Eksekutif20

Lindungi Masa Depan Keluarga Anda dengan Manfaat yang Dijamin - Executive20

Nikmati kehidupan sepenuhnya dengan manfaat yang dijamin.

Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Namun, anda boleh mengambil langkah awal untuk membantu menjamin masa depan kewangan insan tersayang. Mulakan perancangan anda dengan Executive20, pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan terjamin serta bayaran tunai tahunan. Dalam dunia yang penuh ketidakpastian, Executive20 membantu anda melindungi insan tersayang di samping memberikan ketenangan fikiran kepada anda.

5 sebab untuk memilih pelan Executive20!

Annual Cash Payout

Bayaran Tunai Tahunan

Perolehi Bayaran Tunai Tahunan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP) bermula dari penghujung tahun ke-2 sijil sehingga sijil matang; dengan fleksibiliti untuk memilih bayaran berjumlah 4% atau 6% dari Jumlah Asas Dilindungi.

Guaranteed Takaful Coverage

Manfaat Perlindungan Yang Dijamin

Keluarga dan orang tersayang akan dilindungi dari segi kewangan jika berlaku perkara di luar jangkaan. Dapatkan Manfaat Kematian Yang Dijamin sehingga umur 90 tahun dan Hilang Upaya Keseluruhan Dan Kekal (HUKK) Yang Dijamin sehingga umur 75 tahun daripada Akaun Risiko Pelaburan Peserta (ARPP).

Maturity Benefit

Manfaat Tempoh Matang

Dapatkan Manfaat Kematangan yang bersamaan dengan jumlah nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) apabila sijil matang.

Enhanced Coverage Options

Pilihan Perlindungan Yang Dipertingkatkan

Dengan tawaran beberapa pilihan manfaat tambahan, anda boleh mengoptimumkan perlindungan anda untuk perkara yang tidak dijangka seperti Penyakit Kritikal, Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal.

Conversion Option

Pilih Untuk Terus Dilindungi

Anda boleh mengambil pelan-pelan perlindungan Zurich Takaful yang terpilih setelah tamat tempoh sijil, tanpa sebarang bukti kesihatan diperlukan!

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Diagram hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja, berdasarkan kepada kriteria-kriteria di bawah:

Jumlah Asas Dilindungi: RM100,000
Pilihan Bayaran Tunai Tahunan: 4% Daripada Jumlah Asas Dilindungi
Umur Tarikh Lahir Sebelum: 35 Tahun
Jumlah Caruman Bulanan: RM698.58
Tempoh Perlindungan: 20 tahun

1Berdasarkan kepada andaian 5% pulangan setiap tahun. Nilai APP ini adalah berdasarkan prestasi dana yang sebenar dan ianya tidak dijamin.

Executive20 - Bagaimanakah Pelan Ini Berfungsi

Sesiapa yang berumur di antara 30 hari sehingga 65* tahun layak untuk mendapatkan pelan Executive20. Umur adalah berdasarkan Tarikh Lahir Sebelum.

*Hanya tersedia untuk tempoh perlindungan asas selama 20 tahun.

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.