
Perlindungan Menyeluruh Menghadapi Peningkatan Kos Penjagaan Kesihatan – Z-MedProtect
Fokus pada pemulihan anda, biar kami uruskan selebihnya!
Penyakit dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Walaupun kita tidak dapat menjangkakannya, perkara terakhir yang anda ingin risaukan ialah kos rawatan apabila ia berlaku.
Kos kemasukan ke hospital, pembedahan, ubat-ubatan, pemeriksaan dan yuran perundingan boleh menjadi beban kewangan yang besar. Walaupun kenaikan kos perubatan tidak dapat dielakkan, anda boleh mengurangkan kebimbangan tersebut dengan perlindungan yang sesuai.
Di Zurich, kami memahami kebimbangan anda. Itulah sebabnya kami memperkenalkan Z-MedProtect, pelan insurans perubatan yang boleh diperbaharui setiap tahun dengan perlindungan komprehensif untuk membantu menampung bil perubatan anda, supaya anda dan orang tersayang dapat menikmati ketenangan fikiran tanpa dibebani masalah kewangan.
Had Tahunan Keseluruhan yang Tinggi, Tanpa Had Seumur Hidup
Nikmati had tahunan keseluruhan yang tinggi tanpa had seumur hidup, memberi anda perlindungan yang lebih menyeluruh apabila diperlukan.
Pelan yang Fleksibel dan Boleh Disesuaikan
Keperluan setiap individu adalah berbeza. Pilih daripada 5 pilihan pelan yang menawarkan manfaat dan premium mengikut keperluan serta bajet anda.
Pembaharuan Dijamin Sehingga Umur 100 Tahun
Nikmati perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun, supaya anda terus dilindungi pada setiap peringkat kehidupan.
Bonus Tanpa Tuntutan
Kekal sihat memang berbaloi. Nikmati diskaun premium sebanyak 10% semasa pembaharuan polisi jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun sebelumnya.
Pilihan Deduktibel (Terpakai untuk Bahagian A – Manfaat Pesakit Dalam & Penjagaan Harian)
Pilih daripada 4 pilihan deduktibel untuk membantu menguruskan perbelanjaan perubatan anda, sambil menikmati diskaun premium sehingga 50%.
Diskaun untuk Beberapa Hayat yang Diinsuranskan
Kami memahami kepentingan melindungi orang tersayang. Nikmati diskaun premium sehingga 10% apabila anda melindungi ibu bapa, pasangan atau anak-anak di bawah polisi yang sama.
Lawatan Doktor Tanpa Had Semasa Dirawat di Hospital
Terima rawatan berterusan daripada doktor yang merawat anda sepanjang tempoh kemasukan ke hospital, agar anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan.
Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan
Nikmati perlindungan kewangan tambahan sebanyak RM50,000, di samping Had Tahunan Keseluruhan, sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan.
Jadual Faedah
| Faedah | Pelan 1 | Pelan 2 | Pelan 3 | Pelan 4 | Pelan 5 |
| Had (RM) | |||||
| HAD | |||||
| Had Tahunan Keseluruhan bagi Bahagian A & Bahagian B (RM) | 100,000 | 300,000 | 500,000 | 1,000,000 | 2,000,000 |
| Bonus Tanpa Tuntutan | Diskaun 10% ke atas premium pembaharuan (sekiranya tiada tuntutan dibuat). | ||||
| BAHAGIAN A – Manfaat Pesakit Dalam & Penjagaan Harian | |||||
| Bilik dan Penginapan Hospital (RM) | 100 | 150 | 180 | 200 | 500 |
| (Maksimum 365 hari setahun) | |||||
| Unit Rawatan Rapi (ICU) | Mengikut caj sebenar (maksimum 180 hari setahun) | ||||
| Bekalan dan Perkhidmatan Hospital | Mengikut caj sebenar | ||||
| Prosedur Rawatan Harian | Mengikut caj sebenar | ||||
| Yuran Pembedahan | Mengikut caj sebenar | ||||
| Yuran Pakar Bius | Mengikut caj sebenar | ||||
| Yuran Dewan Bedah | Mengikut caj sebenar | ||||
| Lawatan Doktor Semasa Dirawat di Hospital (tanpa had) | Mengikut caj sebenar | ||||
| Yuran Ambulans | Mengikut caj sebenar | ||||
| Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (RM) | 100 (maksimum 365 hari setahun) | ||||
| Manfaat Penjaga Harian bagi Anak yang Diinsuranskan (RM) | 250 (maksimum bagi setiap hilang upaya) | ||||
| Yuran Laporan Perubatan (RM) | 150 | ||||
| Pemindahan Organ (Jantung, Buah Pinggang, Paru-paru, Hati atau Sumsum Tulang) | Mengikut caj sebenar | ||||
| Cukai ke atas Perbelanjaan yang Layak | Mengikut caj sebenar | ||||
| BAHAGIAN B – Manfaat Pesakit Luar | |||||
| Ujian Diagnostik Pra-Hospital | Mengikut caj sebenar (dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan ke hospital) | ||||
| Perundingan Pakar Pra-Hospital | Mengikut caj sebenar (dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan ke hospital) | ||||
| Rawatan Selepas Hospital | Mengikut caj sebenar (dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital) | ||||
| Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan | Mengikut caj sebenar (dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan dan rawatan susulan sehingga maksimum 60 hari) | ||||
| Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar | Mengikut caj sebenar (dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital) | ||||
| Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar | Mengikut caj sebenar | ||||
| Rawatan Kanser Pesakit Luar | Mengikut caj sebenar | ||||
| Rawatan Pergigian Pesakit Luar Akibat Kemalangan (RM) | 4,000 (bagi setiap kemalangan) | ||||
| Penjagaan Jururawat di Rumah (RM) | 4,000 (sehingga 180 hari, maksimum sepanjang hayat) | ||||
| Pendapat Kedua Sebelum Pembedahan | Mengikut caj sebenar | ||||
| BAHAGIAN C – Manfaat Khas (Had Tambahan di Samping Had Tahunan Keseluruhan) | |||||
| Kematian dan Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan (RM) | 50,000 | ||||
| Pemindahan Perubatan Kecemasan dan Penghantaran Pulang Antarabangsa (RM) | 50,000 (maksimum setahun) | ||||
| Perbelanjaan Pengebumian (Semua Punca) (RM) | 2,000 | ||||
| BAHAGIAN D – Pilihan | |||||
Deduktibel (Bagi Setiap Hilang Upaya) (Terpakai untuk Bahagian A sahaja)
| Pilihan | A | B | C | D |
| Jumlah Deduktibel (RM) | 0 | 5,000 | 10,000 | 20,000 | |
| Diskaun Premium | 0% | 15% | 30% | 50% | |
Nota: Jumlah manfaat yang dibayar adalah tertakluk pada caj yang diperlukan dari segi perubatan, munasabah dan lazim dikenakan bagi hilang upaya yang dilindungi.
Sesiapa yang berumur antara 30 hari hingga 65 tahun (umur pada hari lahir akan datang) layak membeli Z-MedProtect. Produk ini boleh diperbaharui sehingga umur 100 tahun (umur pada hari lahir akan datang).
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.