Image_Hero Banner_Optimuz v2

Optimuz V3 / Takaful Optimuz V3

Pelan serba lengkap untuk perlindungan perniagaan kecil.

Apabila perniagaan ialah keutamaan anda, sudah tentu anda mahukan perlindungan yang terbaik. Sama ada untuk pekerja mahupun perniagaan anda, Optimuz ialah penyelesaian sehenti yang memenuhi keperluan perlindungan anda.

Sebut harga dan polisi dikeluarkan dengan cepat dan mudah supaya anda bebas daripada satu lagi perkara untuk dirisaukan. Lebih menarik lagi, anda boleh memilih seberapa banyak produk yang diperlukan mengikut keperluan perniagaan anda. Hanya pilih produk yang paling sesuai untuk perniagaan anda, dan kami akan menyediakan penyelesaian Optimuz yang lengkap khusus untuk anda.

KEMUDAHAN

Optimuz menjimatkan masa dan memudahkan urusan kerana semua sebut harga dan polisi dikeluarkan serta-merta.

FLEKSIBILITI

Optimuz memberi anda fleksibiliti untuk memilih perlindungan yang diperlukan, dengan Insurans Kebakaran sebagai perlindungan utama.

BANTUAN

Anda juga boleh menikmati perkhidmatan yang cekap daripada ejen kami yang berdedikasi serta respons yang pantas daripada Pusat Khidmat Pelanggan Zurich.

Notis Penting mengenai Pengiraan Kos Takaful Kebakaran

Kurang diinsuranskan / kurang perlindungan untuk kebakaran harta anda boleh menyebabkan pampasan yang tidak mencukupi disebabkan oleh aplikasi klausa purata. Untuk mendapatkan anggaran perlindungan insurans / Takaful dengan cepat untuk harta anda (contohnya, hartanah kediaman, rumah kedai sederhana dan pejabat kedai), anda boleh menggunakan Building Cost Calculator, yang dibangunkan bersama oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysia Takaful Association (MTA). Harap maklum bahawa kalkulator ini menyediakan anggaran kos pembinaan semula harta anda untuk tujuan penilaian sahaja, dan tidak menjamin jumlah sebenar yang mungkin kami setuju untuk melindungi harta anda.

Lindungi perniagaan anda daripada risiko kebakaran

Risiko kebakaran tidak sepatutnya di pandang ringan. Kebakaran boleh memusnahkan keseluruhan perniagaan, dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, pastikan premis perniagaan serta kandungannya dilindungi daripada kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kilat atau letupan gas domestik. Bergantung pada keperluan anda, polisi asas ini juga boleh dipertingkatkan dengan perlindungan tambahan untuk risiko lain seperti banjir, gempa bumi serta rusuhan dan mogok.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kebakaran Zurich Essential (Detariff)

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kebakaran Zurich Essential (Detariff)

Pastikan kelangsungan perniagaan anda.

Kebakaran bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian fizikal, malah kerugian kewangan yang besar. Insurans Kerugian Turutan Kebakaran menawarkan perlindungan tambahan untuk membantu menampung kerugian yang berlaku apabila perniagaan anda tidak dapat beroperasi semula selepas kebakaran. Perlindungan ini merangkumi kerugian seperti kehilangan keuntungan kasar akibat penurunan jualan, peningkatan kos operasi serta perbelanjaan tambahan yang ditanggung akibat gangguan perniagaan yang berpunca daripada kebakaran.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kerugian Akibat Kebakaran

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kerugian Akibat Kebakaran

Apabila mesin anda terhenti, perniagaan juga turut terhenti.

Mendapatkan perlindungan insurans untuk jentera industri dan peralatan komersial yang penting kepada operasi perniagaan anda adalah satu keperluan. Insurans Semua Risiko Peralatan melindungi peralatan bergerak dan tidak bergerak seperti mesin percetakan dan mesin pembungkusan makanan, serta pelbagai jenis peralatan lain. Jentera seperti traktor, forklift dan jentolak yang tidak dilesenkan untuk kegunaan di jalan raya juga boleh dilindungi daripada kemalangan, terbalik, kecurian dan perbuatan khianat.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Semua Risiko Peralatan

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Semua Risiko Peralatan

Jenayah tidak menyebelahi anda. Kami pastikan anda dilindungi.

Pecah masuk dan kecurian boleh berlaku tanpa diduga, jadi bersedialah lebih awal. Perlindungan asas ini membantu melindungi kerugian atau kerosakan terhadap barangan berharga yang disimpan di premis perniagaan akibat kecurian melalui pecah masuk secara paksa atau rompakan bersenjata.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kecurian

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kecurian

Wang datang dan pergi. Pastikan ia lebih banyak datang daripada pergi.

Anda bekerja keras untuk memperoleh keuntungan, jadi sudah tentu anda tidak mahu kehilangan wang hasil usaha anda. Insurans Wang melindungi kerugian wang akibat kecurian atau rompakan.

Insurans Wang melindungi wang dalam transit, seperti hasil jualan tunai yang dibawa ke bank atau wang yang dikeluarkan untuk pembayaran gaji ketika dalam perjalanan kembali ke pejabat.

Ia juga melindungi wang di premis, termasuk wang tunai, cek, kiriman wang pos atau kiriman wang, setem dan bil pertukaran yang dicuri dari premis perniagaan anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Kewangan

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Kewangan

Perlindungan yang tidak mudah retak di bawah tekanan.

Jika premis perniagaan anda mempunyai pintu kaca, tingkap kaca, panel kaca atau kabinet pameran kaca, kos penggantiannya boleh menjadi sangat tinggi. Insurans Plat Kaca direka khas untuk melindungi perniagaan yang menggunakan struktur kaca tersebut. Perlindungan ini meliputi kerosakan akibat kaca pecah secara tidak sengaja di premis, tetapi tidak melindungi kecacatan atau kerosakan selain daripada rekahan yang menembusi keseluruhan ketebalan kaca.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Plat Kaca

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Plat Kaca

Perlindungan tambahan untuk ketenangan fikiran anda.

Amalan terbaik dalam perniagaan ialah tidak mengambil mudah soal kejujuran. Walaupun anda mempercayai pekerja anda, adalah wajar untuk mengurangkan risiko kerugian wang, instrumen boleh niaga atau barangan syarikat akibat penipuan atau perbuatan tidak jujur oleh pekerja.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Jaminan Kesetiaan

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Jaminan Kesetiaan

Bersedia menghadapi kejadian yang tidak dijangka.

Sekiranya berlaku kemalangan di premis perniagaan anda dan individu seperti pelanggan, pelawat atau kanak-kanak mengalami kecederaan, anda mungkin dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang. Insurans Liabiliti Awam membantu melindungi perniagaan anda daripada tuntutan pampasan dalam situasi seperti ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Insurans Liabiliti Awam

Ketahui lebih lanjut mengenai Takaful Liabiliti Awam

Lindungi pekerja anda 24/7.

Pekerja ialah aset paling berharga dalam perniagaan anda. Berikan mereka perlindungan yang sewajarnya dengan manfaat perlindungan 24 jam terhadap kecederaan akibat kemalangan, di mana jua mereka berada di seluruh dunia.

ManfaatPenerangan ManfaatJumlah Diinsuranskan (RM)
Kelas Pekerjaan 1Kelas Pekerjaan 2Kelas Pekerjaan 3
AKematian Akibat Kemalangan dan Hilang Upaya KekalMinimum 10,000 hingga 1,000,000Minimum 10,000 hingga 500,000Minimum 10,000 hingga 500,000
BPerbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan bergantung kepada Jumlah Diinsuranskan Manfaat A:   
10,000 - 100,0001,0001,0001,000
100,001 - 200,0002,0002,0002,000
200,001 - 500,0003,0003,0003,000
500,001 - 1,000,0003,000Tidak BerkenaanTidak Berkenaan
Kelas PekerjaanPeneranganContoh
1Individu yang terlibat dalam pekerjaan profesional, pentadbiran, pengurusan, kerja pejabat dan bukan manualKerani Pejabat, Eksekutif, Juruwang
2Individu yang terlibat dalam kerja penyeliaan tetapi tidak melibatkan buruh manualPenyelia Tapak, Pemasar, Ejen
3Individu yang terlibat sama ada secara sekali-sekala atau secara amnya dalam kerja manual yang melibatkan penggunaan alat atau mesinPekerja Pembinaan, Juruteknik, Pengendali Mesin

Maklumat lanjut mengenai Insurans Kemalangan Peribadi Berkumpulan

Lindungi individu penting.

Setiap organisasi mempunyai individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan dan kelancaran operasi harian perniagaan. Lindungi mereka dengan Insurans / Takaful Kemalangan Diri Individu Utama. Sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan individu tersebut, perniagaan anda turut menerima pampasan bagi membantu mengurangkan kesan kewangan yang ditanggung.

Pasukan yang hebat layak menerima manfaat terbaik.

Untuk mengekalkan tenaga kerja terbaik, anda memerlukan pelan perlindungan yang sesuai. Employee First ialah pelan insurans hayat bertempoh berkumpulan yang boleh diperbaharui setiap tahun dan direka untuk menjaga kebajikan serta kesejahteraan pekerja anda. Pelan ini menawarkan 7 pilihan pelan mengikut keperluan perniagaan anda. Ia melindungi kematian, kematian dan hilang upaya akibat kemalangan (ADD), hilang upaya keseluruhan dan kekal serta pelbagai manfaat lain. Malah, manfaat ADD menyediakan perlindungan tambahan sehingga 400% daripada jumlah asas yang diinsuranskan.

* Employee First diunderait oleh Zurich Life Insurance. Pelan ini hanya boleh dipasarkan oleh Penasihat Jualan Zurich yang memiliki lesen insurans hayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Employee First.

Berjumpa Ejen Insurans Zurich
 

Hantar pertanyaan untuk pertemuan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.