
Perlindungan Hayat Fleksibel dengan Penerimaan Terjamin - Zurich Essential Cover
Lindungi masa depan anda dengan lebih mudah
Zurich Essential Cover menyediakan perlindungan asas yang anda perlukan untuk melindungi diri dan orang tersayang. Dengan ciri Penerimaan Terjamin (Guaranteed Acceptance) serta pilihan tempoh perlindungan selama 20 atau 30 tahun, anda boleh menikmati pelan perlindungan hayat yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan anda.
Penerimaan Terjamin dengan Permohonan yang Mudah
Ciri Penerimaan Terjamin memastikan anda tidak akan ditolak daripada mendapatkan perlindungan yang diperlukan. Bermula dari umur kemasukan sehingga 70 tahun, anda boleh memohon tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau menjawab soal selidik kesihatan.
Perlindungan Sehingga 600% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)
Pelan ini menawarkan manfaat sehingga 600% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)¹ sekiranya berlaku keadaan berikut:
| Manfaat | Manfaat Dibayar |
| Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) / Hilang Upaya Warga Emas (GAD) | Nilai yang lebih tinggi antara 100% BSA atau jumlah premium yang telah dibayar |
| Kematian Akibat Kemalangan Balik Kampung | Manfaat kematian + 100% BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan Semasa Menggunakan Pengangkutan Awam | Manfaat kematian + 200% BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan di Luar Negara | Manfaat kematian + 300% BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan Semasa Dalam Penerbangan | Manfaat kematian + 400% BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan Bencana Alam | Manfaat kematian + 500% BSA |
1 Hanya manfaat kematian yang tertinggi akan dibayar. Manfaat kematian akibat kemalangan tertakluk pada had maksimum RM10,000,000, termasuk sebarang manfaat akibat kemalangan yang dibayar di bawah polisi lain bagi Hayat Yang Diinsuranskan.
Pelan Bantuan Hilang Upaya
Zurich Essential Cover menyediakan perlindungan hilang upaya yang menyeluruh, termasuk Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sehingga umur 70 tahun; dan Perlindungan berterusan melalui Manfaat Hilang Upaya Warga Emas (Golden Age Disability - GAD) sehingga tamat tempoh polisi.
Perlindungan Mampu Milik
Dengan Zurich Essential Cover, anda boleh menyediakan perlindungan kewangan kepada tanggungan anda bermula serendah RM1.43² sehari. Selain itu, premium yang perlu dibayar adalah dijamin kekal sepanjang tempoh perlindungan anda.
2 Berdasarkan Hayat Yang Diinsuranskan berumur 25 tahun, lelaki, bukan perokok, dengan Jumlah Asas Diinsuranskan sebanyak RM100,000 bagi tempoh perlindungan 30 tahun.
Fleksibiliti Mengikut Matlamat Perlindungan Anda
Di Zurich, kami memahami bahawa keperluan perlindungan setiap individu berubah mengikut fasa kehidupan. Oleh itu, Zurich Essential Cover menawarkan fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan 20 atau 30 tahun, serta pilihan Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA) yang sesuai dengan matlamat perlindungan anda.
Nota:
- Sekiranya berlaku kematian, TPD atau GAD (selain akibat kemalangan) kepada Orang yang Diinsuranskan dalam tempoh 2 tahun polisi pertama, semua premium yang dibayar dari permulaan polisi, tolak sebarang hutang, akan dikembalikan.
- Jumlah premium yang dibayar bermaksud jumlah premium yang perlu dibayar di bawah Polisi Asas yang dikira berdasarkan mod pembayaran tahunan (tidak termasuk sebarang faedah).
- Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk, ilustrasi jualan dan dokumen polisi.
Zurich Essential Cover terbuka kepada individu yang berumur 14 hari hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.