Takafulink Single Invest

Pelaburan Pintar untuk Masa Depan Kewangan Anda – Takafulink Single Invest

Jadikan wang anda berkembang dengan lebih bijak.

Jika anda sedang mencari cara untuk mengembangkan wang hasil usaha anda, Takafulink Single Invest ialah pilihan yang sesuai. Pelan ini direka untuk mereka yang mempunyai matlamat kewangan jangka sederhana atau jangka panjang. Pelan Takafulink Single Invest membolehkan anda menggabungkan pelaburan bersama pelabur lain supaya semua peserta mendapat manfaat daripada kepakaran pengurus dana profesional melalui pelbagai portfolio pelaburan yang anda pilih.

Model Wakalah

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50 berdasarkan kontrak Hibah (hadiah). Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Yuran Wakalah

Untuk Caruman Permulaan/Penambahan

i) Bawah RM1,000,000 = 5.00%

ii) RM1,000,000 & ke atas = 4.75%

Ditambah, yuran perkhidmatan RM100¹ dan RM25¹, masing-masing untuk Caruman Permulaan dan Caruman Penambahan.
Peruntukan 95%* daripada Caruman Permulaan/Penambahan, masing-masing ditolak RM100/RM25, terdapat dalam pelaburan Akaun Pelaburan Peserta.
*Untuk caruman RM1,000,000 ke bawah.

Yuran Wakalah TharawatDalam lingkungan 1.00% - 1.50% setahun, ditentukan mengikut purata wajaran jumlah aset kasar setiap Dana Syariah Zurich Takaful.
Caj Pengeluaran SeparaJumlah Pengeluaran Minima: RM500
Baki Pelaburan Minima: RM5,000
Caj setiap Pengeluaran: RM50¹
Yuran Pemindahan DanaJumlah Penukaran Minima: RM500
Yuran Penukaran: Satu penukaran percuma dibenarkan
dalam setiap tahun sijil.
Penukaran seterusnya akan dikenakan yuran RM50¹ untuk setiap penukaran.
Tabarru’Berasaskan usia, jantina dan Jumlah Yang Dilindungi.


 

Serahan sepenuhnya tidak dikenakan caj. Pengeluaran separa atau serahan pelaburan sepenuhnya boleh dibuat dengan tukaran unit dalam APP. Nilai Serahan ialah nilai APP** ditambah dengan Tabarru’ yang belum diraih ditolak dengan sebarang jumlah terhutang.
**Nilai APP turun naik berasaskan prestasi Dana Syariah Zurich Takaful dan ianya tidak dijamin.

Yuran & caj tertakluk kepada semakan semula dari semasa ke semasa oleh Pengendali Takaful. Pengendali Takaful berhak untuk menyemak semula yuran & caj dengan memberi notis 3 bulan secara bertulis kepada pemegang sijil sebelum tarikh ulang tahun sijil.

¹Yuran ini adalah tertakluk kepada 6% Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015. Kewajipan pembayaran GST hendaklah tertakluk kepada Terma dan Syarat di dalam Sijil Takaful anda.

Takafulink Single Invest - Bantuan Di Saat Memerlukan

Bantuan Di Saat Anda Ditimpa Musibah

Apabila peserta meninggal dunia sebelum tamat tempoh sijil, Jumlah Perlindungan atau nilai dana PIA, yang mana lebih tinggi, akan dibayar. Sekiranya berlaku Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sebelum usia 65 tahun, jumlah yang sama akan dibayar.

Jumlah Perlindungan ialah jumlah yang ditentukan sebagai 130% daripada Sumbangan Permulaan DITAMBAH dengan 130% jumlah tambah nilai (pada peringkat awal, jika ada) dikurangkan secara berkadar untuk sebarang unit Pengeluaran Separa yang dibuat).

Takafulink Single Invest - Apabila Matang

Apabila Matang

Anda akan menerima nilai penuh pelaburan anda dalam PIA (berasaskan harga unit semasa matang).

Takafulink Single Invest - Pengeluaran Mudah Untuk Fleksibiliti Kewangan Yang Lebih Baik

Pengeluaran Mudah Untuk Memberi Lebih Fleksibiliti Kewangan

Jumlah minimum yang boleh anda keluarkan ialah RM500 dan tertakluk kepada baki pelaburan minimum RM5,000 yang dikekalkan dalam dana PIA.

Takafulink Single Invest - Tambah Nilai Bila-Bila Masa Yang Anda Mahukan

Tambah Nilai Pada Bila-bila Masa Anda Mahu

Nilai tambah minimum ialah RM500.

Takafulink Single Invest - Pilihan Dana

Pilihan Dana

Takafulink Single Invest menawarkan pilihan Dana Syariah Zurich Takaful yang boleh disesuaikan dengan keperluan individu.

Sesiapa sahaja yang berumur antara 30 hari hingga 69 tahun layak dilindungi. Walau bagaimanapun, Peserta/Pemohon mesti berusia 18 tahun ke atas.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk pertemuan Ejen Zurich Takaful

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan dan perlindungan untuk manfaat daripada bahagian unit adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.