Kelestarian
di Zurich Malaysia
Kami komited untuk memastikan masa depan yang terjamin bagi setiap pelanggan dan pekerja kami, rakan kongsi yang bekerjasama dengan kami serta bumi yang kita diami.
Kelestarian di Zurich Malaysia
Kami komited untuk menerapkan amalan kelestarian dalam setiap aspek operasi kami. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Zurich, kami menyokong United Nations Global Business Ambition Pledge untuk mengehadkan peningkatan suhu global kepada 1.5°C dan telah beroperasi sebagai perniagaan neutral karbon sejak tahun 2014. Di Malaysia, kami turut melaksanakan rangka kerja Value-Based Intermediation for Takaful (VBIT) bagi mengurus risiko dan inisiatif kelestarian untuk perniagaan takaful kami. Usaha kelestarian kami memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, iaitu Planet, Pelanggan dan Warga Kerja, termasuk mencapai masa depan sifar bersih (net zero), membantu pelanggan dalam peralihan ke arah masa depan yang lebih mampan serta memupuk persekitaran kerja yang pelbagai, saksama dan inklusif.
Muat turun laporan di bawah untuk maklumat lanjut.

Prihatin terhadap Pelanggan Kami
Matlamat kami adalah untuk membina masa depan yang lebih cerah bersama pelanggan. Kami mahu pelanggan yakin bahawa mereka melindungi diri sendiri, keluarga, perniagaan serta dunia ini.
Kami menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan, nasihat pakar dan perkongsian maklumat bagi membantu mengurangkan risiko. Kami juga menawarkan perlindungan yang menyeluruh serta bantuan apabila diperlukan.

Prihatin Terhadap Pekerja Kami
Seiring dengan penekanan terhadap kelestarian di tempat kerja, kami sentiasa memberi bantuan bagi memenuhi keperluan setiap individu. Berpandukan prinsip yang mengutamakan pembangunan serta peningkatan kemahiran pekerja berbanding pengambilan tenaga kerja luar atau sumber luar, Zurich terus berkembang sambil mewujudkan persekitaran kerja yang memberikan keselamatan dan kepercayaan.

Prihatin Terhadap Bumi Kita
Kami komited untuk merealisasikan ikrar yang dibuat pada tahun 2019 di bawah UN Global Compact Business Ambition Pledge for 1.5°C, selaras dengan Perjanjian Paris bagi sektor perniagaan. Sehubungan itu, kami telah memperkenalkan strategi iklim di seluruh Zurich Group menerusi Pelan Masa Depan 1.5°C (1.5°C Future Plan).

Prihatin Terhadap Komuniti Kami
Urban Climate Resilience Programme (UCRP) kami membantu membina komuniti yang kukuh dan mampan agar mampu bertahan, baik serta terus berkembang walaupun berdepan bencana berkaitan perubahan iklim.
Kami menerajui usaha memperkukuh daya tahan iklim di Kuala Lumpur dan Melaka bagi memastikan bantuan yang lebih baik kepada golongan yang mudah terjejas.
![]()
Kami komited untuk menerapkan amalan kelestarian dalam setiap aspek operasi kami. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Zurich, kami menyokong United Nations Global Business Ambition Pledge untuk mengehadkan peningkatan suhu global kepada 1.5°C dan telah beroperasi sebagai perniagaan neutral karbon sejak tahun 2014. Di Malaysia, kami turut melaksanakan rangka kerja Value-Based Intermediation for Takaful (VBIT) bagi mengurus risiko dan inisiatif kelestarian untuk perniagaan takaful kami. Usaha kelestarian kami memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, iaitu Planet, Pelanggan dan Warga Kerja, termasuk mencapai masa depan sifar bersih (net zero), membantu pelanggan dalam peralihan ke arah masa depan yang lebih mampan serta memupuk persekitaran kerja yang pelbagai, saksama dan inklusif.

The Z Zurich Foundation
Membina masa depan yang lebih cerah bersama golongan yang memerlukan.

Zurich Flood Resilience Alliance
Membantu komuniti di seluruh dunia memperkukuh daya tahan terhadap banjir.
Inisiatif Dalam Negara
Di Zurich Malaysia, kami berusaha untuk membawa impak yang nyata demi hari esok yang lebih baik.