Penjagaan Kritikal

Manfaat Tambahan Perubatan dengan Potongan Unit untuk Perlindungan Penyakit Kritikal – Critical Care Rider

Pelan perlindungan 50 penyakit kritikal yang mampu milik untuk ketenangan fikiran anda.

Critical Care ialah manfaat tambahan perubatan dengan potongan unit yang boleh dilampirkan kepada pelan berkaitan pelaburan. Manfaat tambahan ini menyediakan bayaran sekaligus yang akan mempercepatkan pembayaran jumlah asas diinsuranskan sekiranya hayat yang diinsuranskan didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi.

Dengan manfaat tambahan ini, anda akan menikmati:

  • Perlindungan penyakit kritikal
  • Jumlah asas diinsuranskan sehingga RM4,000,000
  • Caj insurans yang lebih berpatutan

Senarai 50 Penyakit Kritikal yang Dilindungi

NO.PENYAKIT KRITIKAL
1Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3Sindrom Apalik
4Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti harian
5Tumor Otak Benigna – pada tahap keterukan yang ditetapkan
6Buta – Kekal dan Tidak Boleh Dipulihkan
7Pembedahan Otak
8Kanser – pada tahap keterukan yang ditetapkan dan tidak meliputi kanser peringkat awal
9Kardiomiopati – pada tahap keterukan yang ditetapkan
10Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan kegagalan kekal sumsum tulang
11Hepatitis Autoimun Kronik
12Pankreatitis Berulang Kronik
13Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
14Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
15Penyakit Creutzfeldt-Jakob
16Penyakit Crohn dengan Fistula
17Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Dipulihkan
18Elephantiasis
19Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti harian
20Kegagalan Hati Peringkat Akhir
21Penyakit Paru-paru Peringkat Akhir
22AIDS Penuh
23Hepatitis Virus Fulminan
24Serangan Jantung – pada tahap keterukan yang ditetapkan
25Pembedahan Injap Jantung
26Jangkitan HIV Akibat Pemindahan Darah
27Endokarditis Berjangkit
28Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang
29Hilang Keupayaan Hidup Berdikari
30Hilang Keupayaan Bertutur
31Kecederaan Kepala Utama
32Pemindahan Organ Utama / Sumsum Tulang
33Penyakit Medullary Cystic
34Penyakit Neuron Motor – defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
35Sklerosis Berbilang
36Distrofi Otot
37Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) Akibat Pekerjaan
38Lumpuh Anggota Badan
39Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti harian
40Feokromositoma
41Poliomielitis
42Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – pada tahap keterukan yang ditetapkan
43Skleroderma Progresif
44Penyakit Arteri Koronari Serius
45Strok – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
46Pembedahan Aorta
47Lupus Eritematosus Sistemik dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk
48Penyakit Terminal
49Melecur Tahap Tiga – pada tahap keterukan yang ditetapkan
50Kolitis Ulseratif dengan Kolektomi Menyeluruh

Hayat yang Diinsuranskan: Berumur 14 hari hingga 65 tahun. Pemegang Polisi: Berumur 16 tahun dan ke atas

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu dan perlindungan ke atas manfaat dari bahagian unit adalah tertakluk kepada had tertentu. Sila rujuk risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.