Z-Driver Takaful

Takaful Kereta Komprehensif dengan Bantuan Tepi Jalan 24/7 - Z-Driver

Pelan Takaful Motor dengan manfaat tambahan  untuk melindungi anda dan orang tersayang anda.

Di Zurich Malaysia, kami memahami bahawa melindungi kereta anda juga bermakna melindungi anda dan keluarga yang anda sayang. Inilah sebabnya kami telah mereka Z-Driver Takaful - pelan takaful motor yang komprehensif. Pelan takaful kereta ini setanding dengan pelan insurans kereta konvensional tetapi patuh Syariah dan dilengkapi dengan manfaat tambahan SUPER VALUE untuk melindungi orang tersayang dan kenderaan anda.

Ciri dan Manfaat Produk Takaful Z-Driver

4 sebab mengapa Z-Driver Takaful adalah pelan terbaik untuk anda dan keluarga anda!

 

Pay low motor takaful contribution if you belong to the low risk segments like - cautious driver, lady driver and/or driving an SUV, etc.

BAYAR CARUMAN YANG LEBIH RENDAH JIKA ANDA TERGOLONG DALAM SEGMEN YANG BERISIKO RENDAH

Nikmati diskaun sehingga 10% untuk caruman motor anda jika anda seorang pemandu yang berhemah. Sebagai contoh, jika anda seorang pemandu yang berhati-hati, pemandu wanita dan/atau memandu kenderaan jenis SUV.

 

Z-Driver takaful Voluntary Access allows upto 20% discount in your contribution if you wish to self-pay in event of a claim.

DISKAUN SEHINGGA 20% DENGAN EKSES SUKARELA

Pilih had yang ditawarkan yang ingin dibayar sendiri sekiranya berlaku tuntutan untuk mendapatkan diskaun daripada caruman motor anda.

 

Pay as less as RM10/YEAR and get cover for water damage to your vehicle from Z-driver takaful.

PERLINDUNGAN UNTUK KEROSAKAN AKIBAT BANJIR DENGAN HANYA SERENDAH RM10/SETAHUN

Dengan perlindungan ini, anda akan mendapat ganti rugi sehingga RM5,000 untuk menunda dan membersihkan kenderaan anda akibat banjir.

Get motor takaful cover for you, your whole family or any other passengers in the car with Z-driver takaful.

PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI SEHINGGA RM175K/KERETA, DENGAN HANYA SERENDAH RM15/SETAHUN
Bukan sahaja melindungi anda, tetapi seluruh keluarga anda atau mana-mana penumpang lain di dalam kereta.

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Di Zurich, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan dan menyediakan produk-produk dengan nilai tambahan yang memberikan fleksibiliti, praktikal dan mengikut kemampuan.
Berkuat kuasa dari 12 Julai 2018, anda boleh menikmati manfaat dan ciri yang dipertingkatkan seperti berikut:

Image
Diskaun 60% daripada kadar tarif untuk perlindungan Peril Khas
Nikmati penjimatan besar ke atas caruman anda dan dapatkan ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa kenderaan anda dilindungi daripada kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah jerlus, tanah runtuh dan banjir.
Perlindungan lanjutan tanpa caj kepada pemandu-pemandu yang dinamakan untuk kegunaan peribadi
Tiada lagi had kepada bilangan pemandu yang dinamakan di bawah sijil motor anda. Anda kini boleh memperluaskan perlindungan kepada pemandu-pemandu yang dinamakan tanpa had dan tanpa sebarang caj tambahan.
Pengecualian Penambahbaikan - Perlindungan terhadap kenaikan kos alat ganti
Sekiranya berlaku kemalangan, anda mungkin menanggung sebahagian daripada kos bahagian yang rosak. Jangan risau lagi kerana dengan manfaat Pengecualian Penambahbaikan kami; anda kini boleh menggantikan bahagian yang rosak dengan bahagian yang baru dan asli tanpa sebarang kos tambahan.
Perlindungan Cermin Depan yang Dipertingkatkan
Perlindungan cermin depan anda tidak akan ditamatkan selepas tuntutan gantian. Sebaliknya, jumlah perlindungan cermin anda akan dikurangkan dengan mengurangkan jumlah tuntutan cermin depan tersebut. Di samping itu, anda juga mempunyai pilihan untuk menghidupkan semula bahagian jumlah tuntutan cermin depan anda pada kadar caruman pro rata.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.

Zurich Roadside Assistance

(Talian Utama 24 Jam)

1-300-88-5566

WhatsApp_Blue_Outline_RGB +603-7989 0345
(untuk WhatsApp dan panggilan talian tetap tempatan sahaja)

e-Request

*Boleh digunakan untuk pelanggan Zurich General Insurance dan Zurich General Takaful.

Program Kereta Ihsan Zurich

Isnin – Jumaat:

9:00AM - 6:00PM

Sabtu:

9:00AM - 1:00PM

(tidak termasuk Ahad dan Cuti Umum)

1-300-88-1323

*Boleh digunakan untuk pelanggan Zurich General Insurance dan Zurich General Takaful.