imej_kerjaya_kesejahteraan pekerja

Kesejahteraan Pekerja di Zurich Malaysia

Pekerja yang gembira ialah yang lebih produktif. Membantu kesejahteraan mereka ialah tanggungjawab kami.

Kesejahteraan Pekerja

Di Zurich Malaysia, kami komited untuk memupuk kesejahteraan warga kerja kami. Kami percaya bahawa pekerja yang sihat dan gembira merupakan kunci kejayaan syarikat. Oleh itu, kami menyediakan pelbagai kemudahan, sumber dan program bagi membantu kesejahteraan fizikal, emosi dan mental mereka.

 

Kesihatan dan Kesejahteraan

Kami menyediakan perlindungan insurans kesihatan yang komprehensif kepada warga kerja, termasuk manfaat perubatan, pergigian dan penjagaan penglihatan. Selain itu, kami turut menawarkan pelbagai program dan sumber kesejahteraan seperti:
 
Sumber Kesihatan Mental dan Kesejahteraan: Kami menganjurkan webinar secara berkala yang boleh disertai oleh semua warga kerja. Topik yang dikongsikan merangkumi pemakanan sihat, kesedaran minda, daya tahan, keibubapaan, pengurusan kewangan, hubungan di tempat kerja dan banyak lagi. Warga kerja juga mempunyai akses kepada modul e-pembelajaran melalui MyDevelopment dan LinkedIn Learning, yang membolehkan mereka terus mempelajari pelbagai topik berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pada bila-bila masa.


Kelab Sukan dan Rekreasi: Kami kerap menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi seperti kejohanan badminton dan boling. Kami percaya aktiviti sebegini dapat memupuk semangat berpasukan serta mengeratkan hubungan sesama warga kerja.
 

image_career_bowlingKejohanan Boling 2023 yang mendapat sambutan hangat
imej_kerjaya_zurich healing hour_baharuSesi Zurich Healing Hour di Mercu 3, KL Eco City
imej_kerjaya kejohanan badmintonLebih 70 warga Zurich menyertai Kejohanan Badminton Zurich
imej_kerjaya_Kesihatan mental_baharuMemperkasa Kesihatan Mental dan Ekspresi Seni sempena Zurich Community Week 2023

Keseimbangan Kerja dan Kehidupan

Kami memahami bahawa warga kerja mempunyai tanggungjawab peribadi di luar waktu bekerja. Oleh itu, kami menawarkan pengaturan kerja yang fleksibel bagi membantu mereka mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi. Antara inisiatif yang kami sediakan ialah:
 

Waktu Kerja Fleksibel: Warga kerja boleh menikmati waktu kerja yang lebih fleksibel bagi memudahkan mereka mengurus komitmen kerja dan urusan peribadi.

Pengaturan Kerja Hibrid: Di Zurich, warga kerja mempunyai pilihan untuk bekerja secara hibrid, sama ada dari pejabat atau lokasi lain. Pendekatan ini menyokong budaya kerja yang lebih fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dengan keperluan individu, di samping mengekalkan produktiviti serta kerjasama yang optimum.

Cross Border FlexWork: Manfaat Cross Border FlexWork membolehkan warga kerja Zurich bekerja dari lokasi luar negara untuk tempoh beberapa minggu hingga beberapa bulan. Program ini membuka peluang kepada perkembangan peribadi dan profesional, membina rangkaian hubungan serta mempelajari kemahiran baharu. Ia turut memberi manfaat kepada syarikat melalui peningkatan produktiviti, semangat kerja dan kadar pengekalan pekerja.

Penglibatan Komuniti

Kami percaya bahawa menyumbang kepada masyarakat merupakan sebahagian daripada kesejahteraan yang menyeluruh. Oleh itu, kami menyediakan peluang kepada warga kerja untuk menyertai aktiviti sukarelawan dan program kemasyarakatan seperti:

Cuti Sukarelawan: Kami menyediakan cuti bergaji kepada warga kerja yang ingin menyertai aktiviti sukarelawan dalam komuniti.

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat: Kami menganjurkan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat, termasuk program pemuliharaan alam sekitar dan kebajikan masyarakat, bagi memberi peluang kepada warga kerja untuk menyumbang ke arah perubahan yang positif.

imej_kerjaya_penglibatan komuniti_pembersihan Pantai Cunang Aktiviti Pembersihan Pantai Cunang sempena Climate Month pada bulan September
Minggu Komuniti Zurich_baharuToy For Future di PPR Lembah Subang 2 sempena Zurich Community Week
imej_csr_pengagihan zakat kepada CAKNE_baharuAgihan zakat kepada Persatuan Bantuan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE)
imej_kerjaya_Rumah untuk Orang Asli_baharuMembina rumah baharu untuk Zeek dan Suratman di Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Yam
imej_sepanduk_bawah kerjaya_zurich malaysia

Masih belum pasti jawatan yang sesuai untuk anda?

Terokai peluang kerjaya kami dan ketahui dengan lebih lanjut tentang setiap jawatan yang ditawarkan.