image_prihatin terhadap komuniti kami_header

Zurich Cares

Pemuliharaan dan Pemulihan Hutan Sabah oleh Zurich

Zurich Cares

imej_Zurich Cares_Apakah Zurich Cares

Dengan kadar penebangan hutan yang semakin meningkat di seluruh Asia Tenggara, kehilangan spesies tumbuhan dan litupan hutan terus menjadi antara kebimbangan utama dalam usaha pemuliharaan. Dianggarkan bahawa 62% spesies dipterokarpa endemik Borneo, yang merupakan tunjang kepada ekosistem hutan hujan tropika Malaysia, kini berdepan ancaman.

Bersama Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC), kami berusaha memperkenalkan semula spesies dipterokarpa yang jarang ditemui, terancam dan terdedah kepada ancaman, di samping spesies yang cepat membesar, ke habitat asalnya di Merisuli, Sabah.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen kelestarian kami menerusi Ikrar 1.5°C (1.5°C Pledge) untuk membantu mengehadkan peningkatan purata suhu global, di samping berusaha menjadi antara organisasi yang memberi impak paling bermakna kepada dunia.
 

Angka utama

ikon imej ilustrasi anak benih

54,763

Anak pokok daripada spesies yang cepat membesar dan spesies dipterokarpa telah ditanam di seluruh kawasan projek.

ikon_imej_ilustrasi_ert

1,000

Anak pokok ditanam menerusi kempen 1 Pledge 1 Tree.

ikon ilustrasi imej 215

53.14

Hektar kawasan yang sedang dipulihkan secara aktif, termasuk 4.17 hektar plot penanaman bagi tujuan penyelidikan.

Rare, Threatened & Endangered – RTE

63

Spesies Jarang Ditemui, Terancam dan Terdedah kepada Ancaman (Rare, Threatened & Endangered – RTE) berjaya dipulihara di TRLC Merisuli.

Galeri Video

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Zurich Cares

Dr Dzaeman QA

Perbualan Bersama Dr. Dzaeman Dzulkifli

Ketahui lebih lanjut
Apa yang akan kami lakukan

Menyelamatkan Spesies Dipterokarpa

Ketahui lebih lanjut
Ikrar

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada kempen Zurich Cares: 1 Pledge 1 Tree. Semangat dan keprihatinan anda menjadi pendorong kepada usaha kami untuk memulihara alam semula jadi demi generasi akan datang. Kami berharap anda akan berbangga dengan 1,100 pokok yang bakal ditanam di TRLC Merisuli, Sabah.

Berikut ialah ucapan penghargaan daripada Benny Banus Tuzan, Pengurus Projek TRCRC.

Galeri Foto

Kenali Benih Dipterokarpa di TRLC Merisuli

Imej MicrosoftTeams (125)

 

 

Hubungi pasukan Zurich Cares di  digitalpr@zurich.com.my

Ketahui lebih lanjut tentang rakan kongsi projek kami, TRCRC, dalam misi mereka untuk memelihara spesies tumbuhan hutan hujan tropikatrcrc.org