
Majukan Perniagaan Anda bersama Kami
Di Zurich Malaysia, kami membina perniagaan berlandaskan kecemerlangan dan komited untuk sentiasa mengutamakan pelanggan. Sertai kami dan capai kejayaan bersama!
Jadi Ejen Insurans Am

Mengapa Zurich?
Zurich ialah syarikat insurans global yang melindungi individu dan perniagaan di lebih 200 negara dan wilayah. Ditubuhkan lebih 150 tahun yang lalu, Zurich terus memacu transformasi industri insurans. Di Malaysia, Zurich mempunyai rangkaian cawangan bersepadu di bandar-bandar utama serta rangkaian agensi dan saluran pengedaran di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Perkhidmatan Berteraskan Pelanggan
Kami komited menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik kepada para pengedar serta ejen supaya anda sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Transformasi kami sebagai syarikat yang benar-benar mengutamakan pelanggan telah membuahkan hasil, dan kami akan terus menawarkan penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Kepakaran untuk Memenuhi Keperluan Anda
Zurich Insurance mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia dengan rangkaian lebih daripada 20 cawangan Zurich di seluruh negara serta 3,200 Ejen Insurans Am yang bersedia memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Kecekapan dan Kekuatan
Kami menggabungkan kepakaran global, kecekapan operasi dan kekuatan kewangan dengan pengalaman serta pemahaman mendalam tentang pasaran insurans Malaysia bagi memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan kecemerlangan operasi. Jadi sebahagian daripada keluarga Zurich dan manfaatkan kepakaran serta infrastruktur kami untuk membantu anda mencapai kejayaan.
Anugerah Syarikat





