
Lindungi Anak Anda daripada Penyakit Kritikal Kanak-kanak – Flex Junior Critical Illness
Melindungi anak anda daripada penyakit kritikal kanak-kanak.
Melahirkan anak dan bergelar seorang ibu merupakan pengalaman yang amat bermakna. Setiap ibu bapa mengimpikan cahaya mata yang sihat, namun perkara yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa. Flex Junior Critical Illness (Flex Junior CI) membantu anda memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting — membesarkan anak dengan tenang — dengan menyediakan perlindungan untuk bayi anda sejak awal. Jika anda mempunyai perlindungan Flex Maternity Care, anda juga boleh mendapatkan Flex Junior CI dengan mudah sebaik sahaja anak anda dilahirkan.
Berikan permulaan terbaik untuk anak anda dengan manfaat berikut:
20 Jenis Penyakit Kritikal Kanak-kanak Dilindungi
Pelan ini melindungi anak anda daripada 20 jenis penyakit kritikal kanak-kanak yang lazim berlaku, merangkumi 2 tahap keterukan.
Sehingga 2 Tuntutan Penyakit Kritikal Kanak-kanak
Membolehkan sehingga 2 tuntutan bagi penyakit kritikal yang berbeza, sehingga 100% daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini.
Pilihan Untuk Bertukar kepada Perlindungan Penyakit Kritikal Dewasa*
Bagi memastikan anak anda terus menikmati perlindungan apabila dewasa, pelan ini boleh ditukar kepada pelan penyakit kritikal dewasa melalui proses pengunderaitan yang dipermudahkan.
* Tertakluk pada umur 18 hingga 21 tahun serta terma dan syarat.
Sekiranya anak anda didiagnosis dengan mana-mana Penyakit Kritikal Kanak-kanak sebelum mencapai umur 25 tahun, manfaat akan dibayar berdasarkan tahap keterukan penyakit. Sehingga 2 tuntutan boleh dibuat di bawah manfaat tambahan ini. Manfaat tambahan ini akan tamat apabila jumlah bayaran manfaat mencapai 100% daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini.
Senarai Penyakit Kritikal Kanak-kanak yang Dilindungi
| TAHAP KETERUKAN 50 (BAYARAN = 50% daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini) | Tahap Keterukan 100 (Bayaran = 100% daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini) |
|---|---|
|
|
Anda boleh melampirkan manfaat tambahan Flex Junior Critical Illness kepada pelan insurans berkaitan pelaburan premium berkala apabila anak anda berumur antara 14 hari hingga 15 tahun. Anda juga boleh membeli manfaat tambahan ini sejurus selepas kelahiran anak sekiranya anda telah membeli manfaat tambahan Flex Maternity Care dan memilih untuk menggunakan Pilihan Membeli Polisi Baharu untuk Anak.
Anak anda boleh dilindungi sehingga mencapai umur 25 tahun.
Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 25 tahun atau sehingga pelan asas matang, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.