
Perlindungan Komprehensif untuk Wanita – Flex Lady Critical Illness
Perlindungan komprehensif terhadap penyakit kritikal utama khusus untuk wanita.
Menikmati kehidupan mengikut impian anda adalah sesuatu yang amat bermakna, terutamanya ketika anda masih muda dan aktif. Oleh itu, kami membantu mengurangkan kebimbangan tentang kesihatan anda supaya anda boleh terus memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting. Flex Lady Critical Illness (Flex Lady CI) ialah manfaat tambahan dengan potongan unit yang boleh dilampirkan kepada pelan berkaitan pelaburan premium berkala. Manfaat tambahan ini menawarkan perlindungan komprehensif terhadap penyakit kritikal utama yang khusus kepada wanita serta rawatan pembedahan berkaitan sehingga umur 80 tahun.
Manfaat Penyakit Wanita
Perlindungan terhadap penyakit utama yang sering menjejaskan wanita:
- 100% daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini akan dibayar sekiranya anda didiagnosis dengan Kanser Wanita atau Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk.
- Sekiranya anda didiagnosis dengan Kanser Payudara, Hayat yang Diinsuranskan masih layak menerima Manfaat Mastektomi Payudara dan Manfaat Pembinaan Semula Payudara.
Sekiranya anda didiagnosis dengan kanser yang melibatkan organ pembiakan wanita seperti Serviks, Rahim, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari, Hayat yang Diinsuranskan masih layak menerima Manfaat Histerektomi Menyeluruh. - Sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit wanita lain (kecuali Kanser Wanita dan SLE), kami akan membayar manfaat sekaligus mengikut Jadual Manfaat.
Manfaat Rawatan Pembedahan Wanita
Sekiranya anda menjalani mana-mana Rawatan Pembedahan Wanita yang dilindungi, kami akan membayar manfaat sekaligus mengikut Jadual Manfaat.
Elaun Tunai untuk Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Jangan abaikan pemeriksaan kesihatan berkala kerana kesihatan anda amat berharga.
| UMUR DICAPAI 39 TAHUN DAN KE BAWAH | UMUR DICAPAI 40 TAHUN DAN KE BAWAH | |
| Kekerapan | Setiap 2 tahun | Setiap tahun |
| Elaun Tunai untuk Pemeriksaan Kesihatan | RM150 | RM200 |
Flex Lady CI akan membayar peratusan tertentu daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini bagi penyakit wanita dan rawatan pembedahan berikut.
Jadual Faedah
| MANFAAT | MANFAAT DIBAYAR (% daripada Jumlah Diinsuranskandi bawah Manfaat Tambahan ini) | |
| PENYAKIT WANITA | ||
| 1 | Kanser Wanita (Payudara, Serviks, Rahim, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj dan Ovari) | 100% |
| 2 | Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk | 100% |
| 3 | Karsinoma In Situ Wanita (Payudara, Serviks, Rahim, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj dan Ovari) | 30% |
| 4 | Hepatitis Autoimun Kronik | 30% |
| 5 | HSIL dengan Displasia Teruk | 30% |
| 6 | Patah Tulang Akibat Osteoporosis | 30% |
| 7 | Prolaps Rahim yang Memerlukan Pembedahan | 30% |
| 8 | Inkontinens Urin yang Memerlukan Pembedahan | 30% |
| 9 | Artritis Reumatoid dengan Komplikasi | 30% |
| 10 | Gangguan Tiroid yang Memerlukan Pembedahan termasuk Penyakit Graves | 10% |
| 11 | Sindrom Ovari Polisistik | Bayaran sekali gus sebanyak RM 2,500 |
| 12 | Fibroid | Bayaran sekali gus sebanyak RM 2,500 |
| 13 | Sista Ovari | Bayaran sekali gus sebanyak RM 2,500 |
| RAWATAN PEMBEDAHAN WANITA | ||
| 1 | Pembedahan Rekonstruktif Muka Akibat Kemalangan | 30% |
| 2 | Cantuman Kulit Akibat Melecur dan Kanser Kulit | 30% |
| 3 | Pembedahan Pembinaan Semula Payudara Akibat Kanser Payudara | 30% |
| 4 | Mastektomi Payudara Akibat Kanser Payudara | 20% bagi satu payudara atau 30% bagi kedua-dua payudara |
| 5 | Histerektomi Menyeluruh Akibat Kanser Organ Pembiakan Wanita | 30% |
| 6 | Vulvektomi Radikal | 30% |
| 7 | Pembedahan Wertheim | 30% |
| 8 | Eksenterasi Pelvis Menyeluruh | 30% |
Nota: Manfaat di atas akan dibayar tertakluk pada pemenuhan definisi terperinci bagi penyakit dan rawatan yang dilindungi. Sila rujuk kontrak polisi untuk definisi lengkap penyakit dan rawatan yang dilindungi.
Setiap manfaat hanya boleh dituntut sekali sahaja. Manfaat tambahan ini akan tamat apabila 100% daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini telah dibayar (kecuali bagi Manfaat Mastektomi Payudara, Manfaat Pembinaan Semula Payudara atau Manfaat Histerektomi Menyeluruh).
Wanita yang berumur antara 16 hingga 55 tahun boleh melampirkan rider Flex Lady Critical Illness kepada pelan insurans berkaitan pelaburan premium berkala mereka.
Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 80 tahun atau sehingga pelan asas matang, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.