
Kerjaya di Zurich Malaysia
Dunia yang penuh dengan peluang menanti anda. Jadilah sebahagian daripada keluarga kami.
Capai potensi terbaik anda
Sedang mencari persekitaran kerja yang dinamik tetapi pada masa sama mencabar dan menyeronokkan, yang membantu perkembangan peribadi dan profesional anda? Mahukan peluang menyumbang kepada sebuah syarikat yang mempunyai tujuan jelas, mengutamakan pelanggan dan memperkasakan warga kerjanya untuk mencapai potensi sepenuhnya? Jika ya, Zurich adalah pilihan yang tepat.

Kami Diiktiraf sebagai Great Place To WorkTM!
Kami bangga menjadi warga Zurich!
Sama ada mengutamakan pelanggan, memperkasakan pekerja atau menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan inklusif untuk semua, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang kami lakukan di Zurich. Jangan hanya percaya dengan kata-kata, alaminya sendiri!

Jadi Ejen Kami
Peluang membina kerjaya anda kini hanya dengan satu klik.
Kehidupan di Zurich Malaysia
Ketahui bagaimana kami membantu warga kerja kami melalui inisiatif kesejahteraan, manfaat yang menyeluruh dan peluang pembangunan berterusan.

Kerjaya generasi baharu untuk Pelatih Industri

Kerjaya generasi baharu untuk graduan
Kepelbagaian dan Inklusif
Pekerja kami ialah aset paling berharga. Kami percaya bahawa kepelbagaian kemahiran, perspektif dan pengalaman mereka menjadi pemacu inovasi serta membolehkan kami memberikan hasil terbaik kepada pelanggan.
Sebab itu kami komited untuk mewujudkan tempat kerja yang membolehkan kami berkembang maju dalam persekitaran yang menghargai setiap individu sebagai sama penting.
-
Sekilas pandang tentang Zurich Malaysia
-
Majlis townhall yang hebat di Ballroom Berjaya Time Square
Memulakan tahun baharu dengan sesi townhall yang berjaya disertai oleh semua warga Zurich bagi memastikan perjalanan 2023 dipenuhi keterujaan dan semangat.
-
Meraikan tahun baharu 2023 dengan My Zurich Party – It's Time to Rock 'n Roll!
Warga Zurich mencipta detik-detik penuh kegembiraan dalam gaya Rock 'n Roll mereka sendiri, sambil mendaftar untuk Zurich Got Talent bagi menonjolkan bakat kreatif seperti nyanyian, stand-up comedy dan persembahan silap mata.
-
EXCO kami menikmati masa yang indah di My Zurich Party
Warga Zurich seronok menari di pentas menerusi persembahan mereka, menyerikan parti dengan pakaian yang berkilauan!
-
Meraikan pencapaian penerima Anugerah Perkhidmatan Lama bersama-sama
Di Zurich, kami berbangga untuk menghargai warga kerja kami yang telah mendedikasikan sebahagian besar kerjaya mereka kepada organisasi kami.
-
Selamat ulang tahun ke-150, Zurich!
Kami meraikan ulang tahun ke-150 Zurich dan pelancaran inisiatif Zurich Cares bersama warga Zurich, pelanggan, ahli agensi dan rakan kongsi di Taman Tugu.
-
Mencipta Masa Depan yang Lebih Hijau bersama Zurich Malaysia
Dikelilingi alam semula jadi, para peserta menikmati Green Walk di Taman Tugu, bengkel Grow Your Own Food, sesi panel Diversity in Sustainability dan reruai aktiviti untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif Zurich Cares kami.
-
Membina keyakinan dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja kami melalui Bengkel Penulisan E-mel Perniagaan
Ia merupakan sesi yang sangat interaktif dengan fokus pada komponen utama perancangan dan penulisan bagi menghasilkan e-mel dan mesej perniagaan yang jelas, ringkas dan berkesan.
-
Memberi impak kepada komuniti bersama EPIC Homes
Seramai 70 sukarelawan dari Zurich Malaysia bekerjasama untuk menyediakan tempat berteduh kepada masyarakat Orang Asli.
-
Melabur dalam Zurich Community Week: Play For Future
Dengan kerjasama Toy Libraries Malaysia, kami menubuhkan perpustakaan mainan di PPR Lembah Subang 2, yang memberi manfaat kepada 2,000 keluarga termasuk 600 kanak-kanak.
-
Sesi healing yang menyeronokkan, selesa dan penuh kenangan sempena Hari Wanita Antarabangsa
Warga kerja kami menikmati pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah pakar diet, akupunktur, pemeriksaan pergigian dan terapi aromatouch tangan. Suasana dipenuhi aroma “wellness spa” - sangat menyegarkan, sangat menenangkan!
-
Warga Zurich membina kenangan yang berkekalan di Taman Tugu
Terdapat pelbagai keseronokan dan permainan di reruai aktiviti, di mana para peserta boleh memenangi cenderamata menarik dalam acara A Greener Future.

Kelestarian di Zurich
Zurich Group berhasrat untuk menjadi di antara organisasi yang paling bertanggungjawab dan memberi impak positif di dunia. Di Zurich Malaysia, kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti mengurangkan penggunaan kertas dan plastik sekali guna, menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui di pejabat kami serta menanam pokok bagi pihak pemegang polisi kami.
Sertai Komuniti Bakat Kami dan kekal dimaklumkan dengan peluang kerjaya serta acara yang akan datang.
Hanya masukkan alamat e-mel anda dan kongsikan sedikit tentang diri anda.

Pejabat Kami
Ibu pejabat Zurich Malaysia terletak di Mercu 3, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami juga mempunyai lebih daripada 20 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Borneo).
Pejabat kami terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses menggunakan pengangkutan awam. Stesen LRT Putra Abdullah Hukum dan Stesen KTM Komuter hanya beberapa minit berjalan kaki dari ibu pejabat Zurich.
