Premium Tunggal – Zurich Max1nvest

Mengoptimumkan peluang pelaburan.

Zurich Max1nvest ialah pelan berkaitan pelaburan dengan premium tunggal yang direka untuk memaksimumkan pelaburan anda melalui pilihan dana dalam dan luar negara yang pelbagai. Pelan ini menawarkan kadar peruntukan premium yang tinggi, dengan sekurang-kurangnya 95% premium diperuntukkan untuk pelaburan bagi membantu anda mencapai matlamat jangka panjang membina kekayaan. Bagi membina pelaburan secara berperingkat dan mengurus risiko, anda juga boleh memanfaatkan kaedah purata kos ringgit (ringgit cost averaging) melalui tambahan pelaburan berkala atau tidak berkala.

Nota: Ini ialah produk insurans yang berkaitan dengan prestasi aset asasnya dan BUKAN produk pelaburan tulen seperti amanah saham.

Pelbagai pilihan dana dalam dan luar negara

Luaskan peluang pelaburan anda melangkaui pasaran Malaysia dengan akses kepada dana dalam negara serta dana ekuiti luar negara yang berpotensi tinggi. Anda mempunyai kawalan terhadap pelaburan premium permulaan kerana ia boleh dilaburkan dalam 13 pilihan dana dalam negara dan luar negara mengikut pilihan anda. Dana-dana ini diuruskan secara profesional bagi memenuhi tahap toleransi risiko dan gaya pelaburan anda.

Klik di sini untuk melihat senarai dana yang diuruskan secara profesional mengikut toleransi risiko dan gaya pelaburan anda.

Pelaburan premium tunggal dengan fleksibiliti untuk menambah pelaburan pada masa hadapan

Anda hanya perlu membayar premium sekali sahaja pada permulaan polisi. Premium anda akan terus dilaburkan ke dalam dana pilihan anda bagi meningkatkan potensi pulangan pelaburan.

Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan Nilai Akaun Pelaburan melalui pelaburan tambahan berkala atau tidak berkala bagi mengoptimumkan potensi pulangan pelaburan anda dari semasa ke semasa.

Sekurang-kurangnya 95% peruntukan premium untuk pelaburan

Nikmati 95.5% peruntukan premium apabila anda membuat pelaburan yang lebih tinggi pada permulaan. Lebih banyak premium dilaburkan sejak awal bermakna lebih banyak dana anda boleh mula berkembang dan berpotensi menjana pulangan.

JENIS PREMIUMKADAR PERUNTUKAN PREMIUM
Premium Permulaan
 
RM 10,000 hingga RM 99,99995%
RM 100,000 dan ke atas95% + Tambahan 0.5%
Premium Tambahan BerkalaBermula dari RM500 sebulan95%
Premium Tambahan Tidak BerkalaBermula dari RM500 bagi setiap Premium Tambahan95%

Pilihan pengeluaran apabila diperlukan

Anda mempunyai kawalan ke atas pelaburan anda dan boleh mengakses Nilai Akaun Pelaburan sekiranya berlaku kecemasan. Kemudahan pengeluaran disediakan supaya anda boleh membuat pengeluaran apabila diperlukan.

Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) Terjamin

Pelan ini memberikan perlindungan sepanjang hayat dan membantu melindungi anda daripada perkara yang tidak dijangka. Sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sebelum polisi matang, anda akan menerima manfaat yang lebih tinggi antara 125% daripada premium permulaan dan 100% daripada premium tambahan (selepas ditolak sebarang pengeluaran separa yang telah dibuat); atau 100% daripada Nilai Akaun Pelaburan.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk, ilustrasi jualan dan dokumen polisi.

Anda layak menyertai pelan ini jika berumur antara 30 hari hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, pemegang polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau laman web PIDM.