
Lindungi Keselamatan Pekerja Anda – Takaful Kemalangan Peribadi Berkumpulan
Perlindungan sepanjang masa untuk pekerja anda, sama ada ketika bekerja atau menjalankan aktiviti harian.
Dalam sesebuah organisasi, pekerja merupakan aset yang paling bernilai. Oleh itu, pastikan mereka dilindungi sepanjang masa dengan Takaful Kemalangan Peribadi Berkumpulan. Pelan ini melindungi kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa bekerja, bersukan, beriadah, melakukan aktiviti di rumah atau aktiviti lain di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
- Manfaat Kematian
Jumlah penuh untuk Jumlah Perlindungan Kemalangan akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan.
- Elaun Pengebumian
Sebanyak 10% daripada Jumlah Perlindungan Kemalangan atau RM2,000, yang mana lebih rendah, akan dibayar kepada benefisiari bagi menampung perbelanjaan pengebumian dan pembakaran mayat.
- Hilang Upaya Keseluruhan atau Separa Sementara
Manfaat mingguan mengikut jumlah yang ditetapkan akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi mengalami hilang upaya keseluruhan atau separa dan tidak dapat menjalankan semua tugas yang berkaitan dengan pekerjaan atau perniagaan.
- Hilang Upaya Kekal
Sekiranya hilang upaya berlaku akibat kemalangan, manfaat sehingga jumlah penuh Jumlah Perlindungan Kemalangan akan dibayar berdasarkan peratusan yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat.
- Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan
Manfaat mingguan mengikut jumlah yang ditetapkan akan dibayar sehingga maksimum 104 minggu sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat kecederaan yang berpunca daripada kemalangan.
- Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan
Perbelanjaan perubatan yang perlu dan munasabah bagi rawatan kecederaan akibat kemalangan akan dibayar balik mengikut had yang ditetapkan bagi setiap kemalangan.
- Elaun Perjalanan
Sejumlah amaun yang ditetapkan akan dibayar kepada ahli keluarga terdekat orang yang dilindungi bagi menampung perbelanjaan perjalanan ke dan dari hospital.
Diskaun Kumpulan
Anda layak menikmati diskaun berkumpulan sebanyak 10% ke atas kadar sumbangan tahunan di atas sekiranya kumpulan di bawah satu Sijil Polisi terdiri daripada 100 orang atau lebih.
Temui Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. . Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau laman web PIDM.