
Membina Kediaman untuk Komuniti Orang Asli
Sebuah Kediaman untuk Setiap Keluarga: Zurich Malaysia dan EPIC Homes Memperkasa Komuniti Orang Asli
Di Zurich Malaysia, kami percaya bahawa setiap insan berhak memiliki sebuah tempat yang selamat untuk dipanggil rumah. Selaras dengan tujuan kami untuk menjaga perkara yang benar-benar bermakna, kami bekerjasama dengan EPIC Homes bagi memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia dengan membantu membina kediaman yang selamat dan mampan untuk keluarga yang memerlukan.
Sejak tahun 2019, Zurich Malaysia telah berjaya membina 11 buah rumah untuk keluarga Orang Asli menerusi kerjasama dengan EPIC Homes. Apa yang bermula sebagai satu usaha membantu komuniti kini berkembang menjadi komitmen jangka panjang yang didorong oleh semangat warga kerja kami serta kepercayaan bahawa setiap insan berhak memiliki tempat tinggal yang selamat.
Rumah-rumah ini bukan sekadar menyediakan empat dinding dan sebuah bumbung. Ia menjadi ruang yang selamat untuk kanak-kanak mengejar impian, ibu bapa membina masa depan yang lebih baik, dan keluarga menjalani kehidupan dengan lebih stabil serta penuh keyakinan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen global Zurich terhadap kelestarian, keterangkuman dan daya tahan, di samping merealisasikan komitmen ESG kami melalui tindakan yang memberi impak kepada komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Z Zurich Foundation dan warga kerja Zurich Malaysia atas usaha pengumpulan dana yang telah menjayakan projek ini. Ia membuktikan bahawa apabila kita bersatu dengan matlamat yang sama, kita mampu mencipta perubahan yang berkekalan di tempat yang paling memerlukan.
Sambil kami terus membina rumah, kami juga sedang membina masa depan—bersama warga kerja kami, rakan kerjasama serta komuniti yang kami santuni.
Kerana di Zurich, kami sentiasa menjaga perkara yang benar-benar bermakna—termasuk bumbung yang melindungi anda dan harapan yang menguatkan hati.
#CareForWhatMatters #CareForOurCommunity
Lihat koleksi foto sepanjang program dan saksikan sendiri pengalaman bermakna yang kami lalui bersama!
-
Membawa Perubahan Bermakna kepada Komuniti
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-