
Perlindungan Komprehensif untuk Ibu dan Anak – Flex Maternity Care
Melindungi anda dan anak anda sepanjang tempoh kehamilan dan awal usia bayi.
Kehadiran cahaya mata merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai. Dengan itu, anda pastinya mahukan perlindungan yang menyeluruh untuk si kecil. Bermula dari kehamilan, proses kelahiran sehinggalah anak anda berusia 2 tahun, Flex Maternity Care membantu melindungi anda dan bayi pada setiap langkah.
Manfaat Penjagaan Kehamilan
Memberikan perlindungan sekiranya berlaku komplikasi kehamilan atau kelahiran.
- Membayar 200% daripada jumlah diinsuranskan di bawah manfaat tambahan ini sekiranya ibu meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau kelahiran.
- Bayaran sekaligus akan diberikan sekiranya berlaku komplikasi kehamilan berdasarkan Jadual Manfaat.
- Membayar manfaat harian sekiranya ibu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Kebergantungan Tinggi (HDU) akibat komplikasi.
Manfaat Penjagaan Anak
Memberikan perlindungan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.
- Bayaran sekaligus akan diberikan sekiranya bayi didiagnosis dengan penyakit kongenital berdasarkan Jadual Manfaat.
- Membayar manfaat harian sekiranya bayi dimasukkan ke ICU atau HDU akibat Kelahiran Pramatang, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Demam Denggi, Pneumonia, Bronkitis atau Jaundis.
- Membayar manfaat harian sepanjang tempoh inkubasi bayi yang baru lahir.
Elaun Kelahiran Bayi
Sebagai seorang ibu, anda akan menerima elaun bagi meraikan kelahiran bayi anda.
Pilihan Membeli Polisi Baharu untuk Anak
Berikan permulaan terbaik kepada si manja. Selepas melahirkan anak, anda boleh menggunakan pilihan ini untuk membeli pelan berkaitan pelaburan premium berkala individu bagi anak anda.
Jadual Faedah
| MANFAAT | TEMPOH PERLINDUNGAN | MANFAAT DIBAYAR (% daripada Jumlah Diinsuranskan di bawah Manfaat Tambahan ini) |
| FAEDAH PENJAGAAN KEHAMILAN | ||
| Kematian Akibat Komplikasi Kehamilan atau Kelahiran | Tempoh kehamilan sehingga 30 hari selepas kelahiran | 200% (ditolak manfaat yang telah dibayar di bawah Manfaat Komplikasi Kehamilan, jika ada) |
Manfaat Komplikasi Kehamilan:
| Tempoh kehamilan | 30% (Manfaat komplikasi kehamilan hanya dibayar sekali sahaja) |
| Manfaat Penjagaan Harian ICU/HDU untuk Ibu Akibat Komplikasi Kehamilan atau Kelahiran | Tempoh kehamilan sehingga 30 hari selepas kelahiran | 1% atau RM500 sehari, mengikut mana yang lebih rendah, sehingga maksimum 30 hari |
| MANFAAT PENJAGAAN ANAK¹ | ||
| Kematian Neonatal | Sehingga 28 hari selepas kelahiran | 30% (Manfaat ini hanya dibayar sekali sahaja) |
Manfaat Penyakit Kongenital:
| Tempoh perlindungan manfaat tambahan selama 2 tahun | |
| Manfaat Penjagaan Harian ICU/HDU untuk Anak | Tempoh perlindungan manfaat tambahan selama 2 tahun | 1% atau RM500 sehari, mengikut mana yang lebih rendah, sehingga maksimum 30 hari |
| Tempoh Inkubasi Bayi Baru Lahir | Sehingga 60 hari selepas kelahiran | 0.5% atau RM250 sehari, mengikut mana yang lebih rendah |
| Elaun Kelahiran Bayi | Bayi hidup sekurang-kurangnya 30 hari | 1% (Manfaat ini hanya dibayar sekali sahaja) |
| MANFAAT LAIN | ||
| Pilihan Membeli Polisi Baharu untuk Anak² | Sehingga 90 hari selepas kelahiran | Pilihan untuk membeli pelan asas insurans berkaitan pelaburan premium berkala individu bagi anak dengan proses pengunderaitan yang dipermudahkan |
1 Sekiranya ibu mengandung anak kembar dalam kehamilan yang sama, manfaat ini akan dibahagikan sama rata kepada setiap anak.
2 Tertakluk pada terma dan syarat.
Nota: Manfaat di atas akan dibayar tertakluk pada pemenuhan definisi terperinci bagi penyakit yang dilindungi. Sila rujuk kontrak polisi untuk definisi lengkap penyakit yang dilindungi.
Wanita yang berumur antara 16 hingga 45 tahun dan berada di antara minggu ke-13 hingga minggu ke-35 kehamilan boleh melampirkan manfaat tambahan Flex Maternity Care kepada pelan insurans berkaitan pelaburan premium berkala mereka.
Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah selama 2 tahun.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.