sepanduk media_Pay My Premium squared

Bayar Premium / Caruman Saya

Kami memudahkan urusan pembayaran anda.

Penghentian Pembayaran Tunai bagi Premium Insurans Hayat dan Caruman Takaful Keluarga

Di Zurich Malaysia, keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, pengedar/ejen, pelanggan serta semua pihak yang berurusan dengan kami sentiasa menjadi keutamaan.

Bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 melalui pengendalian wang tunai, semua kaunter pembayaran di cawangan Zurich di seluruh negara tidak lagi menerima PEMBAYARAN TUNAI bagi premium Insurans Hayat dan caruman Takaful Keluarga berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020.

Untuk kaedah pembayaran alternatif, sila rujuk pilihan yang disediakan di bawah.

Nota: LI = Insurans Hayat, FT = Takaful Keluarga, GI = Insurans Am, GT = Takaful Am

Bersama ke Arah Masa Depan yang Lebih Hijau

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mengurangkan jejak karbon, kami sedang melaksanakan inisiatif ke arah operasi yang lebih mampan dengan menambah baik proses serta menggunakan lebih banyak saluran digital untuk berkomunikasi dengan anda.

Usaha ini membolehkan kami memberikan pengalaman yang lebih mudah, lancar dan berkualiti kepada pelanggan.

Ketahui lebih lanjut  mengenai inisiatif Go Green kami.

Saluran pembayaran e-Dompet kini disediakan di semua cawangan Insurans Hayat & Takaful Keluarga serta Insurans Am & Takaful Am Zurich di seluruh negara!

Nikmati promosi eksklusif, ganjaran pulangan tunai (cashback) dan pelbagai lagi apabila anda menggunakan aplikasi ini untuk membayar premium insurans atau membuat caruman takaful anda.

E-DOMPET DOMPET ASAS DOMPET DINAIK TARAF KELEBIHAN
boost

Basic Wallet

 

  • Had Dompet: RM200
  • Tambah Nilai Minimum: RM10
  • Tambah Nilai Maksimum: Sehingga RM200 pada satu-satu masa
  • Had Perbelanjaan: Sehingga RM1,000 sebulan (had akan ditetapkan semula pada setiap 1 haribulan)

 

 

 

Premium Wallet

 

  • Had Dompet: RM1,500
  • Tambah Nilai Minimum: RM10
  • Tambah Nilai Maksimum: Sehingga RM1,500
  • Had Perbelanjaan: Sehingga RM4,500 sebulan (had akan ditetapkan semula pada setiap 1 haribulan)

Nota: Untuk menaik taraf ke Premium Wallet, pergi ke halaman Profile, klik "Upgrade to Premium Wallet" dan masukkan maklumat NRIC/Pasport anda.

 

 

 

  • Ganjaran Random Shake
  • Promosi dan kempen pemasaran bersama peniaga

 

 

 

 

 

touch n go

Default Wallet

 

  • Had Dompet: RM200
  • Had Transaksi Harian: RM1,000

 

 

 

 

Daftar & Pautkan Kad Debit/Kredit

 

  • Had Dompet: RM200

  • Had Transaksi Harian: RM1,000

Daftar dengan Tag RFID

 

  • Had Dompet: RM5,000
  • Had Transaksi Harian: RM1,000
  • Pulangan tunai (Cashback)
  • Promosi dan kempen pemasaran bersama peniaga

 

 

 

 

 

image_Pay My Premium_Grabpay
  • Had Dompet: RM500
  • Had Transaksi Harian: RM500

 

 

 

 

  • Pengesahan identiti diperlukan sebelum naik taraf.

     

    Had Dompet: RM1,500

    Had Perbelanjaan Harian: RM1,000

 

 

 

 

 

  • Bayar tambang, pembelian di kedai dan GrabFood
  • Kumpul Mata Ganjaran GrabRewards

 

 

 

 

 

 

 

Nota

* Pengguna peranti Android dengan sistem operasi di bawah Versi 5.0 hanya dibenarkan membuat transaksi (perbelanjaan) sehingga RM200 sehari.

E-DOMPETMAKLUMAT E-DOMPET
image_Pay My Premium_Alipay  

 

  • Alipay ialah penyedia perkhidmatan e-dompet pihak ketiga yang paling meluas digunakan di China dengan lebih daripada 450 juta pengguna aktif.
  • Alipay merupakan kaedah pembayaran yang penting bagi perniagaan yang ingin menarik lebih ramai pelanggan dari China, sama ada di dalam atau di luar negara.
  • Buat masa ini, kami hanya menyokong Alipay (China Wallet).
  • Had dompet adalah tertakluk pada baki akaun bank/kad individu.
image_Pay My Premium_WeChatPay

 

  • Aplikasi pemesejan segera No. 1 di China yang dibangunkan oleh Tencent Holdings.
  • Buat masa ini, kami hanya menyokong WeChat Pay Global (China Wallet).
  • Had dompet adalah tertakluk pada baki akaun bank/kad individu.

Daftar / Log masuk ke MyZurichLife untuk membuat pembayaran dalam talian daripada Akaun Daftar atau log masuk ke MyZurichLife untuk membuat pembayaran dalam talian menggunakan Akaun Semasa / Akaun Simpanan melalui FPX atau menggunakan Kad Debit / Kad Kredit.

  1. Log masuk ke MyZurichLife.
  2. Klik tab "MyPayment".
  3. Pilih polisi yang ingin dibayar dan masukkan Amaun Pembayaran.
  4. Pilih kaedah pembayaran pilihan anda.
  5. Klik "Confirm".
  6. Lengkapkan transaksi pembayaran.
  7. Jika anda memilih pembayaran menggunakan kad kredit, anda boleh menandakan kotak "Recurring" untuk mendaftar bagi pembayaran auto debit berulang.*
  8. Klik "Submit" untuk melengkapkan proses pembayaran.
  9. Muat turun / cetak Slip Pengesahan.

*Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran auto debit berulang, sila rujuk Soalan Lazim (FAQs).

Daftar atau log masuk ke MyZurichLife untuk membuat pembayaran dalam talian menggunakan Akaun Semasa / Akaun Simpanan melalui FPX atau menggunakan Kad Debit / Kad Kredit.

 

  1. Log masuk ke MyZurichLife.
  2. Klik tab "MyPayment".
  3. Pilih sijil yang ingin dibayar dan masukkan Amaun Pembayaran.
  4. Pilih kaedah pembayaran pilihan anda.
  5. Klik "Confirm".
  6. Lengkapkan transaksi pembayaran.
  7. Jika anda memilih pembayaran menggunakan kad kredit, anda boleh menandakan kotak"Recurring" untuk mendaftar bagi pembayaran auto debit berulang.*
  8. Klik "Submit" untuk melengkapkan proses pembayaran.
  9. Muat turun / cetak Slip Pengesahan.

* Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran auto debit berulang, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ).

 

Kini anda hanya perlu membuat satu pendaftaran untuk bil berulang secara automatik. Premium anda akan dipotong secara automatik daripada Akaun Semasa / Akaun Simpanan (CASA) atau Kad Kredit bank tempatan anda.

Langkah-langkah mendaftar DirectDebit :

Langkah 1: Klik DirectDebit di atas dan lengkapkan maklumat anda. Kemudian klik "Submit".

Langkah 2: Lengkapkan Maklumat Peribadi dan Maklumat Pembayaran. Alamat e-mel dan nombor telefon bimbit semasa diperlukan untuk tujuan pengesahan.

Langkah 3: Klik "Proceed".

Langkah 4: Pilih kaedah pembayaran pilihan anda.

Langkah 5: Lengkapkan transaksi.

Langkah 6: Muat turun E-Receipt untuk rujukan pada masa hadapan.

Anda juga boleh mendaftar melalui MyZurichLife

Terma dan Syarat Perkhidmatan Direct Debit
 

E-DOMPETMAKLUMAT KAD NETSKELEBIHAN
image_Pay My Premium_NETS

 

  • Pengguna yang mempunyai kad NETS yang dikeluarkan oleh DBS/POSB, OCBC dan UOB boleh membuat pembayaran di lokasi yang menerima NETS di Malaysia.
  • Juruwang akan memasukkan kad dan pengguna perlu memasukkan nombor PIN untuk melengkapkan transaksi.
  • Tiada had minimum atau maksimum bagi amaun perbelanjaan. Walau bagaimanapun, baki yang mencukupi dalam akaun bank yang dipautkan kepada kad NETS diperlukan untuk transaksi di luar negara.
  • Skim Kad Debit Nasional Singapura.
  • Sesuai untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.
  • Mata wang SGD dan MYR dipaparkan pada resit bersama kadar pertukaran asing (FX) secara masa nyata.
  • Kadar pertukaran yang lebih baik berbanding penukar wang.
     

Bagaimanakah saya boleh menyemak status pembayaran premium insurans hayat / caruman takaful keluarga saya?

Melalui Pusat Panggilan Kami

Hubungi kami di 1-300-888-622

Anda juga boleh menghantar pertanyaan melalui borang pertanyaan kami.

Melalui Portal Pelanggan Kami

Sebagai alternatif, anda boleh log masuk ke MyZurichLife untuk menyemak status pembayaran selepas 3 hari bekerja.

Adakah resit akan dikeluarkan?

Tiada resit akan dikeluarkan bagi pembayaran yang dibuat melalui Perbankan Internet, Potongan Auto Debit dan Perbankan ATM. Anda disarankan untuk menyemak sejarah transaksi dalam talian atau penyata bank / kad kredit anda.

Resit rasmi bagi pembayaran yang dibuat melalui cek akan dihantar ke alamat terakhir pemegang polisi/sijil yang direkodkan. Sekiranya alamat anda telah berubah, sila maklumkan kepada kami.

Nota: Penyata Premium Tahunan atau Penyata Caruman Tahunan anda boleh dimuat turun melalui MyZurichLife.