Memperkasa Komuniti demi Masa Depan yang Berdaya Tahan terhadap Iklim

Mengenai Program Daya Tahan Iklim Bandar (Urban Climate Resilience Program, UCRP)

Program Daya Tahan Iklim Bandar (Urban Climate Resilience Program, UCRP) telah diperkenalkan oleh Z Zurich Foundation (Yayasan) pada awal tahun 2023 bagi menangani cabaran iklim di kawasan bandar, sekali gus membantu bandar-bandar menjadi lebih bersedia untuk menghadapi dan pulih daripada bencana berkaitan iklim. Program ini merupakan usaha kolaboratif yang menghimpunkan Yayasan, beberapa ahli Zurich Insurance Group, Zurich Climate Resilience Alliance, rangkaian bandar serta pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan daya tahan komuniti terhadap perubahan iklim.

Di Malaysia, Zurich Malaysia menerajui pelaksanaan UCRP dengan melancarkan program ini pada November 2023 di Kampung Morten dan Pantai Peringgit, Melaka, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta rakan rangkaian. Menjelang Mac 2024, program ini diperluaskan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin dan Kampung Pasir Baru di Kuala Lumpur.

imej_UCRP

Mengapa kami melaksanakannya?

  • UCRP bertujuan membantu komuniti menjadi lebih kukuh dan mampan supaya mereka mampu menghadapi serta pulih daripada bencana berkaitan iklim.
  • Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan pelan daya tahan yang disesuaikan mengikut keperluan setiap komuniti, berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap cabaran yang mereka hadapi. Pendekatan ini memanfaatkan alat inovatif serta penglibatan komuniti sebagai pemacu utama.
  • Melalui dapatan yang diperoleh, kami berhasrat untuk memperluaskan pelaksanaan projek ini ke lebih banyak kawasan di seluruh Malaysia.
Pendekatan UCRP

Apakah pendekatan kami?

  • Penyelesaian Inovatif – Menggunakan pendekatan Climate Resilience Measurement for Communities (CRMC) yang dibangunkan oleh Zurich Climate Resilience Alliance untuk menilai tahap daya tahan terhadap banjir, gelombang haba atau kebakaran hutan melalui penilaian faktor manusia, sosial, fizikal, alam sekitar dan ekonomi.
  • Kerjasama Strategik – Bekerjasama dengan rakan rangkaian, pihak berkuasa tempatan dan komuniti untuk memahami cabaran berkaitan iklim yang dihadapi.
  • Penyelesaian yang Disesuaikan – Menganalisis dapatan bagi merancang, membangunkan dan melaksanakan penyelesaian daya tahan yang memenuhi keperluan setiap komuniti.

     

Tinjauan Iklim Laman Web UCRP
Tinjauan Iklim Laman Web UCRP
Laman Sesawang UCRP Tinjauan Iklim

Galeri Video

Komuniti Kami

imej_UCRP hubungi kami

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Daya Tahan Iklim kami dan usaha memperluaskan inisiatif ini, sila hubungi kami di: