Skim Pemindahan

Zurich Takaful Malaysia Berhad ("ZTMB") akan memindahkan perniagaan takaful amnya kepada Zurich General Takaful Malaysia Berhad ("ZGTMB") melalui Perjanjian Pemindahan Perniagaan (Business Transfer Agreement) dan Skim Pemindahan (Scheme of Transfer). Kedua-dua ZTMB dan ZGTMB merupakan sebahagian daripada Kumpulan Zurich Insurance.

Skim ini, yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dijangka berkuat kuasa pada 1 Mei 2018, tertakluk pada kelulusan Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tarikh kuat kuasa skim tersebut, semua sijil takaful am di bawah ZTMB akan dipindahkan kepada ZGTMB. Skim ini tidak akan menjejaskan perlindungan, manfaat mahupun pentadbiran sijil-sijil takaful am tersebut.

Semua sijil takaful keluarga di bawah ZTMB akan terus ditadbir oleh ZTMB.
Sekiranya anda ingin melihat Perjanjian Pemindahan Perniagaan dan Skim Pemindahan, sila klik pautan di bawah. Untuk maklumat lanjut mengenai Zurich di Malaysia, sila baca Kisah Zurich kami.