
Bantuan Tunai Harian Semasa Dimasukkan ke Hospital – Hospital Income Plus
Terima pendapatan tunai harian apabila dimasukkan ke hospital.
Hospital Income Plus ialah manfaat tambahan dengan potongan unit yang menyediakan manfaat pendapatan hospital sekiranya Hayat yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital. Semua manfaat di bawah manfaat tambahan ini berkuat kuasa 24 jam sehari di seluruh dunia.
Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kecederaan, 100% daripada jumlah diinsuranskan Hospital Income Plus akan dibayar bagi setiap hari kemasukan ke hospital. Jumlah manfaat yang dibayar adalah terhad kepada 120 hari bagi setiap tahun polisi. Dengan manfaat tambahan ini, anda akan menikmati:
- Pendapatan tunai harian semasa dimasukkan ke hospital sebagai elaun tambahan
- Jumlah diinsuranskan sehingga RM200
- Perlindungan sehingga umur 80 tahun
Umur Kemasukan
Hayat yang Diinsuranskan: Berumur 14 hari hingga 59 tahun
Pemegang Polisi: Berumur 18 tahun dan ke atas
Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 80 tahun atau sehingga pelan asas matang, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.