Takaful Mumtaz - Pelan Perlindungan dan Simpanan

Perlindungan dan Penjimatan untuk Masa Depan yang Terjamin - Takaful Mumtaz

Takaful Mumtaz Proses Permohonan Tanpa Kerumitan

Permohonan yang mudah

Tiada pemeriksaan kesihatan dan soalan kesihatan yang panjang yang perlu dijawab. Takaful Mumtaz adalah permohonan yang mudah dan anda tidak akan diabaikan atas sebab tahap kesihatan anda.


Takaful Mumtaz Perlindungan Menjadi Mudah dengan Mengira Tahap Perlindungan Anda Berdasarkan Sumbangan Anda

Perlindungan Mudah

Takaful Mumtaz menawarkan cara yang mudah untuk anda mengira tahap perlindungan berdasarkan jumlah caruman anda. Nilai Caruman Tahunan adalah berdasarkan bilangan unit yang dipilih, di mana 1 unit bersamaan dengan RM1,000 Caruman Tahunan.


UMUR PENYERTAAN (HARI LAHIR SEBELUM) JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS UNTUK 1 UNIT (RM)
0 - 50 tahun 5,000
51 - 55 tahun 4,000
56 - 60 tahun 3,000

Takaful Mumtaz Perlindungan Dipertingkatkan dengan Jumlah Dilindungi Tambahan

Peningkatan Perlindungan dengan Tambahan Jumlah Perlindungan

Masa depan tidak boleh diramal, namun kita mampu merancangnya. Kini anda tidak perlu bimbang kerana pelan Takaful Mumtaz menyediakan perlindungan yang meningkat jika berlaku kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK)


TAHUN SIJIL % DARIPADA JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS
MANFAAT KEMATIAN/HUKK BUKAN AKIBAT KEMALANGAN
1 hingga 2 Pulangan Caruman selepas ditolak Pulangan Tunai yang telah dibayar
3 hingga 5 100%
6 hingga 10 125%
11 hingga 15 150%
16 200%


TAHUN SIJIL % DARIPADA JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS
MANFAAT KEMATIAN/HUKK AKIBAT KEMALANGAN
1 hingga 5 100%
6 hingga 10 150%
11 hingga 15 200%
16 300%

Takaful Mumtaz Pulangan Tunai Tahunan Meningkat

Peningkatan Pulangan Tunai Tahunan

Dengan Takaful Mumtaz, anda akan menerima Pulangan Tunai Tahunan yang lumayan bagi membiayai keperluan segera dan juga masa depan anda. Lebih baik lagi, jumlah Pulangan Tunai Tahunan akan meningkat sepanjang tempoh sijil.


AKHIR TAHUN SIJIL % CARUMAN TAHUNAN
1 hingga 8 (tahunan) 18%
9 hingga 15 (tahunan) 38%
16 (tahunan) 48%
JUMLAH 458%
Rajah Pulangan Tunai Takaful Mumtaz

Takaful Mumtaz Sumbangan Pendek untuk Perlindungan dan Simpanan Jangka Panjang

Short contribution period

Takaful Mumtaz is a smart plan that offers a short contribution period of 8 years for you to enjoy long-term protection and savings for 16 years.

Pelan ini layak untuk individu berumur antara 30 hari hingga 60 tahun (mengikut tarikh lahir).

Berikut gambaran bagaimana Takaful Mumtaz dilaksanakan:

Ikon Imej Takaful Mumtaz_Cara Ia Berfungsi_BM

Nota: Ilustrasi di atas adalah sebagai contoh sahaja.

Sila hubungi Perancang Kewangan Takaful Zurich kami untuk mendapatkan ilustrasi pemasaran yang berkaitan dengan anda.

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.