Imej_Banner Utama_iCare Medic

Perlindungan Perubatan Mampu Milik Mengikut Bajet Anda – Zurich iCare Medic

Perjalanan yang penting bermula dengan langkah pertama. Mulakan di sini.

Tiada masa yang lebih sesuai untuk mendapatkan perlindungan insurans selain sekarang.

Memperkenalkan Zurich iCare Medic. Pelan ini direka untuk memenuhi keperluan asas anda dengan perlindungan yang sewajarnya. Nikmati pelan perubatan permulaan yang berpatutan, namun tetap memberikan rawatan dan penjagaan kesihatan yang anda perlukan.

Kemasukan Hospital yang Mudah

Tidak perlu risau menyediakan wang tunai. Hanya tunjukkan kad perubatan anda di mana-mana hospital panel kami untuk kemasukan yang mudah dan tanpa kerumitan.

Perlindungan COVID-19

Sekiranya anda dijangkiti COVID-19 atau mengalami kesan sampingan akibat vaksinasi COVID-19, anda akan dilindungi bagi kemasukan ke hospital¹.

Premium Berpatutan dengan Perlindungan Jangka Panjang

Nikmati perlindungan perubatan tanpa had seumur hidup sehingga umur 100 tahun. Tiada alasan untuk tidak menjalani kehidupan dengan penuh yakin.

Nikmati Lebih Banyak Penjimatan

Bil perubatan anda akan diuruskan dengan baik. Deduktibel anda boleh dikecualikan supaya anda dapat memberi tumpuan kepada proses pemulihan, di samping menikmati Elaun Tunai Harian sebanyak RM180 jika dimasukkan ke hospital kerajaan.

Manfaat Ihsan

Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia, keluarga akan menerima RM10,000 bagi membantu menampung perbelanjaan pengebumian.

Kelebihan Step Up

Nikmati pilihan untuk menaik taraf pelan anda kepada pelan perubatan baharu selepas 5 tahun, sekali gus meningkatkan manfaat perlindungan anda kepada pelan yang lebih komprehensif pada masa hadapan. Tiada pengunderaitan perubatan diperlukan, tertakluk pada terma dan syarat.

Nota:
¹ Hayat yang Diinsuranskan mestilah telah menerima sekurang-kurangnya 2 dos vaksin yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan untuk layak menerima manfaat ini (kecuali bagi Hayat yang Diinsuranskan berumur 4 tahun dan ke bawah).

PelanPelan 180
 Had (RM) 
Had Tahunan 
(bagi Manfaat Pesakit Dalam, Manfaat Pesakit Luar dan Manfaat Lain)
500,000 
Had Seumur HidupTiada had seumur hidup
Deduktibel (amaun bagi setiap tahun polisi)250 
Manfaat Pesakit Dalam    
1Bilik dan Penginapan Hospital 
(had sehari, tanpa had bilangan hari)
180
2Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (had sehari, tanpa had bilangan hari)180
3Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Kebergantungan Tinggi (HDU) (maksimum 120 hari bagi setiap tahun polisi)

Mengikut caj sebenar, tertakluk pada sebarang Deduktibel. Deduktibel akan dikecualikan bagi kemasukan ke hospital Kerajaan / Separa Kerajaan di Malaysia.

 

4Bekalan & Perkhidmatan Hospital
5Yuran Pembedahan
6Yuran Pakar Bius
7Yuran Dewan Bedah
8Yuran Ambulans
9Ujian Diagnostik Pra-Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum kemasukan ke hospital)
• Ujian Diagnostik 
• Perundingan pakar / pengamal perubatan am
• Ubat-ubatan dan Rawatan
 
10Lawatan Pakar Semasa Dirawat di Hospital
• Pembedahan – tanpa had bilangan lawatan
• Bukan pembedahan – maksimum 2 lawatan sehari
 
11Rawatan Selepas Hospitalisasi (dalam tempoh 180 hari selepas keluar hospital)
• Ujian Diagnostik 
• Perundingan pakar
• Ubat-ubatan dan Rawatan
 
12Pemindahan Organ 
(mana-mana organ, tanpa had bilangan pemindahan)
13Hospitalisasi akibat COVID-19 atau komplikasi akibat vaksinasi COVID-19
Manfaat Pesakit Luar
14Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar

Mengikut caj sebenar, tertakluk pada sebarang Deduktibel. Deduktibel akan dikecualikan bagi kemasukan ke hospital Kerajaan / Separa Kerajaan di Malaysia.

 

15Rawatan Kanser Pesakit Luar
16Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (dalam tempoh 72 jam selepas kemalangan dan rawatan susulan sehingga maksimum 31 hari)
17Pembedahan Penjagaan Harian
18Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (had bagi setiap tahun polisi, dalam tempoh 180 hari selepas keluar hospital / pembedahan)5,000 
Manfaat Lain
19Kanta Intraokular – Monofokal / Multifokal (had sepanjang hayat bagi setiap mata)3,000 
20Yuran Laporan PerubatanMengikut caj sebenar
Manfaat Khas
21Kelebihan Step UpKeistimewaan untuk menaik taraf pelan ini kepada pelan perubatan baharu tanpa pengunderaitan perubatan, tertakluk kepada terma dan syarat.
22Manfaat Ihsan10,000
23Program Bantuan Kecemasan (EAP)Mengikut peruntukan manfaat dalam perjanjian Program Bantuan Kecemasan (EAP).

Nota:
Manfaat Ihsan dan Program Bantuan Kecemasan (Emergency Assistance Programme) tidak termasuk dalam Had Tahunan.

imej_iCare Medic_bagaimana pelan ini berfungsi

Sesiapa yang berumur antara 14 hari hingga 70 tahun (umur dicapai) layak membeli Zurich iCare Medic.

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.