Manfaat Hospital dan Pembedahan

Pendapatan Harian dan Perlindungan Pembedahan – Hospital & Surgical Benefit

Pelan pendapatan harian semasa dimasukkan ke hospital dan manfaat pembedahan.

Manfaat tambahan Hospital & Surgical Benefit (PPR) menyediakan perlindungan berdasarkan tempoh kemasukan ke hospital berlesen akibat penyakit atau kecederaan yang berlaku selepas 30 hari dari tarikh polisi dikeluarkan atau tarikh penguatkuasaan semula polisi. Semua manfaat di bawah manfaat tambahan ini berkuat kuasa 24 jam sehari di seluruh dunia.

  • Manfaat Pendapatan Harian Hospital
  • Menyediakan manfaat bagi yuran pembedahan dan yuran pakar bius.

Hayat yang Diinsuranskan: Berumur 14 hari hingga 55 tahun. Pemegang Polisi: Berumur 18 tahun dan ke atas

Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 60 tahun atau sehingga pelan asas matang, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Selepas bukti kemasukan ke hospital dan pembedahan diterima serta diluluskan, rider ini akan membayar manfaat berikut:

KEMASUKAN KE HOSPITAL DIHAD
Hospital kerajaan dan hospital swasta berlesen kerajaan di Malaysia, Singapura dan BruneiManfaat harian yang dibeli bagi tempoh kemasukan ke hospital sehingga 500 kali kadar pampasan harian.
Hospital selain yang dinyatakan di atas50% daripada manfaat harian yang dibeli bagi tempoh kemasukan ke hospital sehingga 500 kali kadar pampasan harian.
Yuran pembedahanMengikut caj sebenar, tertakluk pada had 30 kali kadar pampasan harian bagi setiap pembedahan dan had keseluruhan 500 kali kadar pampasan harian.
Yuran pakar bius

Bagi manfaat kemasukan ke hospital dan pembedahan akibat penyakit, lien akan dikenakan seperti berikut:

Umur Hayat yang Diinsuranskan pada Hari Lahir Terakhir Semasa Dimasukkan ke HospitalPeratusan (%) Manfaat Harian
050
175
2 dan ke atas100

Temui Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.