
Bantuan Kewangan dari Diagnosis hingga Pemulihan – Early Care Critical Illness
Memberikan bantuan kewangan kepada anda dari peringkat awal hingga peringkat lanjut penyakit kritikal.
Bergantung pada jenis penyakit yang dihidapi, masih belum terlambat untuk mendapatkan perlindungan. Early Care Critical Illness ialah manfaat tambahan dengan potongan unit yang boleh dilampirkan kepada pelan insurans berkaitan pelaburan premium berkala. Pelan tambahan ini membantu menyediakan bantuan kewangan bagi menghadapi penyakit kritikal sejak peringkat awal. Nikmati bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan dan pemulihan sebaik sahaja anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal yang ditetapkan.
Dengan manfaat bayaran penyakit kritikal, manfaat pemulihan serta elaun pendapat perubatan kedua pada peringkat awal atau peringkat akhir penyakit kritikal, anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkara yang paling penting — pemulihan anda. Anda juga akan menikmati manfaat berikut:
Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal
Anda akan menerima bayaran sebanyak 50% daripada jumlah diinsuranskan Early Care Critical Illness apabila didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal peringkat awal yang ditetapkan. Manfaat ini membantu anda mendapatkan rawatan yang terbaik dan paling berkesan pada peringkat awal penyakit. Jumlah diinsuranskan akan dikurangkan mengikut jumlah tuntutan yang telah dibayar dan perlindungan bagi penyakit kritikal peringkat akhir akan terus berkuat kuasa. Manfaat ini melindungi anda sehingga umur 85 tahun.
Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Akhir
Sehingga 100% daripada jumlah diinsuranskan Early Care Critical Illness akan dibayar sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal peringkat akhir yang ditetapkan, dengan syarat tiada tuntutan bagi penyakit kritikal peringkat awal telah dibuat sebelum itu. Perlindungan bagi penyakit kritikal peringkat akhir adalah sehingga umur 100 tahun.
Manfaat Pemulihan*
Tambahan sebanyak 12% daripada jumlah diinsuranskan Early Care Critical Illness akan dibayar kepada anda apabila diagnosis pertama penyakit kritikal diluluskan bagi membantu keperluan pemulihan. Bayaran ini akan dibuat secara bulanan selama 12 bulan.
Pendapat Perubatan Kedua*
Bayaran sekaligus sebanyak RM2,000 akan diberikan bagi membolehkan anda mendapatkan Pendapat Perubatan Kedua daripada pakar pilihan anda.
* Manfaat Pemulihan dan Pendapat Perubatan Kedua hanya dibayar sekali sahaja dan melindungi anda sehingga umur 85 tahun. Bagi tuntutan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, tiada kelayakan untuk menerima Manfaat Pemulihan dan Pendapat Perubatan Kedua.
Berikut ialah ilustrasi bayaran tuntutan bagi Hayat yang Diinsuranskan dengan Jumlah Diinsuranskan Manfaat Tambahan Early Care Critical Illness sebanyak RM200,000:
| PENYAKIT KRITIKAL | PERINGKAT PENYAKIT KRITIKAL | MANFAAT | BAYARAN TUNTUTAN |
| TUNTUTAN PERTAMA | |||
| Kanser | Karsinoma-in-situ (Penyakit Kritikal Peringkat Awal) | 50% daripada Jumlah Diinsuranskan di bawah Manfaat Tambahan ini | RM 100,000 |
| Manfaat Pemulihan* (12% daripada Jumlah Diinsuranskan di bawah Manfaat Tambahan ini) | RM 24,000 | ||
| Pendapat Perubatan Kedua (Bayaran Sekaligus) | RM 2,000 | ||
| TUNTUTAN KEDUA | |||
| Penyakit Buah Pinggang | Kegagalan Buah Pinggang Peringkat Akhir (Penyakit Kritikal Peringkat Akhir) | 100% daripada Jumlah Diinsuranskan di bawah Manfaat Tambahan ini – Bayaran Tuntutan Pertama = 50% daripada Jumlah Diinsuranskan di bawah Manfaat Tambahan ini | RM 100,000 |
| JUMLAH PEMBAYARAN TUNTUTAN | RM 226,000 | ||
*Manfaat Pemulihan bersamaan 1% daripada Jumlah Diinsuranskan Manfaat Tambahan akan dibayar setiap bulan selama 12 bulan. Manfaat Pemulihan dan Pendapat Perubatan Kedua akan tamat selepas tuntutan pertama kerana kedua-dua manfaat ini hanya dibayar sekali sahaja.
Sesiapa yang berumur antara 14 hari hingga 60 tahun boleh melampirkan rider Early Care Critical Illness kepada pelan insurans berkaitan pelaburan premium berkala mereka.
Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 100 tahun atau sehingga pelan asas matang, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.