
Pelan Takaful Keluarga dengan Penerimaan Dijamin Tanpa Pemeriksaan Perubatan – Takaful SureCover
Pelan Takaful Keluarga dengan Penerimaan Dijamin Tanpa Pemeriksaan Perubatan.
Apabila melangkah ke fasa kehidupan yang baharu, anda pasti mahu memastikan masa depan serta kesejahteraan keluarga terus terpelihara. Sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda, bagaimana pula dengan insan tersayang?
Kini, perancangan kewangan menjadi semakin penting walaupun bukan sesuatu yang mudah. Bagaimana jika terdapat pelan Takaful Keluarga yang memudahkan semuanya? Pelan yang ringkas, mampu milik dan tidak memerlukan pemeriksaan perubatan.
Memperkenalkan Takaful SureCover, pelan Takaful Keluarga dengan caruman berkala yang patuh Syariah dan menawarkan perlindungan sehingga umur 90 tahun. Pelan ini menyediakan penerimaan yang dijamin, tanpa mengira keadaan kesihatan anda. Takaful SureCover membantu melindungi anda daripada perkara yang tidak dijangka serta mengurangkan beban kewangan yang mungkin ditanggung oleh insan tersayang.
Ciri-ciri dan Manfaat Produk Takaful SureCover
![]()
Penerimaan Dijamin dari usia 35 tahun sehingga usia 69 tahun
Sama seperti namanya, Takaful SureCover mempunyai ciri Penerimaan Dijamin yang unik; ia memberi perlindungan kepada Orang Yang Dilindungi dari umur 35 tahun sehingga 69 tahun. Ini adalah pilihan yang hebat untuk individu yang menginginkan perlindungan untuk diri mereka sendiri dan ibu bapa tersayang.
![]()
Permohonan yang mudah dan tanpa kerumitan, tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan
Takaful SureCover semestinya pilihan hebat tanpa kerumitan disebabkan ciri-cirinya di mana pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan tiada soalan kesihatan yang perlu dijawab! Kami tidak akan menolak permohonan anda tanpa mengambil kira keadaan kesihatan anda.
![]()
Perlindungan sehingga usia 90 tahun
Anda boleh menikmati kehidupan yang selesa dengan pelan ini. Ia memberikan anda perlindungan sehingga usia 90 tahun untuk ketenangan fikiran anda. Kini tiba masanya untuk anda berehat dan menikmati kehidupan yang selesa. Biarlah kami melindungi anda, seperti mana anda melindungi orang yang tersayang.
![]()
Caruman setara sepanjang tempoh sijil
Dari RM75 seunit setiap bulan, anda boleh menikmati manfaat-manfaat hebat daripada produk yang prihatin terhadap keperluan khusus anda. Anda diberi jaminan bahawa caruman adalah berpatutan dan setara sepanjang tempoh sijil.
![]()
Ganjaran Manfaat Matang
Pelan ini memberi anda ganjaran Manfaat Matang pada hujung tahun sijil selepas anda berusia 90 tahun. Anda akan menerima nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) sebagai Manfaat Matang.
![]()
Manfaat Penghantaran Balik
Bayaran balik sehingga RM3,000 untuk perbelanjaan yang ditanggung bagi penghantaran jenazah Orang Yang Dilindungi sekiranya kematian berlaku semasa berada di luar negara Malaysia.
![]()
Manfaat Kematian dengan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan yang Tinggi
Pelan ini memberikan perlindungan terhadap perkara yang tidak dijangka. Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, manfaat kematian akan dibayar seperti berikut:
| MANFAAT KEMATIAN BUKAN AKIBAT KEMALANGAN | ||
|---|---|---|
| TAHUN SIJIL | JUMLAH DIBAYAR | |
| Dalam 2 tahun dari tarikh permulaan sijil | Bayaran balik semua Caruman | |
| Selepas 2 tahun dari tarikh permulaan sijil | Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) | |
| MANFAAT KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN | |
|---|---|
| UMUR YANG DICAPAI ORANG YANG DILINDUNGI KETIKA TARIKH KEMATIAN | JUMLAH DIBAYAR |
| 35-65 | 500% Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) |
| 66-80 | 300% Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) |
| 81-90 | 200% Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) |
Jumlah perlindungan asas bergantung kepada usia kemasukan, jantina, dan bilangan unit bagi perlindungan takaful yang anda pilih. Sebagai contoh, jika seorang wanita yang berumur 35 tahun melanggan 10 unit perlindungan Takaful, Jumlah Perlindungan Asasnya akan menjadi 10 kali ganda daripada jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Jumlah Perlindungan. Jadi, ia akan menjadi RM33,243 X 10 unit = RM332,430.
Sesiapa yang berusia di antara 35 sehingga 69 tahun layak untuk memohon pelan ini.
Apakah TakafulSureCover?
Takaful SureCover ialah pelan takaful keluarga yang mematuhi undang-undang Syariah dan menawarkan perlindungan kesihatan kepada anda dan orang yang anda sayangi dengan jaminan penerimaan, supaya mereka tidak perlu menghadapi sebarang cabaran kewangan sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak menguntungkan. Pelan takaful keluarga ini merupakan penyelesaian yang ideal untuk individu yang mencari perlindungan untuk diri mereka dan ibu bapa mereka. Dari RM75 seunit setiap bulan, anda boleh menikmati faedah pelan perlindungan kesihatan keluarga ini, sehingga umur 90 tahun, tanpa perlu bersusah payah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Adakah terdapat tambahan caruman apabila usia saya meningkat?
Anda diberi jaminan bahawa caruman Takaful SureCover adalah setara sehingga sijil matang tetapi ianya adalah tidah dijamin. Zurich Takaful Malaysia Berhad berhak untuk menyemak semula caruman dengan memberi notis awal selama 3 bulan sebelum tarikh ulang tahun sijil.
Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Sila rujuk surat dan Soalan Lazim di bawah untuk membantu anda memahami penawaran ini dengan lebih jelas.