imej_banner_hero_EPayment

e-Bayaran (Bayaran Tuntutan & Manfaat) 

Bagi memudahkan urusan anda, kami mengesyorkan agar anda mendaftar untuk kemudahan Bayaran Elektronik (e-Bayaran). Kemudahan ini membolehkan bayaran tuntutan polisi/sijil serta manfaat Insurans Hayat / Takaful Keluarga dipindahkan terus ke akaun bank peribadi anda dengan lebih cepat, selamat dan mudah.

Kemudahan e-Bayaran ini disediakan kepada semua pemegang polisi/sijil Insurans Am, Takaful Am, Insurans Hayat dan Takaful Keluarga.

Lebih Cepat

Dana akan dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pembayaran.

Lebih Selamat
Mengurangkan risiko cek tersalah letak, hilang, tamat tempoh atau penipuan.

Lebih Mudah
Tidak perlu hadir ke bank untuk mendepositkan cek kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

Lebih Menyeluruh
Boleh digunakan untuk semua akaun bank yang menawarkan perkhidmatan MEPS Inter-Bank GIRO (IBG).

Kemudahan Pemindahan Dana Elektronik atau Electronic Fund Transfer (EFT) membolehkan bayaran dipindahkan terus ke akaun bank anda.

  1. Muat turun Borang Arahan EFT (untuk Zurich Insurance) atau Borang Pendaftaran E-Bayaran (untuk Zurich Takaful).
  2. Lengkapkan borang arahan/permohonan dengan jelas.
  3. Sertakan dokumen berikut bersama borang arahan/pendaftaran anda:
    • Salinan halaman pertama buku akaun simpanan atau penyata akaun bank yang memaparkan nama, nombor akaun serta nombor Kad Pengenalan atau Sijil Pendaftaran Syarikat.
    • Salinan Kad Pengenalan (bagi individu) atau Sijil Pendaftaran Syarikat (bagi syarikat). Dokumen ini tidak perlu disertakan sekiranya telah dikemukakan sebelum ini atau maklumat yang diperlukan telah dinyatakan dalam mana-mana dokumen di atas.
    • Borang tuntutan atau borang permohonan pembayaran manfaat Insurans Hayat / Takaful Keluarga.
    • Dokumen sokongan lain yang diperlukan bagi tujuan tuntutan (jika berkenaan).
  4. Hantar borang yang telah lengkap diisi berserta semua dokumen ke cawangan Zurich yang terdekat.

Anda akan menerima surat atau pemberitahuan melalui e-mel setelah transaksi pembayaran berjaya diproses. Kami menggalakkan anda untuk memberikan alamat e-mel terkini bagi tujuan rekod dan pemberitahuan.

Apakah jenis transaksi yang boleh dibuat melalui kemudahan e-Bayaran?

Kemudahan e-Bayaran tersedia untuk semua jenis transaksi yang melibatkan bayaran balik, tuntutan, penyerahan polisi/sijil (surrender), pengeluaran atau pembayaran manfaat di bawah Insurans Am, Takaful Am, Insurans Hayat dan Takaful Keluarga.

Adakah terdapat yuran pendaftaran atau caj perkhidmatan untuk kemudahan e-Bayaran?

Tidak. Anda boleh menggunakan kemudahan e-Bayaran tanpa sebarang bayaran.

Adakah terdapat sebarang syarat bagi akaun bank yang boleh didaftarkan untuk kemudahan e-Bayaran?

Anda boleh mendaftarkan mana-mana akaun simpanan atau akaun semasa yang masih aktif dan didaftarkan atas nama anda. Akaun tersebut mestilah diselenggara oleh institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan MEPS Inter-Bank GIRO (IBG).

Untuk senarai terkini bank yang menyertai perkhidmatan IBG, sila layari http://www.meps.com.my/faq/atm/e-debit/interbank-giro

Adakah terdapat had jumlah transaksi melalui Inter-Bank GIRO (IBG)

Ya. Perkhidmatan Inter-Bank GIRO (IBG) menetapkan had maksimum sebanyak RM500,000 bagi setiap transaksi. Bagi transaksi yang melebihi RM500,000, pembayaran akan dibuat melalui RENTAS.

Bolehkah saya mendaftarkan akaun bank bersama (joint account) untuk kemudahan e-Bayaran?

Tidak. Akaun bank bersama tidak dibenarkan untuk kemudahan e-Bayaran.

Bolehkah saya memilih untuk menerima bayaran tuntutan atau manfaat melalui cek?

Semua bayaran tuntutan polisi/sijil serta manfaat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga akan dibuat melalui kemudahan e-Bayaran.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai lebih daripada satu (1) polisi/sijil Zurich?

Anda boleh menyenaraikan semua nombor polisi/sijil dalam satu borang arahan/pendaftaran.

Sekiranya anda ingin bayaran bagi setiap polisi/sijil dikreditkan ke akaun bank yang berbeza, anda perlu mengisi borang arahan/pendaftaran yang berasingan dengan menyatakan nombor polisi/sijil dan nombor akaun bank yang berkaitan.

Bagaimana jika polisi/sijil saya mempunyai lebih daripada seorang (1) penuntut atau penama?

Bagi tuntutan kematian:
Jika terdapat lebih daripada seorang penuntut, setiap penuntut perlu melengkapkan borang arahan/pendaftaran secara berasingan.

Bagi Polisi Anuiti:
Jika terdapat lebih daripada seorang penama, setiap penama perlu melengkapkan borang arahan/pendaftaran secara berasingan.

Bilakah bayaran akan dikreditkan ke akaun bank saya?

Bayaran akan dipindahkan secara elektronik ke akaun bank anda setelah tuntutan diluluskan.

Secara amnya, dana akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, bergantung pada tempoh pemprosesan bank anda.

Apakah yang akan berlaku jika bayaran gagal dikreditkan ke akaun bank saya?

Kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat akaun bank anda. Ini mungkin menyebabkan kelewatan dalam proses pembayaran.

Sekiranya pemegang polisi/sijil meninggal dunia, semua wang yang perlu dibayar akan disalurkan kepada pentadbir harta pusaka atau penama yang dinamakan.

Cek fizikal akan dikeluarkan kepada pemegang polisi atau benefisiari Zurich Insurance sekiranya:

  • Bank gagal mengkreditkan bayaran atas sebab-sebab tertentu seperti akaun bank telah ditutup atau tidak lagi aktif.
  • Borang arahan/pendaftaran hanya diterima selepas manfaat Insurans Hayat / Takaful Keluarga atau tuntutan telah diluluskan; dan/atau
  • Maklumat yang diberikan dalam borang arahan/pendaftaran tidak tepat, tidak lengkap atau tidak jelas.

Walau bagaimanapun, Zurich Takaful tidak mengeluarkan cek fizikal. Semua bayaran tuntutan akan dibuat melalui e-Bayaran sebaik sahaja maklumat akaun bank yang betul diterima.

Oleh itu, sila pastikan maklumat akaun bank anda sentiasa dikemas kini.

Adakah saya akan dimaklumkan setelah Zurich berjaya memproses pembayaran?

Ya. Anda akan menerima surat atau pemberitahuan melalui e-mel setelah transaksi pembayaran berjaya diproses.

Kami menggalakkan anda untuk memberikan alamat e-mel terkini bagi tujuan rekod dan pemberitahuan.

Kami juga sedang menambah baik sistem kami bagi membolehkan pemberitahuan melalui SMS disediakan pada masa hadapan.

Bagaimanakah maklumat akaun bank saya akan digunakan dan adakah ia akan dirahsiakan?

Maklumat akaun bank anda serta maklumat berkaitan:

  • Hanya akan digunakan bagi tujuan mengkreditkan bayaran tuntutan terus ke akaun bank anda; dan
  • Dilindungi di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang melarang pendedahan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis daripada pelanggan atau wakil sahnya.

Dengan menandatangani borang yang berkaitan dan memberikan maklumat akaun bank anda, anda memberi kebenaran kepada Zurich untuk berkongsi maklumat tersebut dengan pihak yang berkaitan bagi tujuan memproses pembayaran, seperti syarikat insurans dan institusi kewangan.