
Perlindungan Komprehensif untuk Penyakit Kritikal dan Kemasukan ke Hospital – Zurich iCare Essential
Perlindungan penyakit kritikal yang lebih mudah.
Memperkenalkan Zurich iCare Essential, pelan yang bukan sahaja menawarkan perlindungan eksklusif untuk penyakit kritikal utama seperti serangan jantung, strok dan kanser, malah turut melindungi anda apabila dimasukkan ke hospital — semuanya pada pelan yang mampu dimiliki.
Manfaat Penyakit Kritikal
Perlindungan menyeluruh untuk penyakit kritikal utama.
100% daripada Jumlah Diinsuranskan Asas akan dibayar sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit kritikal utama termasuk kanser, serangan jantung atau strok.
Manfaat Kemasukan ke Hospital
Perlindungan yang melangkaui penyakit kritikal, demi kesejahteraan anda.
50% daripada Jumlah Diinsuranskan Asas akan dibayar bagi mana-mana keadaan kemasukan ke hospital berikut, tertakluk pada 1 tuntutan bagi setiap manfaat:
- Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 5 hari berturut-turut sebelum ulang tahun polisi selepas ulang tahun kelahiran ke-75 anda, dengan sekurang-kurangnya satu Bantuan Hayat Asas (Essential Life Support); atau
- Dimasukkan ke hospital selama 14 hari berturut-turut akibat pembedahan.
Manfaat Penjagaan Hidup
Bantuan kewangan secara bayaran sekaligus, membantu anda menghadapi cabaran hidup.
Sekiranya anda mengalami hilang upaya dan tidak mampu melakukan 3 daripada 6 Aktiviti Kehidupan Harian (Activities of Daily Living) sebelum ulang tahun polisi selepas ulang tahun kelahiran ke-75 anda, 100% daripada Jumlah Diinsuranskan Asas akan dibayar bagi membantu anda mengekalkan gaya hidup walaupun berdepan dengan cabaran hidup.
Manfaat Ihsan
Pampasan terjamin sekiranya berlaku kematian.
Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia atas apa jua sebab, kami akan membayar RM5,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga.
Manfaat Matang
Bayaran terjamin untuk membantu menjamin masa depan kewangan anda.
Apabila polisi anda matang, kami akan membayar semula Jumlah Premium yang Dibayar, selepas ditolak sebarang jumlah terhutang. Sekiranya tuntutan telah dibuat, manfaat matang akan dikira berdasarkan jumlah premium yang telah diselaraskan mengikut Jumlah Diinsuranskan Asas yang masih berbaki sepanjang tempoh polisi."

Umur kemasukan minimum bagi pelan ini ialah 17 tahun, manakala umur kemasukan maksimum bergantung kepada status merokok Hayat yang diinsuranskan.
| Bukan Perokok | Perokok |
| Sehingga 50 tahun | Sehingga 45 tahun |
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.