Pegangan Kami

Visi dan Misi

Mencipta Masa Depan yang Lebih Cerah Bersama

Dunia sedang berubah pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan begitu juga kami di Zurich. Kami telah memperbaharui tujuan serta nilai kami untuk memenuhi keperluan pelanggan dan terus kekal relevan. Dengan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap yang kami lakukan serta berpegang teguh kepada standard integriti yang tertinggi, kami menjadikan prinsip ini sebagai panduan dalam menghadapi dunia yang sentiasa berubah. Pendekatan yang berfokuskan pelanggan ini menekankan semangat kebersamaan, dengan memberikan perkhidmatan kepada setiap pelanggan komersial dan runcit secara peribadi, berkesan dan dengan cara yang unik di Zurich.

Masa depan yang lebih cerah ialah masa depan yang meraikan kepelbagaian suara, mengamalkan keterangkuman, memperjuangkan kesaksamaan dan memastikan setiap individu berasa dihargai serta menjadi sebahagian daripada komuniti kami. Segala yang kami lakukan berpandukan nilai yang jelas bagi memastikan masa depan dapat dinikmati oleh semua dan dibina bersama. Kami optimis, prihatin dan boleh dipercayai. Dengan pemikiran yang berpandangan jauh, keazaman dan semangat kebersamaan, kami telah melangkaui jangkaan selama lebih 150 tahun untuk melindungi mereka yang meletakkan kepercayaan kepada kami, sambil memahami besarnya tanggungjawab yang kami pikul.

Di Zurich, kami menunaikan janji dan sentiasa mempertahankan perkara yang betul. Kami menyedari perubahan besar yang sedang berlaku dalam masyarakat, sama ada didorong oleh perubahan iklim mahupun kesan teknologi terhadap pekerjaan dan cara hidup kita. Oleh itu, kami komited untuk membentuk masa depan di mana kita semua dapat terus berkembang maju bersama, walaupun dalam era perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Kelestarian

Di Zurich, kami mengangkat kelestarian sebagai sebahagian daripada budaya, tujuan dan nilai teras kami bagi mencerminkan tanggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekitar. Kami percaya bahawa kami mampu memberikan impak positif melalui peranan kami sebagai syarikat insurans, pelabur, majikan dan anggota masyarakat.

Bersama-sama, kami melaburkan sumber untuk membantu komuniti membina daya tahan serta mencipta masa depan yang lebih cerah. Bagi Zurich, menjadi sebuah perniagaan yang bertanggungjawab dan membawa impak positif bukan sekadar sebuah cerita yang kami sampaikan. Ia merupakan prinsip yang menjadi panduan dan diterapkan dalam setiap tindakan kami. Kami percaya pada melakukan perkara yang betul demi kesejahteraan manusia dan bumi. Itulah siapa kami.

Marilah kita mencipta masa depan yang lebih cerah bersama!