
Majukan perniagaan anda bersama kami
Jadi sebahagian daripada keluarga Zurich Takaful! Sertai kami untuk membantu lebih ramai pelanggan sambil membangunkan potensi diri dan kerjaya anda.
Jadi Ejen Takaful Am
Mulakan Perjalanan Anda Menuju Kejayaan bersama Zurich Takaful
Selama lebih 150 tahun, kami telah memberikan perlindungan kepada pelanggan di seluruh dunia dan menjadi antara penyedia insurans yang paling berpengalaman.
Dengan kira-kira 60,000 warga kerja, Zurich menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan insurans hayat, harta benda dan kemalangan di lebih 200 negara dan wilayah. Pelanggan kami terdiri daripada individu, perusahaan kecil, syarikat sederhana dan besar, serta syarikat multinasional. Kami berbangga dengan legasi dan sejarah panjang ini. Pelanggan menghargai pengetahuan, kepakaran, kestabilan serta semangat inovasi yang kami bawa.
Anda mempunyai potensi untuk berjaya, dan kami sedia membantu anda merealisasikannya bersama Zurich Takaful.

Mengapa Zurich Takaful?
Zurich Malaysia mempunyai rangkaian cawangan bersepadu di bandar-bandar utama serta rangkaian agensi dan saluran pengedaran di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Semangat untuk Membantu Orang Lain
Zurich Malaysia menawarkan antara produk dan perkhidmatan Takaful terbaik. Dengan semangat anda untuk membantu orang lain, pelanggan akan sentiasa mengingati anda serta yakin dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kepakaran untuk Memenuhi Keperluan Anda
Zurich Takaful mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia dengan rangkaian cawangan yang luas serta kepakaran di seluruh negara. Bawa semangat anda untuk berjaya, dan kami akan menyediakan bantuan yang diperlukan bagi membantu anda merealisasikannya.

Kejujuran dan Integriti
Kami menggabungkan kepakaran global, kecekapan operasi dan kekuatan kewangan dengan pengalaman serta pemahaman mendalam tentang pasaran Takaful di Malaysia bagi memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan kecemerlangan operasi.
Anugerah Syarikat






E-melkan kepada kami di gigt.agtscreening@zurich.com.my.
Sila kemukakan dokumen berikut untuk tujuan pengesahan:
| Daripada Institusi Kewangan | Daripada Institusi Bukan Kewangan |
|---|---|
|
|
Kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh 15 hari bekerja selepas menerima dokumen lengkap daripada institusi yang membuat permohonan. Bagi Institusi Bukan Kewangan, maklumat yang berkaitan akan didedahkan berdasarkan usaha terbaik kami.