
Z-MedProtect Takaful
Utamakan penyembuhan anda,kami akan menjaga yang lain!
Penyakit dan kemalangan adalah sebahagian daripada hidup kita. Tiada sesiapa pun yang boleh menyediakan pencegahan yang sempurna untuk kecelakaan, dan perkara terakhir yang anda perlu risaukan adalah kos yang harus ditanggung sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Caj penghospitalan, rawatan pembedahan, ubat-ubatan, pemeriksaan kesihatan dan yuran perundingan perubatan boleh menjadi sebuah bebanan untuk ramai individu jika semua kos tersebut digabungkan. Kenaikan kos perubatan tidak boleh dielakkan, oleh itu amat digalakkan untuk anda mencari sebuah penyelesaian untuk mengurangkan kerisauan yang timbul disebabkan oleh bebanan kewangan.
Di Zurich, kami mendengar keluhan anda dan telah menghasilkan sebuah pelan insurans perubatan komprehensif yang boleh diperbaharui setiap tahun, Z-MedProtect Takaful. Pelan ini merangkumi bil perubatan anda supaya anda dan insan tersayang tidak perlu mengharungi bebanan kewangan dan boleh mendapat ketenangan minda yang berterusan.
Had Tahunan Keseluruhan Yang Tinggi, Tiada Had Seumur Hidup
Nikmati Had Tahunan Keseluruhan yang tinggi sehingga RM2,000,000 untuk membantu anda mengharungi setiap keperluan penjagaan kesihatan anda.
Pelan Yang Fleksibel dan Boleh Disesuaikan
Keperluan setiap individu adalah berbeza, jadi pilih mana-mana daripada 5 pelan yang ditawarkan untuk mendapat manfaat dan kadar premium yang memenuhi keperluan dan kemampuan anda.
Pembaharuan Dijamin Sehingga 100 Tahun
Nikmati ganjaran hidup yang baik dengan liputan perlindungan yang berterusan sehingga usia emas anda.
Pilihan Penolakan (Terpakai untuk Seksyen A – Manfaat Pesakit Dalam & Pembedahan Harian)
Fleksibiliti untuk memilih daripada 4 Pilihan Penolakan untuk mengurus kos perbelanjaan perubatan anda dan nikmati diskaun caruman sehingga 50%.
Bonus Tanpa Tuntutan
Amat berbaloi jika anda kekal sihat! Dapatkan 10% diskaun atas caruman untuk sijil pembaharuan anda yang seterusnya jika anda tidak memfailkan tuntutan pada tahun yang sebelumnya.
Diskaun Berkumpulan Orang Yang Dilindungi
Kami memahami bahawa anda perlu menyara dan menjaga insan tersayang. Oleh itu, nikmati sehingga 10% diskaun atas caruman apabila ibu bapa, pasangan atau anak anda menyertai sijil yang sama!
Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital Tanpa Had
Dapatkan penjagaan ekstensif daripada pakar perubatan dalam hospital semasa perjalanan pemulihan anda.
Pendapat Kedua untuk Pembedahan
Dalam sesetengah kes, mungkin terdapat keperluan untuk anda mencari pakar perubatan yang lain untuk mendapatkan pendapat kedua sebelum pembedahan. Untuk menenangkan fikiran anda, kami akan membayar balik yuran yang dikenakan untuk konsultasi tersebut.
Transplan Organ
Kami akan membayar balik yuran yang dikenakan untuk pembedahan transplan jika anda merupakan penerima organ hati, buah pinggang, jantung, paru-paru atau sum-sum tulang.
Kemasukan Ke Hospital Yang Mudah
Dalam kecemasan, anda hanya perlu menunjukkan kad perubatan atau e-kad perubatan anda untuk kemasukan ke hospital serta perkhidmatan perubatan secara segera di mana-mana hospital panel kami seluruh negara.
Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan
Keselamatan kewangan yang ekstra dengan penambahan RM50,000 atas Had Tahunan Keseluruhan jika berlakunya Kematian atau Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan.
Perbelanjaan Pengebumian
Menyediakan pembayaran sekali gus sebanyak RM2,000 kepada insan tersayang untuk membantu dengan pembayaran terakhir anda. Ini adalah supaya tiada bebanan ditinggalkan kepada insan tersayang apabila anda sudah tiada untuk menyara hidup mereka.
Z-MedProtect Takaful ditawarkan dalam 5 pelan. Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan dan kemampuan anda.
| Manfaat | Had (RM) | |||||||
Pelan 1 | Pelan 2 | Pelan 3 | Pelan 4 | Pelan 5 | ||||
Had Tahunan Keseluruhan (untuk Seksyen A dan Seksyen B) | 100,000 | 300,000 | 500,000 | 1,000,000 | 2,000,000 | |||
| Bonus Tanpa Tuntutan | Pengurangan 10% atas caruman pembaharuan (jika tiada tuntutan dibuat) | |||||||
| Seksyen A - Manfaat Pesakit Dalam & Pembedahan Harian | ||||||||
| Bilik Hospital dan Makanan (maksimum 365 hari setahun) | 100 | 150 | 180 | 200 | 500 | |||
| Unit Rawatan Rapi | Bayaran Dikenakan (maksimum 180 hari setahun) | |||||||
| Bekalan dan Khidmat Hospital | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Prosedur Pembedahan Harian | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Bayaran Pembedahan | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Bayaran Pakar Bius | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Bayaran Bilik Bedah | Bayaran Dikenakan | |||||||
Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital (tidak terhad) | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Bayaran Ambulans | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan | 100 (maksimum 365 hari setahun) | |||||||
| Manfaat Penjagaan Harian Anak Orang Yang Dilindungi | 250 (maksimum setiap hilang upaya) | |||||||
| Bayaran Laporan Perubatan | 150 | |||||||
| Transplan Organ (Hati, Buah Pinggang, Jantung, Paru-paru atau Sum-sum Tulang) | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Cukai Ke Atas Perbelanjaan Layak | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Seksyen B – Manfaat Pesakit Luar | ||||||||
| Ujian Diagnostik Prahospital | Bayaran Dikenakan (dalam masa 60 hari sebelum penghospitalan) | |||||||
| Rundingan Pakar Prahospital | Bayaran Dikenakan (dalam masa 60 hari sebelum penghospitalan) | |||||||
| Rawatan Selepas Penghospitalan | Bayaran Dikenakan (dalam masa 90 hari dari penghospitalan) | |||||||
| Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Bayaran Dikenakan (dalam masa 24 jam dan Secara Kecemasan | Bayaran Dikenakan (dalam masa 24 jam dan Secara Kecemasan rawatan susulan sehingga maksimum 60 hari) | |||||||
| Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar | Bayaran Dikenakan (dalam masa 90 hari dari tarikh keluar) | |||||||
| Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Rawatan Kanser Pesakit Luar | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Rawatan Pergigian Pesakit Luar Bagi Kemalangan Secara Kecemasan | 4,000 (setiap kemalangan) | |||||||
| Penjagaan Kejururawatan Di Rumah | 4,000 (sehingga 180 hari, maksimum seumur hidup) | |||||||
| Rundingan Pembedahan Pendapat Kedua | Bayaran Dikenakan | |||||||
| Seksyen C – Manfaat Khas (Had tambahan di atas Had Tahunan Keseluruhan) | ||||||||
| Kematian dan Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan | 50,000 | |||||||
| Pemindahan Kecemasan Perubatan dan Penghantaran Pulang Antarabangsa | 50,000 (maksimum setahun) | |||||||
| Perbelanjaan Pengebumian (semua sebab) | 2,000 | |||||||
| Seksyen D – Pilihan | ||||||||
Penolakan (Setiap Mana-mana Satu Hilang Upaya) (terpakai untuk Seksyen A sahaja) | Pilihan | A | B | C | D | |||
| Jumlah Penolakan | 0 | 5,000 | 10,000 | 20,000 | ||||
| Diskaun Caruman | 0% | 15% | 30% | 50% | ||||
Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.