
Manfaat Warga Kerja di Zurich Malaysia
Membentuk masa depan pekerjaan yang lebih cerah.
Manfaat Warga Kerja
Kami komited untuk membantu anda menjadi versi terbaik diri anda, sama ada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian. Manfaat yang kami sediakan merangkumi pelbagai program kewangan, gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan.
Antara manfaat yang ditawarkan kepada pekerja termasuk:

Cuti bersalin/keibubapaan, cuti hari lahir, cuti peperiksaan, cuti belajar dan cuti sukarelawan

Manfaat fleksibel yang membolehkan pekerja memilih mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing

Tuntutan manfaat gaya hidup di bawah Manfaat Fleksibel

Caruman KWSP tambahan daripada syarikat

Hadiah penghargaan kepada warga kerja yang menerima cahaya mata

Anugerah Perkhidmatan Lama
Dengan Flex Points, anda boleh memilih atau membelanjakannya untuk manfaat gaya hidup di bawah tuntutan FSA seperti:

Kami percaya bahawa pelaburan terhadap warga kerja merupakan pelaburan untuk kejayaan bersama. Dengan menawarkan rangkaian manfaat warga kerja yang menyeluruh, kami berusaha mewujudkan tempat kerja yang membolehkan setiap warga kerja berkembang maju, baik dari segi peribadi mahupun profesional.

Masih Belum tahu jawatan yang sesuai untuk anda?
Terokai peluang kerjaya kami dan ketahui dengan lebih lanjut tentang setiap jawatan yang ditawarkan.