
Stesen Pengecasan EV Zurich
Zurich Malaysia & Gentari Green Mobility: Memandu Masa Depan Mobiliti Mampan
Zurich Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelaksanaan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara menerusi kerjasama strategik bersama Gentari Green Mobility. Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) pada 19 Jun 2024, sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar dan penggunaan tenaga bersih.
Kerjasama ini menggabungkan komitmen Zurich dalam menjaga kesejahteraan pelanggan dengan kepakaran Gentari dalam mobiliti hijau, sekali gus menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.
Stesen Pengecasan EV Kini Tersedia di Lokasi Zurich
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, stesen pengecasan EV kini beroperasi sepenuhnya di lokasi-lokasi berikut. Setiap lokasi dilengkapi dengan kemudahan pengecas EV yang mudah diakses dan boleh dipercayai, membolehkan pelanggan, warga kerja serta orang awam mengecas kenderaan elektrik mereka sambil menyokong masa depan yang lebih hijau.

Suria KLCC
Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah P2 dan P3

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre)
Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah B1, Tiang F22

Perdana KL Commercial Centre
Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah P1

The Gardens Mall
Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah P1 dan P2

Sunway Putra Mall
Tiang D8, Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah B2

Sunway Nexis
Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah P1

Sunway Velocity 2
Tempat Letak Kereta Komersial Plot A

AEON Mall Bukit Tinggi
Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah

Gamuda Gardens
Tempat Letak Kereta Terbuka

Gamuda Cove
Tempat Letak Kereta Terbuka

Putrajaya Sentral
Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah

KLIA 2 Gateway
Tempat Letak Kereta CP3, Blok A, Tiang E1 dan F1

Paradigm Mall Johor Bahru
Tempat Letak Kereta Aras 2, Tiang C5
"Kami berbangga menjadi pengendali insurans dan takaful pertama yang bekerjasama dengan Gentari dalam inisiatif perintis ini. Dengan kemudahan pengecasan EV kini tersedia di lokasi kami, kami sedang mengambil langkah yang nyata ke arah masa depan yang lebih mampan."

"Dengan berganding bahu bersama Zurich Malaysia, kami menjadikan mobiliti hijau lebih mudah diakses dan lebih praktikal untuk rakyat Malaysia. Kerjasama ini membawa makna yang besar dalam menghasilkan impak yang nyata."

"Infrastruktur pengecasan yang boleh dipercayai memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti elektrik. Kerjasama kami dengan Gentari bukan sekadar menambah bilangan stesen pengecasan, malah membantu membina ekosistem EV yang lebih berhubung dan diyakini. Kelestarian perlu bersifat praktikal, berfokuskan pelanggan dan mudah diakses."
