Makan dengan Betul untuk Bermain dengan Betul

Eat Right to Play Right 

Di Zurich, menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab dan mampan merupakan asas kepada segala yang kami lakukan. Kami percaya bahawa pelaburan untuk masa depan yang lebih baik bermula dengan melindungi serta menyumbang kembali kepada komuniti tempat kami tinggal dan berkhidmat.

Dengan sokongan daripada Z Zurich Foundation dan One Goal Malaysia, kami telah melancarkan program Eat Right to Play Right (ERTPR) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan serta status pemakanan kanak-kanak. Melalui kuasa bola sepak dan minat rakyat Malaysia terhadap sukan ini, program ERTPR menggunakan bola sepak sebagai platform untuk mendidik kanak-kanak tentang kepentingan pemakanan yang sihat, di samping memupuk disiplin diri dan semangat kesukanan.

Pinggan Sihat Malaysia

Apakah konsep Suku-Suku Separuh?

Konsep Pinggan Sihat Malaysia diperkenalkan bagi menerangkan kategori makanan serta saiz hidangan yang disyorkan berdasarkan konsep Suku-Suku Separuh (Quarter-Quarter-Half). Pendekatan ini terbukti lebih berkesan dalam menyampaikan saranan pemakanan yang digariskan dalam Garis Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia.

Pinggan Sihat Malaysia menjadi panduan asas untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai jumlah makanan yang sesuai daripada setiap kumpulan makanan. Ia tidak menetapkan jumlah kalori harian atau bilangan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kerana keperluan pemakanan adalah berbeza bagi setiap individu.

Kebaikan Konsep Suku-Suku Separuh
Konsep Suku-Suku Separuh memberikan gambaran yang lebih mudah tentang saiz hidangan yang disyorkan. Ia menggalakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih banyak, di samping mengawal pengambilan nasi, mi, roti dan bijirin lain serta menggalakkan pengambilan bijirin penuh. Konsep ini juga bertujuan memastikan rakyat Malaysia mendapat pengambilan ikan, ayam, daging dan kekacang yang mencukupi, di samping menggalakkan amalan minum air kosong. Selain itu, makanan yang diambil hendaklah rendah lemak, gula dan garam seperti yang disarankan dalam Garis Panduan Diet Malaysia 2010.

KACANG BIJI

Kebaikan Bijirin

Lightning Red 25 Sumber tenaga utama badan

Setting Red  Kaya dengan nutrien seperti magnesium dan vitamin B

Arrow Drop Red  Membantu menurunkan paras kolesterol

Sumber Makanan

Rice  Nasi

Grain  Gandum, Oat

Noddle  Mi

Biscuit  Biskut Bijirin Penuh

2019

Program Eat Right to Play Right (ERTPR) Youth Cup melabuhkan tirainya dengan jayanya menerusi Peringkat Akhir (Grand Finals) yang berlangsung di Zurich Field, International School of Kuala Lumpur (ISKL) pada 8 Disember 2019. Juara negeri daripada pusingan kelayakan di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berkumpul untuk merebut gelaran Juara Kejohanan. Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun mempamerkan aksi bola sepak yang mengagumkan sepanjang kejohanan berlangsung.
 

Peringkat Akhir ini turut diserikan dengan kehadiran Duta ERTPR, Safee Sali, wakil-wakil Zurich Malaysia, rakan-rakan CSR serta pengacara terkenal, Aina Suzaily.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua juara pasukan dan pemenang anugerah individu Youth Cup 2019!

Bawah 8 Tahun

Johan – Arau Kids
Naib johan – Young Guns FC
Tempat ke-3 – Sendayan (Komuniti ERTPR)
Tempat ke-4 – SP Brotherhood (Komuniti ERTPR)
Tempat ke-5 – Phoenix Warriors FC

Bawah 10 Tahun
Johan – Kiddokickers Soccer Melaka
Naib Johan – SBI FC
Tempat ke-3 – SK Bandar Puteri Jaya (Komuniti ERTPR)
Tempat ke-4 – S2FC
Tempat ke-5 – Young Guns FC

Bawah 12 Tahun
Johan – The Fighters
Naib Johan – Dream Team
Tempat ke-3 – SRAATI (Komuniti ERTPR)
Tempat ke-4 – Fireball FC
Tempat ke-5 – Masjid Tanah City FC

Perempuan Bawah 12 Tahun
Johan – No T Girl
Naib Johan – SK Mohd Shah (Komuniti ERTPR)
Tempat ke-3 – Unggul FC
Tempat ke-4 – Destiny Football Development Centre
Tempat ke-5 – SK Sri Jerai B (Komuniti ERTPR)

Anugerah Khas

Bawah 8 Tahun
Pemain Terbaik: Ahmad Muzakif Fitri (Arau Kids)
Penjaga Gol Terbaik: Muhammad Farish Rayyan (SP Brotherhood)
Penjaring Terbanyak: Ahmad Muzakif Fitri (Arau Kids)

Bawah 10 Tahun
Pemain Terbaik: Arrayan Hakeem (Kiddokickers Soccer Melaka)
Penjaga Gol Terbaik: Muhammad Khalis Ridzwan (Young Guns FC)
Penjaring Terbanyak: Muhammad Nasrullah Bin Nazeri (Kiddokickers Soccer Melaka)

Bawah 12 Tahun
Pemain Terbaik: Mohd Nazirul Nazim B. Mohd Khairi (The Fighters)
Penjaga Gol Terbaik: Mohd Afiq Hazim Bin Maz Izwan (Masjid Tanah FC)
Penjaring Terbanyak: Daniel Hazqry (Dream Team)

Perempuan Bawah 12 Tahun
Pemain Terbaik: Asma Munajati Bt Ihsan (No T Girl)
Penjaga Gol Terbaik: Nur Amyra Farisya Bt Sharizan (SK Mohd Shah)
Penjaring Terbanyak: Nurul Fatin Umairah (Unggul FC)

2018

Lebih 200 pemain bola sepak muda daripada empat kategori umur berjaya melangkah ke Peringkat Akhir ERTPR Youth Cup 2018 (Eat Right to Play Right) yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Disember 2018.
 

Pasukan-pasukan ini merupakan juara negeri bagi kategori masing-masing, iaitu U8, U10, U12 dan U14. Kejohanan ERTPR Youth Cup yang berlangsung dari September hingga Disember 2018 ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang kepentingan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat sepanjang penglibatan mereka dalam sukan bola sepak akar umbi.

Tahniah kepada semua pemenang! Lihat keputusan penuh di bawah.

Bawah 8 Tahun

Johan – AT Kangar

Naib Johan – Lestari JR FC

Tempat ke-3 – Kuantan Panthers

Tempat ke-4 – Kido Kickers A

Tempat ke-5 – Samarahan Leopard

 

Pemain Terbaik: Muhd Alif Firdaus Bin Rashid (AT Kangar)

Penjaga Gol Terbaik: Muhd Haziq Fikri Bin Zulkiflee (AT Kangar)

Penjaring Gol Terbanyak: Sanjay a/l Kunalan (Lestari Juniors) - 5 Gol

 

Bawah 10 Tahun

Johan – Kuantan Soccer Kids

Naib Johan – SK Penghulu Abu Bakar (Komuniti ERTPR)

Tempat ke-3 – Inspire One Goal (Komuniti ERTPR)

Tempat ke-4 – Akademi PKNS FC

Tempat ke-5 – Samarahan Tigers

 

Pemain Terbaik: Muhd Saiful Ezzuddin Bin Mustaffa (SK Penghulu A. Bakar)

Penjaga Gol Terbaik: Nor Shaheizzuddin (Kuantan Soccer Kids)

Penjaring Gol Terbanyak: Muhd Saiful Ezzudin Bin Mustaffa (SK Penghulu A. Bakar) - 9 Gol

 

Bawah 12 Tahun

Johan – Inspire (Komuniti ERTPR)

Naib Johan – SBI FC (Komuniti ERTPR)

Tempat ke-3 – CIMB YFA Red Star

Tempat ke-4 – Samarahan Tigers

Tempat ke-5 – My Kids Balok

 

Pemain Terbaik: Mohd Rusyaidi B. Mohd Nazri (SBI FC)

Penjaga Gol Terbaik: Hasif Hijrah B. Azhah (Inspire)

Penjaring Gol Terbanyak: Danial Ikhwan B. Rezwat Shahri (Inspire) - 4 Gol

 

Bawah 14 Tahun

Johan – Kenari Kids Jitra

Naib Johan – Lestari JR FC

Tempat ke-3 – SMK Seri Pengkalan

Tempat ke-4 – My Kids Balok

Tempat ke-5 – Bako Cougar

 

Pemain Terbaik: Mohd Fakrul Hazim Bin Yusri (Kenari Kid Jitra)

Penjaga Gol Terbaik: Mohd Khari Danish (SMK Pengkalan)

Penjaring Gol Terbanyak: Mohd Farid Irfan B. Mohd Fauzi (Kenari Kids Jitra) - 4 Gol

‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎‏‏‎ ‎One Goal Malaysia                    One Goal Malaysia
AFC     Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 
FAM‎                   Persatuan Bola Sepak 
logo sodexo‎                             Sodexo
MYDIN                         MYDIN Malaysia
World Vision‎                       World Vision
ERTPR Safee Sali

Memperkenalkan Duta Eat Right to Play Right

SAFEE SALI

Ikuti halaman FacebookTwitter, YouTube dan LinkedIn  kami untuk mendapatkan perkembangan terkini!