
Pembangunan Warga Kerja di Zurich Malaysia
Setiap warga kerja di Zurich Malaysia mempunyai bakat yang unik dan pelan pembangunan individu untuk membantu mereka mencapai potensi terbaik.
Pembangunan Warga Kerja
Kami percaya bahawa pelaburan dalam pembangunan warga kerja merupakan pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, kami menyediakan pelbagai program latihan dan bimbingan bagi membantu mereka mengembangkan kemahiran serta kepakaran. Kami juga percaya bahawa perkembangan peribadi dan profesional memainkan peranan penting dalam kesejahteraan setiap warga kerja. Antara program pembangunan yang kami tawarkan ialah:

Program Pembelajaran dan Pembangunan Secara Digital dan Bersemuka
Kami menyediakan akses kepada platform pembelajaran digital seperti LinkedIn Learning yang menawarkan lebih daripada 16,000 modul e-pembelajaran atas permintaan. Pada masa yang sama, warga kerja digalakkan menyertai program pembangunan profesional dan kemahiran insaniah yang dijalankan sama ada secara bersemuka atau maya. Program-program ini membantu mereka mengikuti perkembangan serta trend terkini dalam bidang masing-masing.

Penilaian dan Pembangunan Kepimpinan
Kami menawarkan program pembangunan kepimpinan yang dianjurkan di peringkat global dan tempatan bagi membantu warga kerja membina kemahiran yang diperlukan untuk memegang peranan kepimpinan pada masa hadapan.
Program Mentor
Zurich Malaysia menawarkan pelbagai program mentor, termasuk APAC MyGuru Mentoring, iaitu rangkaian bimbingan yang direka untuk membangunkan kepimpinan, menggalakkan pertukaran budaya, mengeratkan hubungan merentas generasi serta membimbing perkembangan peribadi. Melalui program ini, warga kerja dipadankan dengan mentor yang berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan, pandangan dan kepakaran bagi membantu pembangunan kerjaya mereka.



Sesi Meet & Greet bersama Country Head dan CEO
Pekerja baharu serta bakat berpotensi dijemput menyertai sesi santai ini bagi mengenali barisan kepimpinan kanan, di samping bertukar pandangan dan perspektif mengenai isu-isu semasa.

Sembang Aspirasi Kerjaya
Pekerja ialah aset paling berharga bagi kami. Oleh itu, kami komited untuk membantu perkembangan mereka melalui sesi perbincangan secara individu (one-to-one). Perbualan ini memberi tumpuan kepada aspirasi kerjaya setiap individu, perancangan kerjaya mereka di Zurich serta cara kami dapat membantu mempercepatkan pembangunan mereka.
Program Kecemerlangan Pengurus APAC
Kejayaan jangka panjang perniagaan kami bergantung kepada kejayaan setiap warga kerja. Oleh itu, adalah penting untuk membantu setiap individu mencapai potensi sepenuhnya, dan pengurus memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan tersebut. Bagi membantu mereka, kami menyediakan rangka kerja serta pelbagai sumber yang membantu pembangunan dan kecemerlangan pengurus kami.

Cabaran BreakThru
BreakThru ialah program dalaman Zurich yang memberi peluang kepada warga kerja untuk mengemukakan idea-idea yang mampu membawa perubahan positif kepada organisasi. Pada tahun 2022, hampir 1,000 idea telah dikemukakan di seluruh rantau, dan kira-kira satu pertiga daripadanya telah atau sedang dilaksanakan.
Di Zurich, kami percaya bahawa setiap tindakan kecil mampu membawa perubahan besar kepada organisasi serta mewujudkan budaya kerja yang memperkasakan setiap warga kerja untuk memacu perubahan.

Masih belum pasti tentang jawatan yang sesuai untuk anda?
Terokai peluang kerjaya kami dan ketahui dengan lebih lanjut tentang setiap jawatan yang ditawarkan.